Ibuprofen adalah ubat anti-radang nonsteroid (NSAID). Ia berfungsi secara menyekatkan pengeluaran bahan semula jadi tertentu daripada tubuh anda yang menyebabkan keradangan. Oleh itu, kesannya membantu mengurangkan bengkak, sakit ataupun demam.

Ibuprofen digunakan untuk menghilangkan rasa sakit daripada pelbagai keadaan seperti sakit kepala, sakit gigi, kekejangan ketika haid, sakit otot atau artritis. Ia juga digunakan untuk mengurangi demam dan melegakan sakit akibat selesema.

Ia digunakan untuk mengubati kesakitan yang ringan sehingga yang sederhana, dan membantu melegakan simptom artritis (osteoartritis, rheumatoid arthritis, atau juvenile arthritis). Ubat ini tidak menyembuhkan artritis dan hanya akan membantu anda selagi anda terus mengambilnya.

Dos & Amaran Pengambilannya

Ubat ini boleh didapati di kaunter (Over The Counter) dan dengan preskripsi doktor anda.

Ubat Ibuprofen diambil secara oral, biasanya setiap 4 hingga 6 jam dengan segelas air penuh (8 ons / 240 mililiter) melainkan jika doktor mengarahkan anda sebaliknya. 

Jangan berbaring sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini. Sekiranya anda mengalami sakit perut semasa mengambil ubat ini, ambil dengan makanan, susu atau antasid.

  • Dos ubat ini adalah berdasarkan keadaan perubatan dan tindak balas anda terhadap rawatan. Untuk mengurangkan risiko pendarahan perut dan kesan sampingan lain, minum ubat ini pada dos efektif yang paling rendah untuk masa yang sesingkat mungkin. Jangan meningkatkan dos anda atau mengambil ubat ini lebih kerap daripada yang diarahkan oleh doktor atau label pakej anda. Untuk keadaan berterusan seperti arthritis, terus minum ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
  • Untuk keadaan tertentu (seperti artritis), pengambilan ubat ini mungkin mengambil masa sehingga dua minggu untuk anda mendapat manfaat yang sepenuhnya.
  • Apabila Ibuprofen digunakan untuk kanak-kanak, dosnya berdasarkan berat badan anak. Bacakan arahan pakej untuk mengetahui dos yang tepat untuk berat badan anak anda. Berbincang dengan ahli farmasi atau doktor, jika anda mempunyai pertanyaan atau jika anda memerlukan bantuan untuk memilih produk tanpa preskripsi.
  • Sekiranya ubat ini diambil apabila diperlukan (tidak mengikut jadual tertentu), diingati bahawa ubat sakit berfungsi paling berkesan jika ia digunakan awal apabila tanda sakit muncul. Sekiranya anda menunggu sehingga rasa sakit semakin teruk, ubat mungkinnya tidak berkesan.
  • Sekiranya keadaan anda berterusan atau bertambah buruk, atau jika anda fikir anda mungkin menghadapi masalah perubatan yang serius, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 
  • Sekiranya anda menggunakan produk tanpa preskripsi untuk perawatan atau untuk kanak-kanak kerana demam atau sakit, berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam bertambah teruk atau berlanjutan lebih daripada 3 hari, atau jika rasa sakit bertambah atau berlanjutan lebih daripada 10 hari.

Kesan Ibuprofen

  • Sakit perut, mual, muntah, sakit kepala, cirit-birit, sembelit, pening atau mengantuk mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.
  • Ubat ini boleh menaikkan tekanan darah anda. Periksa tekanan darah anda secara berkala dan beritahu doktor anda jika bacaannya tinggi.
  • Beritahu doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuk lebam ataupun pendarahan yang mudah, perubahan pendengaran (seperti deringan di telinga), menelan dengan sukar dan menyakitkan, perubahan mental dan mood, perubahan penglihatan, tanda-tanda masalah buah pinggang (seperti seperti perubahan jumlah air kencing), gejala kegagalan jantung (seperti bengkak di pergelangan kaki atau kaki, keletihan yang tidak biasa, kenaikan berat badan yang tidak biasa tau secara tiba-tiba).
  • Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda mempunyai kesan sampingan yang sangat serius, termasuk leher kaku yang tidak dapat dijelaskan.
  • Produk ini jarang menyebabkan penyakit hati yang serius (mungkin membawa maut). Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami simptom kerosakan hati, termasuk loya atau muntah yang tidak berhenti, hilang selera makan, sakit perut atau abdomen, mata atau kulit menguning, air kencing berwarna gelap.
  • Gejala reaksi alergi yang serius, termasuk ruam, gatal atau bengkak (terutamanya pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, kesukaran bernafas, Anafilaksis (Anaphylaxis).Walaupun ini jarang berlaku, ia sering terjadi pada pesakit yang alah kepada aspirin atau ubat anti-radang nonsteroid lain. Anafilaksis memerlukan rawatan perubatan segera. Tanda-tanda reaksi yang paling serius adalah pernafasan yang sangat cepat atau tidak teratur, sesak nafas atau pengsan. Tanda-tanda lain mungkin termasuk perubahan warna kulit wajah, degupan jantung atau nadi yang sangat cepat tetapi tidak teratur, pembengkakan kelopak mata atau di sekitar mata. Sekiranya kesan ini berlaku, dapatkan bantuan kecemasan dengan segera.

Kajian baru juga menegaskan risiko serangan jantung dengan penggunaan ubat Ibuprofen dan ubat anti-radang nonsteroid yang lain.

Setelah kajian baru di Denmark yang menghubungkan Ibuprofen dan ubat sakit biasa dengan peningkatan risiko serangan jantung, salah seorang penulis kajian meminta pembatasan penjualan ubat-ubatan ini di kaunter.

Kebimbangan mengenai penggunaan ubat anti-radang nonsteroid (NSAID) bukanlah perkara yang baru.

Kajian terdahulu pun telah mengaitkan NSAID dengan peningkatan risiko kegagalan jantung, serangan jantung atau strok dan degupan jantung yang tidak teratur.

Kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan juga boleh berlaku pada pesakit. Sekiranya anda melihat kesan lain, tanyakan kepada profesional penjagaan kesihatan anda.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/ibuprofen-oral-route/description/drg-20070602

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-5166-9368/ibuprofen-oral/ibuprofen-oral/details

https://www.healthline.com/health-news/should-ibuprofen-be-prescription-drug

Summary
 Ibuprofen: Dos, Amaran & Kesan.
Article Name
Ibuprofen: Dos, Amaran & Kesan.
Description
Ibuprofen adalah ubat anti-radang nonsteroid (NSAID). Ia berfungsi secara menyekatkan pengeluaran bahan semula jadi tertentu daripada tubuh anda yang menyebabkan keradangan. Oleh itu, kesannya membantu mengurangkan bengkak, sakit ataupun demam.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: