Resepi nasi minyak sihat
Rasa dan aroma Nasi Minyak yang lazat sudah tentu akan menambah sesuatu yang istimewa ke dalam hidangan anda.

Nasi minyak adalah masakan khas Sumatra Selatan berupa olahan nasi yang dimasak dengan minyak samin dan rempah-rempah khas Nusantara dan Timur-Tengah. Sekilas nasi minyak terlihat seperti nasi kebuli, hal ini dikarenakan nasi minyak merupakan masakan Palembang yang memang mendapat pengaruh dari Timur-Tengah tempat nasi kebuli itu berasal. Nasi minyak biasanya disajikan bersama pelbagai pelengkap, seperti daging malbi, sate pentol, ayam goreng, acar ketimun, kismis dan sambal nanas.

Nasi minyak memiliki bahan utama berupa beras dan minyak samin. Rempah-rempah yang teridiri dari kayu manisbunga lawangjintenpalakapulagaketumbar, dan bunga pala direbus bersama hingga menghasilkan air kaldu rempah yang akan dimasak sebagai air untuk menanak nasi minyak. Bawang merahbawang putih halus, jahe bubuk, dan nanas yang telah dihaluskan ditumis bersama dengan menggunakan minyak samin. Setelah bawang merah bersama bumbu lain mulai berubah warna dan wangi, kemudian masukkan bubuk karigaramsaus tomatsusu atau santandaun bawang, dan bubuk jahe. Lalu masukkan air kaldu rempah yang sudah dimasak sebelumnya sebagai air untuk menanak nasi. Lalu masukkan beras kedalam panci atau belanga dan aduk beras bersama bumbu-bumbu lain hingga tercapur rata kemudian kecilkan api dan tunggu hingga dua puluh menit.

Bahan-bahan

Nasi:

• 3 cawan beras basmati

• 1 sudu besar garam kasar

Aromatik:

• 5 biji bawang merah, dihiris nipis

• 2 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang halus

• 2 cm halia, diketuk dan dicincang kecil

Untuk menggoreng:

• 5 sudu besar ghee

• 3 helai daun pandan, diikat

• 2 batang kayu manis bersaiz 4cm

• 3 biji jintan manis

• 1 sudu teh bunga lawang

• 1 sudu teh cengkih

Untuk memasak:

• 3 sudu yogurt

• 3 tangkai pasli Cina, dipotong halus

• 1 cawan susu sejat

• 2 cawan stok ayam

• 1 cawan air

• 1/2 sudu teh garam

• 1 sudu teh lakanto (pengganti gula)

• 2 sudu besar ghee

Hiasan:

• 1 sudu besar bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Bilas beras dengan air sehingga bersih.
  2. Rendam beras yang dibasuh dalam air garam selama 1 jam. Toskan.
  3. Campurkan bahan-bahan aromatik bersama beras.
  4. Dengan api yang tinggi, panas dan cairkan ghee dalam kuali besar.
  5. Apabila minyak sudah panas untuk menggoreng, masukkan daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Tambahkan bahan aromatik dan goreng hingga kekuningan.
  6. Tambah nasi yang telah ditos dan kacau hingga disaluti bahan-bahan lain. Teruskan kacau sehingga beras berwarna perang dan berbau. Ini mungkin mengambil masa kira-kira 5 minit.
  7. Pindahkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.
  8. Tambah yogurt dan kacau.
  9. Seterusnya, masukkan parsli Cina, diikuti susu sejat, stok ayam dan air. Masukkan garam, lakanto (pengganti gula), ghee dan kacau untuk mencampurkan semua bahan.
  10. Masak seperti biasa dalam periuk nasi.
  11. Setelah masak, alihkan nasi yang ke dalam pinggan hidangan. Buang bahan-bahan seperti daun pandan, dan kulit kayu manis.
  12. Hiaskan nasi dengan bawang goreng.

Petua tambahan

• Semakin bagus kualiti beras basmati anda, semakin baiklah kualiti Nasi Minyak anda.

• Cuba keluarkan bunga lawang, cengkih dan jintan manis daripada nasi yang dimasak sebelum disajikan. Ini kerana ia sangat pahit apabila digigit walaupun bahan ini menambahkan rasa dan aroma hidangan.

• Gunakan saiz cawan yang sama untuk menyukat nasi dan cecair. Kami mengesyorkan anda menggunakan cawan sukatan khas dan bukannya cawan yang biasanya didatangkan dengan periuk nasi kerana sukatannya mungkin berbeza.

Panasonic Rice Cooker

RM165.00

Mempunyai satu butang untuk mengawal memasak atau menghangatkan makanan, mudah digunakan dan selamat untuk semua peringkat umur. Rice cooker ini boleh dibawa bersama ketika melancong kerana saiz nya yang compact dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Periuk dalamannya yang mudah dipisahkan dan permukaan periuknya yang anti-lekat menjadikan tugas mencuci lebih mudah dan lebih cepat. Pengguna juga boleh menetapkan suhu untuk memasak nasi.

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid     

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna untuk makanan berperisa penuh yang lazat.Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak menjadi hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Sumber Gambar: https://www.kakinakl.com/2016/12/resepi-nasi-minyak-original-terengganu.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Nasi Minyak Sihat
Published On
Tagged: