baju mengandung

Wanita sememangnya sinonim dengan gaya dan kecantikan. Mengandung ataupun hamil tidak menghalang bakal ibu untuk kelihatan cantik dan bergaya. Namun keutamaan dalam memilih baju mengandung haruslah selesa dipakai dan tidak ketat pada bahagian perut.

Antara yang menjadi perkara utama dalam memilih baju adalah gaya yang akan digayakan oleh wanita yang berbadan dua ini. Sememangnya sifat wanita suka mengambil kisah cantik ke tidak baju tu, sesuai ke tidak, selesa ke tidak, atau ada orang lain yang memakai pakaian yang sama. Itu semua punca tekanan kepada para ibu. Hati-hati ya!

Sudah menjadi lumrah seorang wanita hamil, bakal ibu pasti merasa tidak selesa menggunakan baju harian yang sering digunakan ketika tidak mengandung. Oleh itu, sudah pastinya ibu-ibu ingi membeli baju yang baru untuk digayakan apabila menghadirkan diri ke pejabat, majlis-majlis atau keluar berjalan-jalan.

Pemilihan baju yang sesuai sebelum membelinya adalah sangat penting demi keselesaan bakal ibu. Bukan sahaja keselesaan malahan menjimatkan kos. Kalau tersalah beli kan dah membazir. Jadi ibu-ibu jangan risau kami akan kongsikan tip untuk para ibu memilih baju mengandung yang sesuai

Tip Memilih Baju Mengandung

1. Tahu bentuk badan

Sebelum membeli baju mengandung, bakal ibu harus bijak memilih baju yang sesuai dengan mengenali bentuk badan sendiri. Anda perlu memilih pakaian yang lembut di pinggang jika perut anda lebih ke bawah agar anda selesa. Jika perut anda lebih tinggi, anda boleh mewujudkan garisan antara dada dan perut. Caranya adalah dengan mewujudkan garisan pada baju mengandung menggunakan tali atau getah. Bakal ibu juga harus mengelakkan pakaian yang ketat kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan. Bukan sahaja tidak selesa malahan kurang manis dan sopan untuk tatapan orang ramai. Dengan keadaan sekarang yang ramai orang pelbagai penyakit yang tidak normal tidak pasal-pasal pakaian kita mengundang berbahaya.

2. Fabrik baju haruslah lembut

Pemilihan fabrik adalah penting bagi memilih baju ibu hamil. Fabrik yang paling utama haruslah lembut dan menyerap peluh demi keselesaan ibu mengandung. Fabrik yang keras atau kasar haruslah dielakkan kerana ia akan menyebabkan ibu mengandung berasa tidak selesa dan cepat berpeluh. Apabila berbadan dua sesetengah wanita akan mudah merasa panas dan rimas. Fabrik lembut sangat diperlukan dan sangat membantu golongan wanita yang sebegini. Tidaklah rosak mood ibu-ibukan, bertambah manis wajah kalau mood pun baik betul tak?

3. Baju mesra menyusu

Baju dengan kelebihan mesra menyusu dapat memudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak dengan hanya perlu menyelakkan baju di bahagian dada. Baju yang mesra menyusu mempunyai butang atau zip di bahagian dada untuk memudahkan ibu-ibu. Alang-alang membeli tu kan elok kalau beli baju yang dapat digunakan untuk masa yang panjang. Nanti dah bersalin baju masih sesuai dipakai walaupun sedang menyusu. Ibu-ibu dapat berjimat. Bolehlah cuci mata salurkan wang ibu-ibu ke belanja yang lain. Tak begitu?

4. Baju bercorak menegak atau melintang

Pemakaian baju yang bercorak menegak atau melintang akan menampakkan si pemakai lebih kurus berbanding dengan pakaian bercorak melintang. Corak baju melintang akan menjadikan ibu mengandung tetap kelihatan langsing walaupun dengan perut yang mengandung. Jadi pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian ibu-ibu.

5. Tidak sesekali menggunakan kasut bertumit tinggi

Kasut tumit tinggi tidak sesuai digunakan ibu mengandung kerana ibu mengandung mudah mendapat bengkak pada bahagian kaki. Tambahan pula, permukaan kasut yang tidak stabil tidak selamat digunakan ibu mengandung kerana ditakuti akan terjatuh. Kasut yang mempunyai tapak yang rata lebih sesuai, selesa, dan selamat digunakan ibu mengandung. Selain tapak rata, kasut yang lembut jugak adalah kriteria penting dalam pemilihan kasut. Semasa mengandung kaki ibu-ibu mudah lenguh dan sakit terutamanya bila ibu sejenis yang banyak berjalan. Jadi pemilihan kasut yang lembut dan rata sangat membantu mengurangkan kesakitan ibu.

Walau bagaimana pun, pemilihan baju bagi ibu mengandung sangatlah penting dan bukan sekadar melihat kecantikan baju itu sahaja, namun keselesaan pemakaian adalah perkara yang harus diutamakan. Sebelum membeli baju, teliti dahulu baju tersebut sebelum membeli sama ada ia sesuai atau tidak agar kita tidak membazir.

SUMBER:

https://bidadari.my/baju-ibu-mengandung/

Summary
5 Cara Memilih Baju Hamil Yang Terbaik
Article Name
5 Cara Memilih Baju Hamil Yang Terbaik
Description
Setiap ibu hamil pasti ingin tetap kelihatan cantik dan bergaya walaupun ketika berbadan dua. Keutamaan dalam memilih baju haruslah selesa dipakai dan tidak ketat pada bahagian perut.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: