tukar password unifi

Pada zaman serba moden ini, rangkaian jalur lebar atau dikenali sebagai internet sangat penting. Setiap rumah pasti mempunyai modem dan pelan internet sendiri. Salah satunya adalah Unifi. Tapi, bagaimana pula jika anda mahu tukar password Unifi?

Jika anda ingin tukar password Unifi, anda perlu hubungi Telekom Malaysia (TM) di nombor 100. TM akan meminta anda untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menukar password, bagi mengelakkan bukan pemilik yang menghubungi TM.


Jika TM tidak dapat membantu anda untuk tukar password disebabkan oleh sistem TM tidak dapat mengesan router anda pada sistem mereka,, barulah anda perlu melakukan penukaran password secara manual seperti berikut.

Bagi anda yang merupakan seorang pengguna Unifi, apa yang merisaukan ialah default password sedia ada yang dipasang oleh kontraktor. Jika tidak reset, sesiapa sahaja boleh hack dan gunakan Internet anda.

Maka, disini kami berkongsi cara tukar password Unifi. Juga untuk modem router, supaya keselamatan anda lebih terjamin.

Langkah-Langkah Untuk Menukar Password Unifi Di Rumah

  • Untuk langkah awal, pastikan anda menggunakan modem atau routers jenis Huawei yang mempunyai 2 atau 3 antenna. Semua modem/routers wifi ini menggunakan username dan juga password yang sama, anda akan memerlukan password ini untuk akses ke ruangan antaramuka menukar password wifi anda :
    Username : Admin
    Password : [email protected]

  • Lazimnya, ia diletakkan di bawah atau di belakang modem/routers anda. Apa yang anda nampak adalah info penting yang tertulis dengan jelas pada modem/router D-Link model DIR-842. Modem jenis ini adalah model standard yang akan diberikan kepada pelanggan TM Unifi 100Mbps.
    Disarankan untuk anda menulis password ini agar dapat memudahkan anda pada masa hadapan. Sekarang, pergi ke interface modem/routers menerusi link berikut – https://192.168.0.1 .
  • Anda akan melihat paparan D-link routers. Kemudian masukkan password – [email protected]
  • Selepas itu, pilih ‘Wireless’. Jangan pilih internet kerana itu adalah password ke servis atau perkhidmatan internet Unifi anda. Kalau anda tersilap, kemungkinan besar, anda tidak akan dapat akses ke internet dan perlu mendapatkan bantuan technician daripada pihak TM.
  • Jadi, pilih dari ‘Settings’ – ‘Wireless’. Ia akan tunjukkan dual band wireless iaitu 2.4GHz dan juga 5.0GHz.•
  • Pada ruangan ‘Password’ tukarkan kepada password yang anda mahukan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh tukarkan nama wifi anda (SSID) kepada nama yang anda mahukan.
  • Setelah selesai, klik butang ‘Save’ yang disediakan di bahagian atas.

Senang saja kan nak tukar password Unifi anda. Jadi, jika anda ingin tukar password Unifi anda, bolehlah anda gunakan cara yang kami kongsikan ni ya!

Sumber :


https://www.blogfaiz.com/cara-tukar-password-unifi-pada-router-atau-modem/
https://www.hasrulhassan.com/2019/07/cara-tukar-password-wifi-unifi.html
https://azrizainalabidin.blogspot.com/2017/05/bagaimana-untuk-tukar-password-wifi.html

Tagged: