guna sarung tangan ketika beli barangan runcit
Sarung tangan dilihat mampu melindungi tangan kita daripada jangkitan kuman di permukaan.

Ramai yang mula guna sarung tangan ketika membeli barangan runcit atas faktor keselamatan diri. Namun, adakah ia sebenarnya diperlukan? banyak kebimbangan tentang keselamatan ketika membeli barangan runcit terutamanya dengan tempoh PKP yang masih berlangsung sekarang. Satu manifestasi yang sangat jelas adalah bilangan orang yang guna sarung tangan ketika membeli barangan. Sarung tangan getah, sarung tangan cuci pinggan, sarung tangan musim sejuk biasa, malah ada juga yang memakai plastik pada tangan mereka dengan harapan akan terhindar daripada sebarang jenis virus yang ada pada permukaan.  

Namun, adakah perlakuan guna sarung tangan semasa membeli barangan di luar adalah lebih selamat berbanding jika anda tidak memakainya? Pertama sekali, keluar membeli barangan bukanlah terlalu berisiko seperti yang diwar-warkan di sesetengah laman web di Internet. Walaupun ia berisiko, namun itu tidak bermakna anda tidak langsung boleh keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan. Kedua, penggunaan sarung tangan yang dikatakan lebih selamat itu ternyata lebih membawa kesan buruk berbanding kesan baik yang anda inginkan.

Mari baca lebih lanjut mengapa kita tidak digalakkan guna sarung tangan ketika membeli barangan.

  • Sarung tangan berfungsi seperti tangan dan boleh menjadi agen penyebaran virus dan mungkin adalah lebih buruk lagi.

Novel koronavirus ini tidak memasuki badan melalui tangan anda, jadi anda tidak memerlukan sebarang perlindungan buatnya. Bayangkan, jika anda menyentuh sesuatu permukaan yang tercemar dengan sarung tangan, dan kemudian anda menyentuh permukaan yang lain, anda mungkin telah menyebarkan segala kuman (termasuk virus dan bakteria) sama seperti jika anda menyentuh tangan sendiri. Setiap virus mempunyai ciri pelekat yang berbeza-beza jadi ada kemungkinan bahawa koronavirus boleh melekat pada sarung tangan getah lebih baik daripada kulit anda sendiri. Malah, apa gunanya anda menggunakan sarung tangan jika dibandingkan dengan tangan sendiri yang boleh dibasuh dengan elok dan digunakan sekali lagi.

  • Sarung tangan boleh memberi anda rasa aman yang palsu.

Tahukah anda bahawa anda biasanya mudah lupa untuk membasuh tangan terutamanya jika anda menggunakan sarung tangan sebelum itu. Tambahan pula, memakainya dari satu tugas ke tugas yang lain hanya akan menyebarkan kuman dan novel koronavirus ke semua tempat yang anda telah sentuh. Ini adalah lebih berbahaya berbanding memerlukan masa selama 20 saat untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan air sebersihnya sahaja.

  • Tidak ramai orang membuang sarung tangan dengan betul.

Apabila anda tidak membuang sarung tangan dengan betul, anda hanya akan mendapat segala jenis kuman pada sarung tangan tersebut ke di atas diri anda dan segala benda lain. Malah, membuang sarung tangan sebenarnya bukan satu hal yang remeh. Namun, berdasarkan kajian yang dibuat, pemerhatian ke atas pekerja kesihatan tentang cara pembuangan sarung tangan telah mendapati bahawa kira-kira 30% daripada kumpulan ini melakukannya dengan salah walaupun mereka ini adalah kumpulan yang terlatih. Jadi, jika mereka juga boleh melakukannya dengan salah, bagaimana pula dengan kita semua individu biasa ini?

Jadi, mengapa ianya adalah prosedur standard bagi pekerja penjagaan kesihatan untuk gunasarung tangan, tetapi bukan bagi orang biasa?

Pekerja penjagaan kesihatan guna sarung tangan untuk tempoh masa yang singkat sementara bekerja secara langsung dengan pesakit. Jika anda adalah salah seorang daripada mereka, apabila anda mempunyai sarung tangan, ia diperlukan  untuk perkhidmatan pesakit. Anda biasanya tidak akan berjalan di sekeliling bilik dengan sarung tangan menyentuh segala permukaan lain. Setelah memeriksa  pesakit, anda diharuskan untuk membuang sarung tangan di dalam bilik, mencuci tangan anda, dan tinggalkan bilik itu untuk melayani pesakit seterusnya tanpa membawa sekali kuman tersebut dengan anda. Ini adalah perkara yang sama sekali berbeza berbanding jika anda keluar pergi ke kedai runcit. Oleh itu, bagi prosedur membeli barang di pasar raya, pergi tanpa menggunakan sarung tangan, dapatkan apa yang anda perlukan dan basuh tangan anda sejurus pulang ke rumah tanpa menyentuh mana-mana permukaan lain.

Sekarang, mari kita ketahui cara yang betul untuk membuang sarung tangan getah.

Secara ringkasnya, anda ingin mencubit satu belah sarung tangan berhampiran pergelangan tangan dan tariknya ke tangan anda supaya ia menjadi terbalik. Kemudian, tahan sarung tangan itu dengan tangan anda yang bersarung satu lagi dan dengan hati-hati, selitkan jari tangan tanpa sarung tangan ke bahagian atas sarung tangan yang lain, biarkan ia juga terbalik dan tutup sarung tangan yang lain. Kemudian, buangnya di dalam tong sampah atau bekas yang khas. Jika anda tidak membuangnya dengan betul, anda hanya berpotensi mencemarkan lebih banyak permukaan dan meletakkan diri anda pada risiko yang lebih tinggi. Selain itu, jangan lupa untuk membasuh tangan selepas anda membuangnya walaupun anda telah melakukannya dengan cara yang betul.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber ‘Manchester evening’.

SUMBER

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prevent-getting-sick/gloves.html

https://www.allure.com/story/disposable-gloves-protection-coronavirus

https://health.clevelandclinic.org/why-you-shouldnt-wear-gloves-to-the-grocery-store/

Summary
Guna sarung tangan ketika membeli barangan runcit
Article Name
Guna sarung tangan ketika membeli barangan runcit
Description
Ramai yang mula guna sarung tangan ketika membeli barangan runcit atas faktor keselamatan diri. Namun, adakah ia sebenarnya diperlukan?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: