Now Reading
Shopee Pekan Rabu Dan Sejarahnya Yang Ramai Tak Tahu

Shopee Pekan Rabu Dan Sejarahnya Yang Ramai Tak Tahu

Pekan Rabu

Pekan Rabu, adalah lokasi tarikan terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar Kedah.

Pada asalnya pekan ini menjalankan perniagaan yang beroperasi sebagai pasar mingguan, dan terus berkembang menjadi arked bertingkat yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional, produk kraftangan dan pakaian.

Ia adalah salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan makanan tradisional Melayu seperti serunding, dodol durian, kuah rojak dan belacan.

Sejarah ringkas Pekan Rabu

Mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan di dalam bandar.

Dengan sokongan dan inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah, kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama.

Pada ketika itu mereka yang bercucuk tanam dan yang menghasilkan perusahaan kampung digalakkan untuk berniaga, sekali gus membantu diri meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Jadi orang Melayu yang tinggal berdekatan Alor Setar mula menjual sayur-sayuran dan barangan perusahaan mereka di Pekan Rabu.

Pada tahun 1932, Pekan Rabu di Tanjung Chali telah dipindahkan ke Jalan Tunku Ibrahim, selepas tapak tersebut akan dibangunkan pejabat Kastam yang baru.

Dengan arahan dari Tunku Yaacob tapak baru itu yang jaraknya hanya satu kilometer dari tapak asal telah kekal sampai sekarang.

Kini Kompleks Pekan Rabu tersergam indah di tengah-tengah bandar raya Alor Setar, Kedah menjadi lambang kemegahan kepada ekonomi orang Melayu di negeri ini, malah di Malaysia.

Pekan Rabu yang mula dibuka di Tanjung Chali, Alor Setar pada 1930, adalah merupakan peniaga asal, sementara kebanyakkan peniaga di kompleks perniagaan itu sekarang adalah merupakan generasi ketiga dan keempat.

Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah berniaga di Pekan Rabu. Beliau membuka kedai kopi, menjual cendol dan buah-buahan pada zaman penjajahan Jepun iaitu tahun 1942 sehingga 1944.

Bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga, kerajaan negeri dan persekutuan telah berulang kali mengubah suai bangunan itu.

Kali terakhir bangunan itu dinaik taraf adalah pada tahun 2014, dan dikenali sebagai Kompleks Pekan Rabu sehingga kini.

Projek pembinaan tersebut telah mengambil masa sehingga empat tahun dengan menelan belanja kira-kira RM55.5 juta. Dibuka semula dengan wajah baru pada Mac 2018.

Walaupun dibina dengan reka bentuk serba baru dan moden, namun ciri-ciri keunikan idea asal Pekan Rabu itu tetap dikekalkan.

Bangunan setinggi empat tingkat itu juga mempunyai seni bina berkonsep tradisional Islamik.

Fasiliti

Kompleks perniagaan itu mempunyai 355 ruang niaga beserta kios dan 24 kedai makan, dan fasiliti yang disediakan adalah termasuk mempunyai 203 petak letak kereta, 118 petak untuk letak motosikal, lif, surau, tandas dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Mereka mencatatkan kira-kira 1,000 orang termasuk pelancong luar negara mengunjungi kompleks ini pada hari biasa. Manakala jumlah pengunjung boleh mencecah sehingga 3,000 orang pada hari Jumaat dan hujung minggu serta pada musim percutian.

Difahamkan juga bahawa nilai urus niaga peniaga di kompleks ini juga boleh mencecah sehingga RM5 juta sebulan.

Para pelancong yang melawat ke Alor Setar pasti tidak lengkap perjalanan mereka jika tidak berkunjung dan membeli-belah di Kompleks Pekan Rabu.

Shopee Pekan Rabu

Namun dalam suasana pandemik ini sukar untuk kita pergi ke Pekan Rabu. Sekiranya anda rindu untuk mendapatkan barangan dari sana jangan risau anda boleh membeli atas talian di Shopee Pekan Rabu. Berikut kami kongsikan antara barangan yang anda boleh dapati.

  1. Dodol

Bagi penggemar makanan kuih tradisional dodol, anda boleh membelinya di Pekan Rabu melalui Shopee.

  1. Asam Jawa

Walaupun ada pelbagai di kedai runcit, alang-alang membeli di Pekan Rabu ni boleh lah masukkan asam jawa dalam cart.

  1. Serbuk kari

Antara bahan memasak yang lain yang anda boleh dapati adalah serbuk kari! Anda bolehlah mencuba beberapa bisnes tempatan punya produk.

4.Kuih bahulu

See Also
air terjun serendah

Boleh juga mendapatkan bahulu tradisional di sini.

  1. Kuih bangkit

Berdasarkan review, kuih bangkit di sini sangat sedap.

  1. Cakar ayam

Adakah anda mencari kudapan sambil menonton movie, sambil meluangkan masa di rumah? Anda boleh order cakar ayam.

  1. Kerepek

Ramaikan yang suka mengunyah kerepek-kerepek, boleh lah beli kerepek beraneka jenis di sini.

  1. Pes tomyam

Tengah musim-musim PKP ni lah ramai rajin masuk dapur kan? Pes tomyam kegilaan ramai pun boleh didapati disini.

9.Serunding

Makanan penyelamat saat malas nak masak.

  1. Kacang gajus ranggup
  1. Kopi cap gantang

Kopi cap Gantang ni antara yang popular untuk anda cuba

  1. Kacang pistachio

Kacang pistachio pun anda boleh dapati di sini.

  1. Kuih Peneram

14.kuih sepit

  1. Kuih batang buruk
  1. Belacan

Ni dia kegemaran hampir seluruh masyarakat di Malaysia

  1. Pekasam
  1. Pes tomyam putih
  1. Pes stim limau

Semua ni anda boleh dapati secara online tahu. Silalah menyokong produk buatan Malaysia dari Pekan Rabu. Semoga bermanfaat!

https://www.utusan.com.my/gaya/2020/08/pekan-rabu-lambang-kemegahan-peniaga-melayu/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pekan_Rabu

error: Content is protected !!