concealer

Setiap hari muka kita sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan akan menyebabkan kulit kita mendapat jerawat. Jerawat kemudiannya menyebabkan parut di atas muka kita. Ini menyebabkan kita rasa kurang yakin untuk keluar dari rumah. Oleh itu, tidak dinafikan CONCEALER adalah satu keperluan dalam kehidupan kerja harian kita. Ia dapat menyembunyikan parut-parut di atas muka kita dengan demikian menambah rasa yakin terhadap diri untuk keluar masa bekerja atau bersantai.

Maybelline concealer

MAYBELLINE Instant Age Rewind

RM27.93

Concealer inisesuai bagi smeua orang, mempunyai aplikasi yang sama rata dapat membantu untuk menyembunyikan parut dan juga lingkaran hitam di bawah mata. Selain itu ia juga boleh mencerahkan kawasan bawah mata supaya mata anda kelihatan ceria dan segar. Diformulasi untuk diaplikasi dengan lancar oleh aplikator yang dibina bersama produk. Ia juga boleh digunakan untuk menutupi ketidak sempurnaan seperti bintik gelap, garis halus, kedutan dan juga cela di muka. Concealer ini boleh didapati dalam 9 jenis tona kulit.

Revlon Concealer

REVLON Photoready

RM44.91

Concealer ini mempunyai tekstur yang ringan dan berkrim. Ia memudahkan penyebatian produk ini dengan produk solekan yang lain. Ia mengandungi pigmen kromatik yang mampu memantulkan dan menyebarkan cahaya. Ia dapat membantu menghilangkan ketidaksempurnaan di atas kulit muka dan juga lingkaran hitam di bawah mata. Concealer ini diformulasikan dengan warna yang direka secara professional dan diuji dalam keadaan yang ketat untuk memastikan kualiti produk ini terjamin. Concealer ini adalah bebas minyak, bebas wangian dan bebas daripada paraben.

Sily girl concealer

Silky Girl Fix It

RM22.41

Concealer ini adalah jenis cecair. Ia mampu menghilangkan bintik hitam, lingkaran bawah mata, melicinkan garis halus di muka anda. Produk ini dapat memberi liputan solek di wajah untuk jangka masa yang lama. Produk ini juga ringan dan berkrim, membuat ia senang untuk disebatikan dengan produk solek yang lain. Ia dapat meratakan warna kulit, mempunyai ekstrak bahan semulajadi dan yang paling baik tentang concealer ini ialah ia diformulasikan secara khusus untuk kulit orang Asia.

Rimmel concealer

RIMMEL Lasting Matte

RM19.71

Produk ini mampu memberi liputan penuh untuk muka dengan menutup lingkaran hitam di bawah mata, cela, garis halus dan parut jerawat. Concealer ini adalah jenis matte dan didalam bentuk cecair. Ia diformulasi dengan tekstur yang ringan, melembabkan kulit supaya anda rasa lebih selesa. Kulit kelihatan kemas dan tidak berkerut sepanjang hari; ia juga mengandungi Serbuk Pigmen Mikro yang fungsinya adalah untuk melindungi dan memelihara warna kulit anda.

KATE concealer stick

KATE Stick

RM39.30

Ini adalah concealer yang berkesan pada kulit yang mempunyai masalah pigmentasi. Ia juga mampu tahan lama sepanjang hari dan tidak mempunyai rasa melekit. Concealer ini berkesan atas kulit yang ke merah-merahan, pori besar dan bintik hitam. Oleh kerana ia adalah dalam bentuk stik, ia senang untuk diaplikasikan dan senang untuk disimpan didalam beg tangan wanita. Produk ini juga senang untuk disebatikan dengan alak solek yang lain dan ia boleh didapati dalam 2 tona warna.

Loreal True Match Concealer

L’OREAL True Match

RM41.31

Concealer ini mempunyai pigmentasi yang tinggi, mempunyai tekstur yang nipis seolah anda tidak memakai apa-apa dia atas muka. Ia dapat tahan selama 16 jam dan mampu untuk membetulkan warna kulit, menghilangkan tanda keletihan dan mencerahkan mata anda. Produk ini mengandungi Hyloxyl dan Kafein yang dapat melawan penampilan lingkaran hitam di bawah mata dari masa ke masa. Concealer ini dibuat dengan aplikasi sensori yang sangat tepat dan lembut. Ia boleh didapati dalam 6 tona warna.

peripera concealer

PERIPERA Double Longwear Cover

RM31.98

Concealer ini adalah satu produk yang unik, kerana ia adalah tidak setebal atau senipis seperti concealer lain. Ini adalah kerana ia dibuat dengan teknologi pengelupasan aqua di mana ia akan tetap secara semulajadi di tempatnya. Selepas aplikasi ke atas kulit muka ia akan melekat di kulit untuk mengelakan kotoran atas kulit. Ini menjadikan produk ini memberi liputan yang padat terhadap kotoran. Produk ini adalah amat sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit sensitif.

CICA Redness spot concealer

VT CICA Redness Spot

RM39.00

Concealer ini adalah unik kerana ia mempunyai penjagaan berganda dengan bahan-bahan semulajadi. Produk ini mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan dan juga menenangkan kulit anda. Ia memberi full coverage untuk kulit anda dan sambil itu melembabkan kulit apabila digunakan. Maka produk ini adalah amat sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif. Concealer ini boleh didapati dalam 2 warna, mengikut kesesuain warna kulit anda.

CLIO Kill Cover Pro Artist

CLIO Kill COver Pro Artist

RM68.90

Concealer ini dapat membetulkan ketidaksempurnaan kulit denagn tiga warna, dan mensasarkan setiap masalah kulit seperti lingkaran hitam di bawah mata, bintik hitam, cela dan garis halus. Antara kebaikan produk ini adalah, pembetulan oleh warna-warna concealer untuk liputan yang sempurna, membetulkan tona warna di atas kulit anda, dan formula yang melekat dan tahan lama sepanjang hari. Ia dapat memberi warna kulit yang sekata seperti hasil tangan artis solekan.

Laneige Concealer

LANEIGE Real Cover Cushion

RM85.00

Concealer ini adalah dalam bentuk cecair yang dapat menyembunyikan cela kulit dengan aplikator dual yang boleh digunakan di bahagian muka tertentu dan juga seluruh muka. Produk ini diperbuat dengan teknologi yang berkepatuhan tinggi, tahan lama dan mempunyai tekstur berkrim. Ia boleh didapati dalam 5 warna mengikut kesesuaian warna kulit anda manakala saiz baru concealer ini adalah seberat 12gm di pasaran.

Summary
10 Concealer Mampu Milik Yang Berkesan di Pasaran
Article Name
10 Concealer Mampu Milik Yang Berkesan di Pasaran
Description
Setiap hari muka kita sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran dan akan menyebabkan kulit kita mendapat jerawat. Jerawat kemudiannya menyebabkan parut di atas muka kita. Ini menyebabkan kita rasa kurang yakin untuk keluar dari rumah. Oleh itu, tidak dinafikan CONCEALER adalah satu keperluan dalam kehidupan kerja harian kita. Ia dapat menyembunyikan parut-parut di atas muka kita dengan demikian menambah rasa yakin terhadap diri untuk keluar masa bekerja atau bersantai.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: