tarikh luput hand sanitizer
Hand sanitizer merupakan antara item terhangat ketika ini kerana semua individu sudah mula mengamalkan langkah kebersihan dengan lebih baik.

Terdapat tarikh luput ‘Hand sanitizer’, jadi penting untuk mengetahuinya agar kebersihan terjaga dengan betul untuk memerangi penyebaran COVID-19. Pembersih tangan atau ‘hand sanitizer’ telah menjadi salah satu item yang paling banyak mendapat permintaan di negara ini. Ia mungkin agak sukar untuk mencari bekalan di kedai berdekatan dan juga dalam atas talian. Pada ketika ini, ia mungkin masih dijual di beberapa sumber tertentu tetapi dengan harga yang lebih mahal.

Jika ‘hand sanitizer’ ini mempunyai tarikh luput, adakah ia masih selamat untuk digunakan? Berbaloikah jika kita membelinya dalam kuantiti yang banyak sekarang? Menurut Dr Robert Rountree, Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Pencegahan untuk Thorne Research, walaupun ‘hand sanitizer’ yang sudah telah tamat tempoh selamat digunakan, namun ia tidak diketahui seberapa baik  perlindungan yang boleh ia lakukan.

Pembersih tangan adalah produk yang dikawal oleh FDA dan mempunyai tarikh tamat tempoh atas sebab tertentu. Bahan aktif dalam kebanyakan pembersih tangan ialah alkohol, yang mana ia dapat menyejat dari masa ke masa. Satu kumpulan pembersih tangan yang berkesan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), mengandungi alkohol sekurang-kurangnya 60%. Tetapi, selepas anda membuka botolnya kandungan alkohol perlahan-lahan mula berkurangan kerana ia berterusan terdedah kepada udara. Kebanyakan pembersih tangan akan bertahan sehingga 3 tahun selepas tarikh pengeluarannya.

Sekiranya stok anda tidak banyak, anda mungkin terfikir untuk membuat satu sendiri atau menghasilkan kain pembasmi kuman (disinfecting wipes)  dengan mencampurkan alkohol dan gel lidah buaya. Tetapi, proses ini boleh menjadi berselerak dan mengecewakan. Jika anda mencuba untuk menuang alkohol secara terus di tangan anda, ini boleh mengeringkan kulit anda, melemahkan halangan pertahanannya dan meningkatkan risiko jangkitan anda.

Jadi, ianya adalah penting untuk menekankan bahawa individu yang mempunyai akses bagi air bersih tidak perlu melakukan semua ini hanya kerana ingin daripada kuman. Sebaliknya, bilas tangan dengan sabun dan air yang bersih selama sekurang-kurangnya 20 saat adalah cara terbaik untuk membunuh koronavirus.

‘Hand sanitizer’ hanya berfungsi sebagai perlindungan sementara apabila anda tidak mempunyai akses kepada air bersih dan sabun tangan terutama jika anda keluar membeli barangan runcit atau melakukan tugas penting lain. Jika anda keluar dan hanya membawa ‘hand sanitizer’ yang sudah luput, tetap gunakannya. Ianya adalah lebih baik menggunakan sedikit alkohol daripada tiada apa langsung jika anda tidak mempunyai pilihan lain.

Jadi, berfikir dua kali sebelum anda membuang bekas pembersih tangan yang diabaikan, terutamanya jika ia masih belum dibuka. Pada masa kini, ia sekurang-kurangnya boleh menjadi sedikit berguna apabila anda berada dalam keadaan terdesak.

SUMBER

https://www.insider.com/does-hand-sanitizer-expire

https://www.healthline.com/health/does-hand-sanitizer-expire

https://www.singlecare.com/blog/news/does-hand-sanitizer-expire/

Summary
Tarikh luput hand sanitizer
Article Name
Tarikh luput hand sanitizer
Description
Terdapat tarikh luput ‘Hand sanitizer’, jadi penting untuk mengetahuinya agar kebersihan terjaga dengan betul untuk memerangi penyebaran COVID-19.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: