berdehit
Berdehit adalah bunyi yang nyaring dan kasar dan dihasilkan semasa anda bernafas.

Pengenalan

Berdehit adalah bunyi yang nyaring dan kasar dan dihasilkan semasa anda bernafas. Ramai orang yang menghidap alahan pernafasan mengetahui bahawa keadaan berdehit sering berlaku apabila musim demam panas bermula. Malah, individu yang mengalami masalah kegagalan jantung atau penyakit paru-paru obstruktif kronik, termasuk emfisema juga mungkin mendapatnya. Namun begitu, berdehit adalah gejala utama bagi penyakit pernafasan kronik asthma.

Pelbagai rawatan boleh mengurangkan keadaan berdehit ini. Anda perlu dipantau secara teratur oleh doktor jika anda mempunyai asma, alahan teruk, bronkitis kronik, emfisema atau penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Anda juga perlu diperiksa oleh pakar seperti pakar alergi atau ahli pulmonologi.

Penyebab yang berkemungkinan

Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) dan asma adalah punca yang paling biasa menyebabkan keadaan berdehit. Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab lain yang berpotensi. Doktor anda mesti menentukan mengapa ia berlaku.

Di samping itu, berdehit mungkin juga merupakan petunjuk bagi keadaan seperti:

  • Emfisema
  • Penyakit refluks gastroesophageal (GERD)
  • Kegagalan jantung
  • Kanser paru-paru
  • Tidur apnea
  • Disfungsi kod vokal

Berdehit juga mungkin dicetuskan oleh penyakit jangka pendek atau kecemasan kesihatan, termasuk:

  • Bronkiolitis, jangkitan virus pernafasan
  • Bronkitis
  • Keradangan paru-paru
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Reaksi terhadap merokok
  • Menghirup objek asing
  • Anafilaksis

Anafilaksis adalah satu keadaan kecemasan perubatan. Anda harus menghubungi 911 atau perkhidmatan kecemasan setempat jika anda mula mengalami gejala seperti pening, lidah atau tekak yang bengkak atau masalah untuk bernafas.

Bila perlu menghubungi doktor

Keadaan berdehit yang ringan berlaku bersama dengan gejala selesema atau jangkitan pernafasan atas (URI) serta ia tidak semestinya memerlukan rawatan.

Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami keadaan berdehit yang tidak dijelaskan, berulangan atau disertai dengan mana-mana tanda dan gejala berikut:

  • Kesukaran bernafas
  • Pernafasan yang cepat
  • Warna kulit pucat

Dapatkan penjagaan kecemasan sekiranya keadaan berdehit:

  • Bermula dengan tiba-tiba selepas disengat oleh lebah, mengambil ubat atau makan makanan yang boleh menyebabkan alahan.
  • Diiringi oleh simptom kesukaran bernafas atau warna kulit yang kebiru-biruan.
  • Terjadi selepas tercekik disebabkan objek kecil atau makanan.

Dalam sesetengah kes, berdehit boleh sembuh dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu atau penggunaan alat sedut. Dalam yang lain, anda mungkin memerlukan rawatan kecemasan.

– Langkah penjagaan diri

Untuk meredakan berdehit ringan yang berkaitan dengan selesema atau jangkitan pernafasan atas (URI), cuba petua ini:

  • Melembapkan udara. Gunakan pelembap, mandi beruap atau duduk di bilik mandi dengan pintu tertutup sambil mandi mandian panas. Udara lembap mungkin boleh membantu melegakan simptom ringan dalam beberapa keadaan.
  • Minum cecair. Cecair suam boleh melegakan saluran udara dan melonggarkan lendir melekit di dalam tekak anda.
  • Elakkan asap tembakau. Rawatan aktif atau pasif boleh memburukkan lagi masalah ini.
  • Ambil semua ubat yang ditetapkan. Ikuti arahan doktor.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor anda akan bertanyakan soalan seperti:

  • Berapa lama anda sudah mengalaminya?
  • Adakah ia berlaku apabila anda bersenam?
  • Adakah anda mengalaminya sepanjang masa?
  • Adakah anda mengalaminya lebih kerap pada siang hari atau pada waktu malam?
  • Adakah rehat membantu mengawal keadaan ini?
  • Adakah anda berdehit semasa bernafas, hembus nafas, atau kedua-duanya?
  • Adakah anda merokok?
  • Adakah makanan tertentu boleh menyebabkannya?

Doktor akan mendengar pada pernafasan anda dan bunyi yang dihasilkan oleh paru-paru anda. Dia mungkin akan melakukan ujian seperti:

  • Sinar-X untuk mendapatkan gambar paru-paru anda.
  • Ujian fungsi paru-paru untuk melihat sejauh mana ia berfungsi.
  • Ujian darah untuk memeriksa tahap oksigen anda (terlalu rendah boleh memberi isyarat masalah paru-paru).

Sekiranya anak anda berdehit, doktor mungkin akan memeriksa untuk memastikan anak anda tidak menelan atau menghirup objek kecil.

Rawatan

Rawatan untuk berdehit mempunyai dua matlamat iaitu:

  • Untuk mengawal keradangan di saluran udara anda.
  • Untuk membuka saluran pernafasan anda dengan ubat-ubatan yang bertindak pantas.

Ubat antiradang preskripsi boleh mengurangkan keradangan dan lendir berlebihan di saluran udara anda. Ia biasanya diambil bentuk penyedut, tetapi boleh juga didapati sebagai tablet yang memerlukan sedikit masa untuk bertindak. Pengambilan sirap pula boleh digunakan untuk kanak-kanak kecil.

Bronchodilators adalah ubat yang cepat bertindak, dan ia sering digunakan untuk merawat keadaan berdehit  dan membantu melegakan batuk. Ia merawat dengan melegakan otot licin yang mengelilingi tiub bernafas anda.

Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat-ubatan anti-keradangan dan bertindak cepat jika keadaan berdehit itu berkaitan dengan penyakit jangka panjang, seperti asma atau penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD).

Sumber:

https://www.webmd.com/asthma/understanding-wheezing-basics

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321736

https://www.healthline.com/health/wheezing

https://www.medicinenet.com/wheezing/symptoms.htm

Summary
Berdehit (Wheezing)
Article Name
Berdehit (Wheezing)
Description
Berdehit adalah bunyi yang nyaring dan kasar dan dihasilkan semasa anda bernafas. Ia mungkin terjadi kerana jangkitan pernafasan seperti bronkitis akut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: