menu makan tengahari

Mencari menu makan tengahari untuk anda cuba? Selepas sarapan, makan tengahari merupakan antara waktu makan yang paling penting. Tambahan pula jika anda bekerja pada awal pagi, anda wajib menikmati makan tengahari untuk memberikan tenaga.

Mahu mencuba sendiri menu makan tengahari di rumah? Berikut disenaraikan 3 menu makan tengahari untuk anda. Teruskan membaca!

Menu Makan Tengahari: Ayam Geprek

Ini merupakan antara hidangan yang tular baru-baru ini. Ianya merupakan hidangan Indonesia yang pedas, namun sangat sedap.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 – 2 biji telur
  • Tepung serbaguna pedas
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • Jus limau nipis
  • 1 sudu kecil cuka

Bahan sambal geprek:

  • 6 biji cili merah besar
  • 4 biji cili hjau kecil
  • 2 biji cili merah kecil
  • 1 biji bawang besar / bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis (ditumbuk)
  • Jus limau nipis

Kaedah penyediaan:

  • Gaul ayam dengan 1-2 biji telur dan tepung serbaguna pedas. Gorengkan dalam api sederhana dan ketepikan.
  • Goreng bahan sambal geprek menggunakan api yang panas selama 3 minit. Angkat dan toskan.
  • Masukkan bahan yang digoreng tadi dalamm lesung batu dan tumbuk.
  • Masukkan juga gula dan garam sambil menumbuk. Tumbuk separuh lumat.
  • Masukkan jus limau nipis dan cuka.
  • Masukkan minyak gorengan tadi sebanyak 1 – 2 sudu.
  • Masukkan serbuk perasa dan gaul rata.
  • Boleh tuang ke atas ayam.
  • Sedia untuk dihidang.
Ayam Geprek Enak Banget - YouTube

Menu Makan Tengahari:  Sambal Paru

Selain daripada boleh dinikmati semasa sarapan, sambal paru juga sesuai dinikmati pada waktu tengahari. Ianya juga mudah untuk dibuat sendiri

Bahan-bahan:

  • 1 kg paru (direbus hingga lembut)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perencah
  • Kunyit

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil biji ketumbar

Kaedah penyediaan:

  • Gaul paru yang direbus dengan garam dan kunyit dan gorengkan. Ketepikan.
  • Tumis bahan kisar dan lebihkan minyak.
  • Setelah pecah minyak, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perencah.
  • Setelah sambal Nampak merah dan berkilat, masukkan parut tadi dan gaul. Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.
Sambal Paru Nipis Garing Sedap Tak Tipu - YouTube

Menu Makan Tengahari:  Nasi Minyak Gulai Terengganu

Ada peminat nasi minyak di sini? Nasi minyak juga merupakan antara menu makan tengahari yang cukup menyelerakan dan mengenyangkan.

Bahan-bahan:

Bahan gulai:

  • 2 labu bawang besar
  • Seinci halia
  • 1 sudu besar rempah masak Bunga Ros
  • 3 sudu besar rempah gulai Bunga Ros
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 10 ulas bawang goreng (boleh digoreng dahulu atau tidak)
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 ekor ayam / 1 kg daging
  • 1 keping gula melaka
  • Garam
  • Ubi kentang

Bahan nasi:

  • 3 pot beras basmathi (direndam selama 1 jam)
  • 2 sudu besar marjerin
  • Rempah  4 sekawan
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 3 cawan air (cawan plastic Ikea)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

Kaedah penyediaan:

  • Untuk bahan gulai, kisarkan bawang besar dan halia. Tapiskan.
  • Gaul rempah masak Bunga Ros, rempah gulai Bunga Ros, sos tomato dan bawang goreng bersama ayam atau daging.
  • Tumis rempah 4 sekawan dan letakkan bahan-bahan yang digaul tadi.
  • Masukkan air, gula melaka dan garam.
  • Menggunakan periuk tekanan, gunakan mod HP selama 40 minit.
  • Masukkan kentang ke dalam periuk tekanan dan tambah masa lebih 10 minit.
  • Untuk nasi, masukkann marjerin.
  • Tumiskan rempah 4 sekawan, halia dan bawang besar.
  • Masukkan air, susu pekat dan sos tomato.
  • Perasakan dengan garam dan masukkan daun pandan.
  • Masukkan ke dalam periuk tekanan dan gunakan mod kukus selama 8 minit.
  • Sedia untuk dihidang.
MASAKAN : NASI MINYAK GULAI TERENGGANU, tanpa santan sedap jilat jari -  YouTube

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan rakan yang lain dan selamat mencuba!

Sumber:

https://saji.my/menu-makan-tengahari/

https://www.rasa.my/koleksi-10-menu-makan-tengahari-istimewa-sedap-memang-padu/

https://listikel.com/resepi-masakan-kampung/

Summary
Menu Makan Tengahari: 3 Resepi Yang Pasti Bikin Terliur
Article Name
Menu Makan Tengahari: 3 Resepi Yang Pasti Bikin Terliur
Description
Mencari menu makan tengahari untuk anda cuba? Selepas sarapan, makan tengahari merupakan antara waktu makan yang paling penting. Tambahan pula jika anda bekerja pada awal pagi, anda wajib menikmati makan tengahari untuk memberikan tenaga.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: