fake braces
Fake braces atau di dalam Bahasa Malaysia bermaksud braces palsu. Nama pun palsu jadi ia tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik.

Fake braces atau di dalam Bahasa Malaysia bermaksud braces palsu. Nama pun palsu jadi ia tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik. Namun begitu, anda mungkin terfikir ia braces sebenar kerana ia mempunyai rupa menyerupai braces sebenar.

Apa itu aplian tetap ortodontik? Ia merupakan peralatan yang digunakan bagi rawatan ortodontik atau gigi. Alatannya terdiri daripada wayar, getah serta pendakap (bracket) yang dilekatkan pada permukaan gigi.

Ia digunakan oleh pakar ortodontik untuk menghasilkan susunan gigi yang cantik pada akhir rawatan. Aplian tetap ortodontik akan menggerakkan gigi anda yang tidak teratur dengan menjalani pemeriksaan secara berkala. Pemeriksaan ini selalunya mengambil masa 2 tahun setengah sehingga 3 tahun.

Siapakah yang memakai fake braces?

Ini popular dan sering dipakai oleh golongan remaja kerana ia dirasakan sebagai satu fesyen yang menarik. Pemakaian aplian ortodontik membuatkan permukaan gigi mereka cantik dengan getah – getah ortodontik yang berwarna – warni dan mempunyai bentuk menarik. Getah – getah ortodontik mempunyai bentuk bunga, bintang malah juga kartun seperti kartun mickey mouse.

Remaja ini selalunya mempunyai susunan gigi yang sedia ada teratur dan tidak perlu menjalani rawatan ortodontik. Namun disebabkan ingin mengikut perkembangan semasa dan terikut – ikut dengan budaya yang di bawa rakan sebaya, mereka beria untuk mendapatkan dan melekatkan fake braces pada permukaan gigi mereka juga.

Bagaimana fake braces dibuat?

Fake braces diperbuat daripada sekeping dawai dengan pendakap yang boleh dilekatkan pada gigi individu yang memakainya. Dawai tersebut dibengkokkan supaya muat dengan bahagian luar gigi dan kemudian dikepit di sekitar dua gigi geraham belakang untuk mendapatkan sokongan.

Pendakap tersebut menyokong gelang getah pelbagai warna, dan ‘bracket’ selalunya berbentuk plastik atau logam kecil. Tidak seperti pendakap asli, fake braces dipasang secara peribadi oleh pemakainya, seperti di salun kecantikan dan oleh peniaga jalanan yang tidak mendapat kebenaran.

Ia juga boleh dibeli secara atas talian seperti instagram, facebook malah di twitter. Fake braces boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding rawatan ortodontik sebenar. Dengan harga dalam lingkungan RM90 hingga RM150, fake braces terpasang di gigi.

Selain itu, terdapat juga tutorial atau cara pemasangan fake braces dalam bentuk video yang boleh didapati di laman media sosial. Malah, ada juga perkhidmatan untuk memasang fake braces dilakukan di hotel atau melalui pintu ke pintu.

Bagi aplian tetap ortodontik dengan braces sebenar, hanya pakar ortodontik yang bertauliah dan berpengalaman boleh memasangnya. Malah, beliau bertanggungjawab untuk menerangkan kepada anda tentang penjagaan gigi selepas pemasangan braces.

Biasanya fake braces dipakai selama 3 – 5 bulan sahaja kerana jika melebihi tempoh tersebut gam yang melekat pada fake braces tidak lagi melekat dengan baik. Namun begitu, ia bergantung pada individu remaja itu sama ada ingin memakainya untuk tempoh masa yang lama atau tidak.

Risiko pemakaian fake braces kepada pemakai

Nama sahaja sudah palsu jadi pastinya juga berbahaya. Siapa sahaja tahu kandungan yang ada pada fake braces tersebut, sama ada ia selamat untuk kesihatan atau tidak.

Namun begitu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa plumbum merupakan salah satu bahan yang terkandung di dalam fake braces ini dan pastinya ia sangat berbahaya untuk kesihatan manusia.

Berbeza dengan klinik – klinik pergigian ortodontik, peralatan yang digunakan untuk pemasangannya tidak menjalani sebarang proses penyahkuman.

Jadi ia pastinya memberikan bahaya yang serius kepada gigi anda. Ia juga bukan sahaja memusnahkan aligmen gigi yang betul tetapi juga menyebabkan masalah lain seperti gusi, gigi dan tulang rahang lambat laun.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pastinya telah melakukan pelbagai usaha untuk memberi pendedahan kepada orang ramai agar tidak mencuba memakai fake braces disebabkan oleh keburukan dan kemudaratannya pada kesihatan.

Thailand pernah melaporkan 2 kematian yang dipercayai disebabkan oleh individu tersebut tertelan fake braces yang dipakainya.

Melabur wang dan ringgit membeli fake braces untuk anak-anak membawa sejumlah besar cabaran kepada pihak bertanggungjawab di kesihatan dan keselamatan.

Hal ini kerana puncanya dan keburukannya bukan hanya pada bahan yang digunakan, tetapi juga kerana braces sepatutnya dipasang oleh pakar pergigian. Menurut CBS News, kerajaan Thailand secara rasmi menyenaraikan risiko utama seperti berikut :

  • Semasa pemasangan, braces tersebut boleh termasuk ke dalam kerongkong pemakai dan menyebabkan tersedak.
  • Logam yang digunakan pada pendakap mengandungi plumbum, yang beracun bagi sistem tubuh badan.
  • Fake braces juga boleh menyebabkan luka di dalam mulut dijangkiti dengan mudah, dan gam yang digunakan untuk memasang pendakap pada gigi boleh menyebabkan perubahan warna dan kerosakan gigi.

Bahaya braces DIY (Dibuat dengan sendiri)

Trend lain yang kita dapat lihat adalah ‘braces DIY’, di mana remaja menggunakan tali getah atau tali untuk memberi tekanan pada gigi dan mengubah posisi gigi.

Memandangkan ia dilihat sebagai usaha seseorang untuk mengubah susunan atau aligmen gigi berbanding untuk fesyen, biarkan nyatakan dengan jelas bahawa DIY braces tidak memberikan sebarang fungsi.

Malah ia juga sangat berbahaya. Tekanan tumpul yang dikenakan pada gigi tidak mampu untuk mengubah posisi gigi tapi sebalinya menyebabkan DIY braces memotong bekalan darah kepada gigi anda.

Lama kelamaan, ia membunuh akar gigi, membahayakan gusi dan menyebabkan gigi tercabut.

Kesan pemakaian fake braces pada gigi anda

Ia semestinya memberi kesan pada gigi anda. Kesan gam yang melekat pada permukaan gigi boleh menyebabkan gigi anda terhakis.

Keadaan seperti karies gigi dan gusi berdarah akan terjadi kerana anda tidak diberitahu tentang penjagaan gigi selepas pemakaian fake braces tersebut.

Cara memberus gigi yang betul tidak diajar dan diberitahu kepada pembeli dan pemakai fake braces. Kemudian, pemasangan fake braces itu tidak memberikan sebarang fungsi mahupun pergerakan gigi secara langsung.

Meskipun tidak banyak pergerakan gigi berlaku, tetapi terdapat kes yang dilaporkan mengatakan bahawa gigi si pemakai akan bergoyang dan tertanggal daripada gusi akibat pemakaian fake braces.

Alternatif untuk mendapatkan senyuman cantik

Rawatan ortodontik penting untuk perkembangan oral anak anda. Sekiranya anak anda memerlukan braces tetapi tidak mahu memakainya, anda boleh mendapatkan rawatan ortodontik profesional dengan harga berpatutan serta memberikan manfaat kepada anak anda.

Braces (Pendakap gigi), serta prosedur penjagaan mulut yang betul, boleh membantu memberikan anda mulut yang bersih dan sihat serta gigi yang kuat.

Rutin pembersihan mulut yang baik termasuklah memberus dan flos sebanyak dua kali sehari, dan membilas mulut anda dengan ubat kumur agar membunuh semua kuman sehingga 12 jam.

Pakar pergigian akan menasihati beberapa kaedah alternatif bagi membantu anda meningkatkan penampilan gigi seperti :

  • Memakai retainer gigi lut sinar untuk membetulkan masalah aligmen sederhana
  • Tampalan sewarna gigi digunakan untuk menutup jarang gigi dan membaiki kerosakan gigi. Ia hanya memerlukan sekali temu janji sahaja, jadi ia tidak semahal memakai braces.
  • Veneer gigi, boleh membetulkan pelbagai masalah gigi

Jika anda telah memakainya, segeralah berjumpa dengan pakar ortodontik untuk menanggalkannya. Pemeriksaan penuh akan dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kerosakan gigi berlaku.

SUMBER

https://accorde.com/the-dangers-of-fake-braces-diy-braces-more/

http://www.myhealth.gov.my/fake-braces

https://www.colgate.com/en-us/oral-health/cosmetic-dentistry/early-orthodontics/risk-of-fake-braces-for-kids-0315

Summary
Apakah Itu Fake Braces?
Article Name
Apakah Itu Fake Braces?
Description
Fake braces atau di dalam Bahasa Malaysia bermaksud braces palsu. Nama pun palsu jadi ia tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: