Bio Mask Terbaik Yang Anda Boleh Cuba!

Anda mencari Bio Mask yang terbaik  keluaran Bio Essence? Kami senaraikan untuk anda rujuk dan pilih yang mana satu sesuai.

Face Mask atau sheet mask berfungsi untuk melembapkan kulit. Ia membantu untuk menghidrat kulit, menjadikan kulit lembap dan membantu mengecilkan liang pori.

Anda juga boleh menggunakan mask ini setiap hari kerana ia tidak memberikan sebarang iritasi atau kulit anda terengsa.

Tetapi, apa-apa pun pilih yang mana satu sesuai untuk jenis kulit anda.

Bio-Gold 24k Black Radiant Mask

Bio-Gold 24k Black Radiant Mask adalah mask yang kaya dengan nutrient dan anti-oksidan yang membantu melawan radikal bebas dan melawan penuaan awal kulit.

Topeng ini diformulasikan dengan bahan unik dan premium iaitu emas 98% yang menghalang tanda penuaan pertama dan mengurangkan pembentukan kedutan dan garis halus.

Bukan hanya itu, ia membantu mengembalikan ketegangan dan kehalusan kulit serta serbuk arang membantu membersihkan lebihan minyak dan kotoran pada muka.

Jika kulit anda terasa letih dan kusam, gunakan topeng ini pada waktu malam supaya kulit lebih tampak bertenaga dan segar ketika bangun pada waktu pagi.

Cara menggunakan topeng ini mudah sahaja. Anda perlu buka plastik dan letakkan topeng secara perlahan di atas muka. Tekan topeng dengan hujung jari anda agar sesuai.

Biarkan topeng selama 15-20 minit agar kulit dapat menyerap nutrien sepenuhnya.Kemudian, buang topeng selepas digunakan.

Urut perlahan-lahan pati yang tersisa dengan gerakan bulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Untuk hasil terbaik, gunakan 2-3 kali seminggu.

Bio-White Advanced Whitening Mask

Adakah anda tercari-cari mask yang boleh melembapkan dan dalam masa yang sama memutihkan kulit?

Bio-White Advanced Whitening Mask adalah topeng yang berkesan untuk rutin penjagaan kulit.

Dengan bahan kandungan seperti  Ekstrak “Tree Bark” berfungsi menghapuskan dan mengelakkan wajah daripada tompok hitam serta kedutan.

Memiliki Tranexamic acid dan Bio Energy berfungsi mencerahkan wajah dengan penyerapan nutrien yang lebih pantas.


Penggunaan konsisten bukan sahaja melembapkan kulit malah menjadikan kulit tampak lebih cerah, segar dan anjal. 

Diselitkan dengan bahan pemutih dan pelembap. Membantu mencerahkan kulit. Memberi kelembapan pada kulit untuk mencapai tahap cahaya yang lebih cerah secara keseluruhan.

Bio-Vlift Face Lifting Mask

Bio-VLift Face Lifting Mask meremajakan kulit dan melindunginya dari penuaan. Diformulasikan dengan orkid hitam, ia mengunci kelembapan dan nutrien untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.

Bahan lain yang terdapat dalam topeng adalah ekstrak royal jelly, yang mencerahkan kulit untuk penampilan muda.

Penggunaan Produk:

  1. Buka balut, buka topeng dan letakkan di atas muka. Tekan topeng dengan ringan dengan hujung jari anda agar sesuai.
  2. Rehatkan dan biarkan topeng selama 15-20 minit untuk membolehkan kulit menyerap nutrien sepenuhnya.
  3. Buang topeng selepas digunakan. Urut perlahan-lahan pati yang tersisa dengan gerakan bulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Untuk hasil terbaik, gunakan 2-3 kali seminggu.

Bio-Bounce Collagen Mask

Mengandungi Bio Energy Complex ™ untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien dan kolagen pada kulit untuk penjagaan kulit yang optimum sepanjang malam. Mempunyai tekstur jeli yang unik, diperkaya dengan Ekstrak Sarang Burung dan Kolagen Hidrolik, memberi khasiat pada kulit sehingga kulit terasa lembap dan terasa anjal.

Mengandungi Whitening Peptides untuk membantu kulit kelihatan lebih cerah.

Disertakan dengan Bio Energy Complex (formula unik BE mengubah kemampuan kulit untuk memperbaiki, memperbaharui dan menambah semula sel kulit) untuk meningkatkan penghantaran dan penyerapan nutrien dan kolagen ke kulit untuk pembaharuan kulit yang optimum pada waktu malam.

Bio-Snail Secretion Repair Mask

Cepat meresap ke dalam kulit untuk memberikan penghidratan mendalam dan mencegah kehilangan kelembapan adalah keistimewaan Bio- Snail Secretion Repair Mask. Ia dapat membantu pembaharuan kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit licin dan halus.

Selain itu, mengisi semula kolagen yang diperlukan oleh kulit, menjadikan kulit sentiasa kenyal dan anjal.

Ia turut membantu memudarkan parut dan parut jerawat, memperbaiki sistem pembaikan kulit. Dengan sifat anti-radang untuk menghilangkan jerawat, menenangkan kulit, melindungi kulit daripada bahan pencemar yang berbahaya.

Kelebihan Bio-Snail Snail Secretion Repair Mask

Bio Snail Repair dirumuskan khas untuk anda yang ingin kulit halus dan lembut.

  • Diperkaya dengan ekstrak siput yang dirawat khas dengan Bio-energy Complex
  • Memastikan penyerapan cepat ke dalam kulit untuk keberkesanan yang lebih baik.
  • Ekstrak siput terdiri daripada kolagen, allantoin, vitamin A, C & E dan bahan-bahan berkesan lain yang mengisi kelembapan, memperbaiki dan menegangkan kulit, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit.
  •  Membantu memudarkan tanda dan parut jerawat, memperbaiki sistem pembaikan kulit.
  • Dengan sifat anti-radang untuk menghilangkan jerawat, menenangkan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas berbahaya.

Bio-Treasure Skin Brighten-Up Mask

Topeng ini diperbuat menggunakan formulasi unik iaitu Bio Energy Complex dan Yuzu Jepun untuk mencerahkan kulit agar sihat dan segar semulajadi.

Diformulasikan dengan Vitamin B3, Ekstrak Mulberry dan Ekstrak Mutiara untuk melawan bintik hitam. Bangun dengan kulit yang bersinar dan kulit anda akan terasa segar pada keesokan harinya.

Summary
Bio Mask Terbaik Yang Anda Boleh Cuba!
Article Name
Bio Mask Terbaik Yang Anda Boleh Cuba!
Description
Anda mencari Bio Mask yang terbaik keluaran Bio Essence? Kami senaraikan untuk anda rujuk dan pilih yang mana satu sesuai.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: