kedai perabot

Terdapat banyak kedai perabot rotan yang boleh anda teroka di Malaysia. Penggunaan rotan popular sekitar tahun 1970an kerana ia tahan lasak.

Hari ini, kita dapat lihat permintaan yang semakin meningkat oleh kerana ia telah kembali popular, sama seperti fasa gaya fesyen yang muncul kembali di pentas peragaan, kini kembali dengan lebih banyak reka bentuk yang sesuai buat rumah moden.

Kalau anda ingin menceriakan bilik atau ingin mneggantikan perabot anda kepada rotan yang cantik, anda boleh lah terokai kedai-kedai ini, di mana mereka ada kesemuanya daripada kerusi burung merak sehinggalah set makan minum rotan.

KEDAI PERABOT IKEA

kedai perabot ikea

Semenjak IKEA mengikut trend rotan, syarikat perabot Skandinavia ini telah berkembang kepada lebih dari sekadar tempat untuk membeli barangan perabot yang asas pada harga yang rendah.

Setiap barangan di dalam koleksi mereka tenyata sangat berbaloi, dan bila anda sudah mula meneroka produk-produk rotan tersebut, bakul membeli-belah anda akan cepat saja penuh.

Alamat: No. 2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya Selangor

Hubungi: +603 7952 7575

Waktu beroperasi: ditutup sehingga diberitahu kelak

KEDAI PERABOT ROTAN LOT

kedai perabot rotan lot

Pada awalnya, setiap rumah dilengkapkan dengan perabot terutamanya rotan kerana ianya tahan lasak, ringan dan mudah didapati, tetapi trend rotan kian lapuk dan diganti pula dengan bahan popular yang lain.

Rotan Lot mahu untuk menuntut dan memberi nafas baru kepada tradisi bersejarah ini dengan menawarkan perabot rotan moden pada harga yang berpatutan, supaya orang ramai boeh lebih menghargai dan memiliki kelengkapan rumah bertradisi yang penting ini sekali lagi.

Alamat: 48, Jalan SS 19/1d, SS 19, 47500, Subang Jaya, Selangor.

Hubungi: +6012 908 1907

KEDAI PERABOT RATTAN DÉCOR

kedai perabot rattan decor

Bertempat di Shah Alam, Rattan Décor menawarkan reka bentuk perabot rotan yang menarik, kontemporari dan klasik di setiap sudut rumah anda. Daripada sofa sehingga lah ke dekorasi rumah.

Rattan Décor adalah pakar di dalam anyaman rotan kerana mereka menggabungkan teknologi serta seni pertukangan untuk mencipta perabot rotan yang berkualiti tinggi. Selain itu, mereka juga menawarkan servis reka penempahan reka bentuk khas perabot di dalam kuantiti pukal.

Alamat: 7993, Jalan Sungai Buloh U6, 40150, Shah Alam, Selangor

Hubungi: +60 3 7832 6216 /+6016 283 8396

Waktu beroperasi: Setiap hari (10am – 730pm)

GEK GUAN RATTAN FURNITURE (M) SDN BHD

Gek Guan merupakan salah satu pengeluar tertua dan terbesar di Malaysia. Bertapak pada tahun 1954, syarikat ini berlokasi di Muar, Johor dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Melaka. anda boleh membeli-belah di Gek Guan untuk mendapatkan pelbagai jenis perabot rotan.

Uniknya, anda juga boleh dapatkan perabot yang lain daripada lain macam sarang burung, beg rotan dan alatan muzik.

Alamat: Rattan Art Enterprise (Kuala Lumpur) 343, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur.

Hubungi: +6017 622 2530 (Mr. Tay Cek Xin)

Waktu beroperasi: Setiap hari (9am – 6pm)

KEDAI PERABOT RATTAN ART

Rattan Art memulakan perniagaan mereka pada 1954, di mana bermula dengan hasil tangan rotan di Muar. Perniagaan keluarga ini dikendalikan oleh generasi keempat.

Mereka terlibat dengan pengendalian projek kediaman dan komersial, termasuklah The Hungry Tapir, Santan @ Mid Valley, dan Sanctuary Mall Kota Kemuning.

Jadi anda tidak perlu rosak akan kualiti daripada syarikat kerana mereka sememangnya menggunakan produk rotan berkualiti tinggi.

Alamat: No 343, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur (KL Branch)

Hubungi: +6012 379 5201

Waktu beroperasi: Isnin – Jumaat (10am – 6pm), Sabtu (10am – 4pm)

KOK CANE ENTERPRISE

Kok Cane menghasilkan produk buatan tangan yang diperbuat 100% daripada rotan, buluh dan kayuan. Bertempat di Batu Tiga, Klang, mereka juga menawarkan servis pembaikan produk rotan buat mereka yang memiliki perabot lama atau vintaj.

Sekarang ini Kok Cane sedang mengadakan promosi penghantaran percuma dengan pembeli minimum RM300.

Alamat: 91, Jalan Batu Tiga, 41050, Klang, Selangor.

Hubungi: +6012 2222 393

Waktu beroperasi: Isnin – Sabtu (10am – 8pm), Ahad (12pm – 6pm)

KEDAI PERABOT TITICANE

Diasaskan pada tahun 1974, Titicane bukan sahaja salah satu pembekal di Malaysia, mereka juga mengeksport produk mereka ke Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika dan Afrika.

Terokai laman web Titicane atau cari mereka di Shopee untuk dapatkan perabot rotan berkualiti tinggi seperti set sofa rotan, bangku rotan dan kerusi malas rotan juga lampu rotan.

Alamat: No 14G, Jln Oasis 2, PUSAT PERNIAGAAN OASIS, 70200, Seremban, Negeri Sembilan.

Hubungi: 1 700 811 378 / +6019 988 0038

Waktu beroperasi: Selasa (11am- 8pm), Rabu – Khamis (9am – 8pm), Jumaat – Sabtu (11am -9pm) dan Ahad (11am – 5pm)

Woon Cane Enterprise (Perniagaan Wai Kong)

Kedai perabot rotan klasik ini mengambil tempahan khas bagi perabot rotan dan kayu. Anda boleh dapatkan pelbagai perabot rotan di Woon Cane Enterprise antaranya kerusi, bakul dan buaian. Tambahan lagi, Woon Cane juga menyediakan servis membaiki perabot.

Alamat: No. 138-B, Batu 3, Jalan Kelang Lama, 58200, Kuala Lumpur.

Hubungi: +6012 379 6526/ +60 3 7982 4675

KANTAN KOLLEKTIV

Di Kantan Kolektiv, mereka menawarkan produk rotan yang unik seperti kepala katil, daybeds, kerusi buaian rotan, terendak lampu, katil bayi, bakul pakaian rotan, talam rotan dan banyak lagi. Anda juga boleh mencari perabot yang seakan sama dengan kerusi rotan di IKEA.

Jangan lupa untuk lihat Facebook dan Instagram mereka untuk dapatkan insoirasi dekorasi oleh kerana mereka adalah ahli di dalam menggabungkam elemen lama dan baru menggunakan rotan.

Alamat: 4, Jalan 2/1, Ampang Jaya, 68000, Ampang, Selangor.

Hubungi: +6012 513 5979

Tidak kira samada kerusi di ruang tamu, bakul rotan, tikar rotan, bola rotan atau dekorasi rotan sekalipun, mencari dan membeli perabot rotan bukanlah benda yang susah seperti yang anda jangkakan. Anda tidak perlu untuk berbelanja lebih pun untuk beli perabot rotan baru sebab yang terpakai pun masih lagi berkualiti.

Kalau anda mencari kedai perabot rotan lain di sekitar Selangor dan KL, cuba cari kedai di kawasan Paya Jaras, Sungai Buloh ataupun di Kajang. Semoga berjaya.

SUMBER:

https://qanvast.com/my/articles/the-best-places-to-shop-for-rattan-furniture-in-malaysia-2391

https://www.iproperty.com.my/lifestyle/kedai-perabot-rotan-terbaik-di-malaysia/

Summary
9 Kedai Perabot Kayu yang Perlu Anda Terokai
Article Name
9 Kedai Perabot Kayu yang Perlu Anda Terokai
Description
Terdapat banyak kedai perabot rotan yang boleh anda teroka di Malaysia. Penggunaan rotan popular sekitar tahun 1970an kerana ia tahan lasak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: