Tips Memulakan Gaya Hidup Sihat
Setiap perkara yang anda mulakan pasti mempunyai sebab yang tertentu, itu termasuklah gaya hidup yang sihat.

Setiap perkara yang anda mulakan pasti mempunyai sebab yang tertentu, itu termasuklah gaya hidup yang sihat. Jika anda tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk memulakan gaya hidup sihat, anda tidak dapat memberikan komitmen yang sepatutnya dan sukar untuk mematuhi resolusi yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, kebanyakan cabaran yang anda akan hadapi adalah dari segi mental. Oleh itu, anda perlu merancang pelan tindakan yang sewajarnya supaya dapat menghapuskan semua halangan yang menjauhkan anda dari matlamat gaya hidup sihat anda.

Berikut merupakan langkah yang perlu anda lakukan untuk memulakan gaya hidup yang sihat. Baca dengan teliti dan ikuti satu-persatu.

Mula dengan melakukan perkara yang kecil terlebih dahulu

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah adalah mengubah kebiasaan atau tabiat dan pemikiran anda. Tetapkan matlamat dan rancang tindakan anda dengan teliti. Beri tumpuan kepada ‘tindakan’ yang perlu anda lakukan berbanding hasilnya di kemudian hari. Cara ini lebih berkesan untuk mengubah diri anda dari dalaman dan luaran.

Selain itu, pilih makanan yang lebih baik, yang tidak diproses, dan cuba tambahkan bilangan squat dan plank ke dalam rutin harian anda atau lakukan cabaran selama 30 hari. Adalah penting untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang drastik terhadap diri anda.

Cari aktiviti yang sesuai dengan diri anda

Jika anda memaksa diri melakukan sesuatau yang anda tidak suka, walaupun pada mulanya komitmen anda sangat kuat melakukannya, seiring masa semangat itu akan semakin pudar. Jadi, anda perlu mencari sesuatu yang sesuai buat diri anda, aktiviti yang anda suka atau boleh belajar untuk suka.

Sebagai contoh, berlari atau tinju atau latihan berat badan, anda tidak akan tahu minat anda selagi tidak mencubanya. Lakukanlah setiap aktiviti ini satu-persatu sehinggalah anda berjumpa aktiviti yang anda suka. Semakin banyak anda mencuba, semakin tinggi peluang untuk mengetahui aktiviti tersebut.

Pilih rancangan diet yang munasabah

Apa yang anda perlukan adalah panduan, iaitu sesuatu yang anda boleh ikuti dengan mudah tanpa perlu memeriksa senarai makanan terlarang dan arahan khas setiap kali anda ingin makan. Pengiraan kalori pula hanya akan memberi tekanan dan membuat anda berasa sengsara setiap kali anda makan setiap makanan. Seeloknya, anda perlu mengikuti sesuatu yang boleh menjamin rutin harian anda ke arah gaya hidup yang sihat sepanjang hidup.

Sekiranya peraturan makan adalah minima, tabiat makan yang betul akan memberi kesedaran secara tidak langsung kepada diri anda. Fikir seperti ini, walaupun anda telah memulakan gaya hidup yang sihat, ia tidak bererti anda langsung tidak boleh menjamah makanan yang anda suka sebelum ini seperti gula-gula, soda dan sebagainya. Tetapi, makanan sebegini cuma tidak boleh dimakan setiap hari. Sebaliknya, jadikan makanan sebenar sebagai rutin diet harian anda. Makanan yang baik dan bagus selalunya dimasak menggunakan bahan yang sedikit. Jadi, beri tumpuan kepada makanan yang dimasak sendiri dan segar.

Lakukan perubahan secara perlahan

Lebih perlahan anda melakukan perubahan, lebih banyak manfaat yang anda dapati dalam amalan gaya hidup yang sihat. Keputusan dan hasil yang cepat mungkin menggoda anda, namun setiap jalan pintas sudah tentu ada kekurangan tertentu. Sekiranya anda melakukan sesuatu perubahan dengan drastik, sebagai contoh bersenam dengan intensiti yang sangat tinggi pada hari pertama perjalanan hidup sihat anda, sistem badan anda mungkin akan terkejut.

Walaupun anda mungkin suka apabila melihat hasilnya dalam jangka masa pendek, dalam jangka masa panjang ia tidak bagus untuk badan dan kesihatan anda. Begitu juga diet, sekiranya anda memaksa diri anda untuk menerima perubahan diet yang baru secara drastik, berkemungkinan besar anda akan kembali kepada diet asal yang tidak sihat. Lakukanlah setiap perubahan dengan perlahan tetapi konsisten. Anda akan menyedaribanyak manfaat daripadanya pada setiap hari.

Buat rancangan yang terperinci

Rancangan yang anda lakukan haruslah jelas dan terperinci. Perubahan diet dan rutin senaman harian adalah sukar dilakukan sekiranya anda tidak biasa melakukan senaman dan sekatan diet. Jadi, anda tidak perlu membuatkannya lebih sukar dengan sentiasa berfikir tentang aktiviti yang anda perlu lakukan seterusnya tanpa sebarang rancangan.

Seeloknya, anda mestilah mempunyai rancangan yang boleh anda rujuk pada setiap hari bagi memudahkan anda untuk mencapai matlamat gaya hidup sihat. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk merancang rutin harian anda secara teliti. Jadikan rancangan atau jadual harian anda khusus untuk diri anda sahaja dengan mengambil kira minat, diet yang sesuai dan sebagainya.

Sediakan kelengkapan yang sesuai

Kelengkapan bukan hanya terhad dari segi pakaian atau peralatan kecergasan. Sebaliknya, ia dimulakan dengan perkara yang asas seperti perbelanjaan anda. Sepatutnya, lebih sedikit anda berbelanja adalah lebih baik. Kita selalu berpendapat bahawa kita telah mencapai sesuatu apabila berbelanja dengan menggunakan banyak wang ynag kita anda untuk melakukan sesuatu perubahan.

Ya, sudah tentu anda perlukan peralatan sukan dan makanan yang sesuai dengan perubahan diet anda. Tetapi, adalah amat penting seperti yang dinyatakan sebelum ini, untuk melakukan perubahan secara perlahan. Sebagai contoh, pada peringkat permulaan anda boleh menggunakan aplikasi untuk mengira masa sewaktu bersenam di dalam telefon pintar anda berbanding membeli peralatan khas di kedai sukan.

Semoga berjaya!

Sumber

https://www.healthline.com/nutrition/27-health-and-nutrition-tips

https://www.medicinenet.com/healthy_living/article.htm

https://www.webmd.com/diet/features/4-steps-healthy-lifestyle#1

https://personalexcellence.co/blog/healthy-living

Summary
Tips Memulakan Gaya Hidup Sihat
Article Name
Tips Memulakan Gaya Hidup Sihat
Description
Setiap perkara yang anda mulakan pasti mempunyai sebab dan perancangan yang tertentu, itu termasuklah gaya hidup yang sihat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: