glucometer
Glucometer adalah peranti perubatan yang mengukur kepekatan gula (glukosa) di dalam darah manusia. Glucometer adalah alat untuk memantau gula dalam darah dari rumah

Glucometer

Glucometer adalah peranti perubatan yang mengukur kepekatan gula (glukosa) di dalam darah manusia.  Glucometer adalah alat untuk memantau gula dalam darah dari rumah oleh individu yang menghidapi Diabetes Melitus Jenis 1 atau Jenis 2.

Glucometer memberikan hasil yang cepat, membolehkan pesakit diabetik untuk mengetahui sama ada tahap glukosa adalah lebih tinggi daripada diperlukan, lebih rendah daripada disangka atau dalam tahap yang boleh diterima.

Terdapat banyak jenama dan model glucometer yang berbeza dalam saiz, fungsi dan kemudahan penggunaan yang berbeza. Untuk individu yang pertama kali menggunakannya, penting untuk menggunakannya dengan betul daripada kemudahan penggunaan. Hasil glukosa yang salah boleh jadi berbahaya untuk anda.

Siapa yang sepatutnya menggunakan glucometer?

Jika anda mempunyai diabetes jenis 1, jenis 2, diabetes autoimun terpendam di kalangan dewasa (LADA) atau didiagnosiskan dengan diabetes gestasi ketika hamil, rancangan rawatan selalunya memerlukan anda memeriksa tahap glukosa dalam darah dengan glucometer.

Penggunaan glucometer yang kerap boleh membantu anda :

  • Memeriksa bagaimana anda mengawal gula dalam darah dan sama ada ia tinggi atau rendah
  • Mengenali corak tahap bila anda mempunyai tahap glukosa yang tinggi atau rendah
  • Melihat bagaimana tahap glukosa bertindak balas selepas bersenam atau ketika berada dalam keadaan tertekan
  • Memerhati kesan ubat diabetes dan terapi lain
  • Menilai seberapa jauh anda mencapai matlamat tertentu dalam rawatan anda

Prosedur untuk mengukur gula dalam darah

  • Menyediakan bahan – bahan yang perlu sebelum bermula : Glucometer, jalur ujian, kapas kesat alkohol dan jarum lanset. Pastikan glucometer berfungsi dengan baik dengan bateri yang telah dipasang dan berada di permukaan yang rata.
  • Buka bekas jalur ujian atau tanggalkan jalur daripada kepingan aluminium jika jalur dipaket secara individu. Masukkan strip baru ke dalam lubang unit.
  • Pastikan kod kalibrasi pada jalur adalah sama dengan glucometer.
  • Basuh tangan anda dulu atau gunakan kapas kesat alkohol untuk membersihkan jari anda. Jika anda menggunakan alkohol, biarkan ia kering dahulu sebelum anda mencucuk jari anda.
  • Gunakan jarum lanset yang baru untuk mencucuk pada bahagian sisi hujung jari anda untuk rasa yang kurang sakit.
  • Hidupkan glucometer (sesetengah model hidup dengan sendiri secara automatik sebaik sahaja jalur ujian dimasukkan). Pastikan nombor kod ujian kelihatan pada paparan sama seperti kod pada bungkusan jalur ujian anda yang terkini.
  • Letakkan sedikit darah pada jalur ujian (Sila rujuk pada panduan glucometer yang disediakan tentang seberapa banyak darah yang diperlukan)
  • Glucometer membaca tahap gula dalam darah anda dalam masa beberapa saat
  • Simpan bacaan gula dalam darah anda di dalam buku sebagai rujukan untuk doktor dan diri anda sendiri. Sesetengah glucometer mempunyai memori yang besar untuk menyimpan bacaan gula dalam darah.

Bila untuk diuji?

Berbincanglah dengan doktor anda seberapa kerap dan berapa kali dalam sehari anda perlu menguji dan apa yang perlu dilakukan jika hasil ujian anda tinggi atau rendah. Kekerapan ujian anda bergantung pada jenis tertentu diabetes dan rancangan rawatan anda.

– Jenis 1

Jika anda mempunyai diabetes jenis 1, anda mungkin perlu memeriksa tahap glukosa sebanyak 4 hingga 10 kali sehari. Anda perlu menguji sebelum mengambil sebarang makanan sama ada hidangan atau snek, sebelum dan selepas bersenam, sebelum tidur dan mungkin pada waktu malam.

Sebelum keadaan anda disahkan sebagai ketidakmampuan untuk menghasilkan insulin yang mencukupi, anda perlu memeriksa dengan lebih kerap untuk memastikan anda mempunyai insulin yang cukup untuk memastikan gula dalam darah anda stabil.

Jika rutin anda berubah atau jika anda jatuh sakit, anda mungkin perlu membuat ujian banyak kali pada waktu siang / malam.

– Jenis 2

Jika diabetes jenis 2 atau gestasi, anda mungkin hanya perlu menguji sebanyak 2 hingga 4 kali sehari bergantung pada sama ada anda mengambil insulin atau tidak.

Secara umumnya, anda perlu menguji sebelum makan dan pada waktu tidur. Jika anda menguruskan diabetes anda dengan ubat bukan insulin, anda mungkin tidak perlu menguji darah anda sekali sehari sebaik sahaja anda mengenali corak anda.

Faktor yang mempengaruhi bacaan glukosa

Ketepatan hasil ujian bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah kualiti glucometer dan jalur ujian, serta seberapa mahir anda yang menggunakan peranti tersebut. Ini merupakan faktor yang mempengaruhi bacaan glukosa anda :

– Teknik yang digunakan pengguna

Ralat pengguna adalah punca nombor satu untuk ralat bacaan glukosa. Pastikan anda melihat panduan penggunaan glucometer dan praktis cara menguji gula dalam darah anda dengan doktor anda.

– Jari kotor

Makanan, minuman atau baki losyen pada tangan anda boleh mempengaruhi bacaan glukosa anda. Pastikan anda membasuh dan mengeringkan tangan anda sebelum melakukan ujian.

Jika anda menggunakan kapas kesat alkohol, pastikan jari anda kering sepenuhnya sebelum menguji dan gunakan titisan darah kedua, bukannya yang pertama.

– Persekitaran

Altitud, humiditi dan suhu bilik boleh mempengaruhi bacaan glukosa darah anda dengan mengubah tubuh badan anda atau ujian yang digunakan. Sesetengah glucometer dipek bersama dengan arahan penggunaan tentang bagaimana untuk mendapatkan bacaan yang betul di dalam keadaan tertentu.

– Jalur ujian yang tidak sepadan

Jalur ujian agak mahal, anda mungkn ingin membeli jalur ujian biasa atau berbeza untuk menjimatkan wang. Namun begitu, jika glucometer anda tidak direka untuk menggunakan jalur tersebut, bacaan anda akan terjejas.

Pastikan jalur ujian yang anda beli bersesuaian dengan mesin anda. Selain itu, periksa tarikh luput pada jalur ujian anda kerana jalur yang telah tamat tempoh boleh memberikan hasil yang salah.

– Perubahan pada meter dan jalur ujian

Pengeluar mungkin mengubah mesin atau jalur ujian mereka. Pengeluar jalur ujian biasa atau pihak ketiga mungkin tidak maklum mengenai hal ini. Dalam keadaan ini jalur ujian anda mungkin tidak bersesuaian dengan meter anda.

Jika anda tidak pasti sama ada jalur ujian anda akan berfungsi dengan meter glukosa darah anda, hubungi pengeluar meter tersebut.

Penjagaan dan Pengendalian Glucometer

Pengendalian rutin glucometer adalah kunci untuk memastikan nilai glukosa dalam darah anda adalah tepat, supaya rawatan anda sewajarnya. Ini merupakan tips penting untuk memastikan glucometer anda dalam keadaan terbaik :

  • Buat persediaan yang diperlukan untuk penetapan glucometer seperti : nombor lot jalur ujian, ujian kawalan mutu dan kalibrasi apabila diperlukan
  • Mengikut galakan pengeluar yang sepatutnya
  • Menggunakannya dengan betul
  • Membersihkannya seperti yang diarahkan oleh pengeluar
  • Tidak membiarkan ia terdedah dengan haba, kelembapan, kesejukan, habuk atau kotoran melampau
  • Simpan glucometer di dalam bekas yang disediakan oleh pengeluar
  • Setiap glucometer mestilah dibungkus bersama panduan penggunaan untuk kod ralat dan cara penyelesaian masalah atau anda boleh hubungi bantuan sokongan pengeluar
  • Kawalan kualiti

SUMBER

https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/choosing-glucose-meter#getting-accurate-readings

https://www.verywellhealth.com/how-to-use-a-glucometer-1087304

http://www.myhealth.gov.my/en/glucometer/

Summary
Apakah Itu Glucometer Dan Bagaimana Menggunakannya?
Article Name
Apakah Itu Glucometer Dan Bagaimana Menggunakannya?
Description
Glucometer adalah peranti perubatan yang mengukur kepekatan gula (glukosa) di dalam darah manusia. Glucometer adalah alat untuk memantau gula dalam darah dari rumah oleh individu yang menghidapi Diabetes Melitus Jenis 1 atau Jenis 2.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: