cincin tunang

Cincin tunang merupakan simbol cinta, perpaduan, dan hubungan yang berkekalan. Oleh itu, adalah penting untuk meluangkan masa memilih cincin yang sempurna. Tetapi jangan sampai harganya lebih dari bajet yang anda telah tetapkan kerana cincin yang terdapat di pasaran harganya sangatlah menakutkan, menjadikan anda lebih sukar untuk membuat keputusan.

Berikut kami berikan 8 faktor untuk and pertimbangkan sebelum membeli cincin tunang.

Faktor 1 – Ketahui apa yang pasangan anda suka

  • Anda perlu mengetahui apa jenis batu dan corak yang disukai oleh pasangan anda. Anda boleh bertanya kepada ibu atau rakan terdekat mereka mengenai jenis cincin yang pasangan anda suka.

Faktor 2 – Tentukan ukuran cincin

  • Sekiranya anda belum mengetahui ukuran jari pasangan anda, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan mengambil salah satu cincinnya yang lain secara diam-diam. Tunjukkan cincin tersebut di kedai dan mereka akan membantu anda mengenal pasti size cincin tersebut.

Faktor 3 – Keputusan sama ada memilih berlian atau emas

  • Bergantung kepada seseorang, ada yang sukakan batu berlian dan ada juga yang sukakan cincin jenis emas. Walaupun batu berlian sangat cantik dan bersinar, namun emas mempunyai nilainya dimasa akan datang. Anda boleh menggunakan emas untuk dipajak jika anda didalam kesusahan.

Faktor 4 – Tetapkan bajet untuk cincin pasangan anda

  • Belanjalah dengan bajet yang akan anda tetapkan. Belanjakan sekitar 3% untuk cincin daripada jumlah anggaran perkahwinan anda. Faktor seperti ukuran karat, emas atau platinum, dan ukiran dapat menambah kos cincin perkahwinan.
  • Ini adalah faktor terpenting yang perlu diingat semasa mencari corak, dan cincin perkahwinan yang sempurna. Anggaran juga dapat membantu memudahkan anda memilih cincin.

Faktor 5 – Cari cincin lebih awal

  • Berikan diri anda beberapa bulan sebelum tarikh pertunangan untuk memilih cincin yang tepat. Ia sangat penting untuk anda memeriksa dulu harga dan jenis cincin yang anda ingin beli. Ia juga dapat memberikan anda lebih masa untuk mengumpul duit jika bajet yang ditetapkan terlalu rendah.

Faktor 6 – Sijil berlian dan kepentingannya

  • Sijil mendokumentasikan statistik penting berlian, termasuk berat, warna dan kejelasannya, bahagian batu, potongan dan cat. Sentiasa minta sijil dan, jika perlu, dapatkan nasihat untuk membantu anda memahaminya sepenuhnya. Yang paling disyorkan dipanggil sijil GIA.

Faktor 7 – Sesuai kan cincin dengan aktiviti seharian

  • Ini juga salah satu faktor yang anda perlu pertimbangkan. Jika pasangan anda seorang yang aktif, cincin yang simple dan tidak mempunyai batu lebih sesuai untuk mereka. Ini adalah untuk mengelakkan batu berlian itu tertanggal.

Faktor 8 – Pastikan ianya sesuai dengan pasangan anda

Kesesuaian cincin pada si pemakai sangat lah penting. Cuba padankan warna cincin dengan tona kulit pasangan anda. Jika si dia mempunyai kulit yang putih, emas kuning sangat sesuai dengan pasangan anda. Kulit sawo matang pula lebih sesuai memakai emas bewarna putih.

Lagipun, cincin pertunangan adalah simbol menyatukan kehidupan dua orang sebagai simbol cinta, kehormatan dan komitmen selama bertahun-tahun akan datang. Semoga bermanfaat!

SUMBER

https://www.chubb.com/nz-en/articles/engagement-rings-8-factors-to-consider-before-buying-one.html

https://www.imoney.my/articles/the-secret-to-getting-an-engagement-ring-that-meets-the-budget

Summary
8 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Cincin Tunang
Article Name
8 Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Cincin Tunang
Description
Cincin tunang merupakan simbol cinta, perpaduan, dan hubungan yang berkekalan. Oleh itu, adalah penting untuk meluangkan masa memilih cincin yang sempurna. Tetapi jangan sampai harganya lebih dari bajet yang anda telah tetapkan kerana cincin yang terdapat di pasaran harganya sangatlah menakutkan, menjadikan anda lebih sukar untuk membuat keputusan.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: