Asma
Gejala asma, yang termasuk batuk, berdehit, dan sesak dada, adalah perkara biasa dalam serangan asma. Kadang-kadang asma dipanggil asma bronkial atau penyakit saluran udara reaktif. Asma boleh dikawal dengan rawatan yang betul.

Gejala asma seperti batuk, batuk kecil dan sesak dada sering dilihat sekiranya serangan asma berlaku. Kadang kala, penyakit asma disebut sebagai asma bronkial atau penyakit saluran udara reaktif. Penyakit ini dapat dikawal sekira dirawat dengan betul.

 

Simptom Asma

Asma dikatakan sebagai keradangan tiub bronkial dengan peningkatan penghasilan cecair yang melekit di dalam tiub. Individu selalu mengalami gejala asma ketika saluran udara mengetat, mengepam atau terisi dengan lendir. Simptom asma yang biasa dilihat adalah seperti:

• Batuk, terutamanya pada waktu malam

• Mengeluh

Sesak nafas

• Rasa ketat, sakit atau tekanan pada dada

Gejala-gejala ini mungkin tidak anda rasai pada satu masa atau anda boleh juga mendapat gejala yang berbeza pada masa yang berlainan. Gejala asma itu juga boleh berubah dari satu serangan asma ke seterusnya seperti dari ringan menjadi teruk atau dari teruk menjadi ringan.

Sesetengah individu yang menghidap asma juga boleh hidup lama tanpa mengalami sebarang simptom mahupun rasa terganggu dengan gejala-gejala yang menjadi semakin teruk yang boleh menyebabkan serangan asma. Ada juga individu yang boleh mengalami gejala asma ini setiap hari. Di samping itu, ada juga yang hanya mendapat asma semasa membuat latihan ataupun jangkitan virus seperti selesema.

 

Tanda Awal Serangan Asma

Tanda-tanda awal asma selalu ditunjukkan melalui perubahan yang berlaku sebelum atau pada permulaan serangan asma itu. Tanda-tanda ini boleh muncul sebelum tanda-tanda asma yang biasa dan merupakan tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa asma anda semakin teruk.

Secara umum, tanda-tanda ini tidaklah begitu teruk sehingga mampu menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian mereka. Namun begitu, dengan mengenal pasti tanda-tanda ini lebih awal, anda boleh menghentikan serangan asma atau menghalang ia daripada menjadi lebih teruk.

Tanda-tanda serangan awal asma adalah seperti yang berikut:

Selalu batuk, terutamanya pada waktu malam

• Kehilangan nafas dengan mudah atau sesak nafas

• Merasa sangat letih atau lemah ketika bersenam

• Batuk selepas bersenam

• Cepat berasa letih, mudah marah, muka masam atau muram

• Penurunan atau perubahan pada fungsi paru-paru seperti yang diukur pada meter aliran puncak

• Tanda-tanda demam atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakan pada hidung dan sakit kepala)

• Masalah tidur

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ubahlah pengambilan ubat anda seperti yang telah diberitahu dalam pelan tindakan sekiranya anda mengalami asma.

 

Punca Penyakit Asma

Tiada siapa yang tahu mengapa sesetengah individu sahaja yang mendapat asma sedangkan yang lain baik-baik sahaja. Ia mungkin berlaku kerana gabungan faktor alam sekitar dan juga genetik (keturunan).

Walau bagaimanapun, pendedahan kepada pelbagai bahan yang boleh mencetuskan alahan (alergen) boleh menyebabkan berlakunya tanda-tanda dan gejala asma. Punca berlakunya asma adalah berbeza bagi setiap orang dan boleh terjadi kerana:

• Bahan yang dibawa udara seperti debunga, debu tungau, acuan spora, bulu haiwan kesayangan atau partikel daripada najis lipas

• Jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema biasa

• Aktiviti fizikal yang boleh mencetus berlakunya asma

• Udara yang sejuk

Pencemaran udara dan perengsa seperti asap

• Ubat-ubatan tertentu, termasuklah beta blockers, aspirin, ibuprofen (Advil, Mortin IB, atau yang lain) dan naproxen (Aleve)

• Emosi dan tekanan yang kuat

• Sulfite dan bahan pengawet yang ditambah dalam makanan atau minuman seperti udang, buah kering, kentang yang diproses, bir dan wain

• Penyakit refluks gastroesofageal (GERD) yang membuatkan asid perut pergi ke leher anda

 

Faktor Risiko Penyakit Asma

Sejumlah faktor dikatakan dapat meningkatkan peluang anda mendapat asma. Ini termasuklah:

• Memiliki ahli keluarga yang mempunyai asma

• Mempunyai alahan seperti dermatitis atopik atau rinitis alergi (demam hay)

Berat badan berlebihan

• Menjadi perokok

• Terdedah kepada asap rokok

• Terdedah dengan asap ekzos atau pencemaran yang lain

• Terdedah kepada pekerjaan yang mengendalikan bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pemotongan rambut dan pembuatan barang

 

Cara Mencegah Penyakit Asma

Walaupun cara untuk mecegah asma masih tidak diketahui, dengan bekerjasama dengan doktor, anda boleh merancang pelan mengikut langkah demi langkah untuk hidup dengan lebih baik serta mencegah serangan asma.

• Ikuti pelan tindakan asma anda. Dengan bantuan doktor dan pasukan kesihatan, tulis rancangan terperinci berkaitan pengambilan ubat-ubatan dan cara menangani serangan asma. Kemudian, pastikan anda konsisten mengikuti pelan tersebut.

• Dapatkan vaksin bagi influenza dan radang paru-paru. Sentiasa peka dengan suntikan vaksin yang boleh menghalang selesema dan radang paru-paru boleh mengelakkan daripada berlakunya asma.

• Kenal pasti dan elakkan perkara yang boleh mencetuskan asma yang berlaku kerana kesan alergi pada debunga, cuaca sejuk mahupun pencemaran udara. Cari penyebab asma anda dan ambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan diri daripada penyebab tersebut.

• Pantau pernafasan anda. Anda mungkin dapat mengenali tanda-tanda awal serangan asma seperti batuk atau sesak nafas. Selalu ukur dan rekodkan pengaliran udara anda dengan meter aliran puncak walaupun anda tidak dapat melihat apa-apa tanda atau gejala kerana fungsi paru-paru yang berkurangan.

• Kenal pasti dan rawat serangan awal asma. Sekiranya anda bertindak dengan cepat, serangan yang lebih teruk dapat dihalang. Oleh itu, anda memerlukan ubat yang banyak bagi mengawal gejala-gejala asma ini.

• Sekiranya ukuran pengaliran udara anda menurun dan memberi amaran akan serangan asma yang boleh berlaku, ambil ubat anda seperti yang diarahkan. Hentikan sebarang aktiviti lain yang boleh mencetuskan serangan asma. Sekiranya gejala itu tidak bertambah baik, dapatkan bantuan perubatan seperti yang dibincang dalam pelan tindakan asma anda.

• Ambil ubat anda seperti yang ditetapkan. Walaupun asma anda kelihatan semakin baik, jangan ubah apa-apa ubat tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Bawa ubat anda setiap kali berjumpa doktor agar doktor dapat menyemak semula sekiranya anda mengambil ubat dan dos yang betul.

• Beri perhatian kepada pengingkatan penggunaan alat pernafasan yang kerap. Jika anda mendapati bahawa diri anda bergantung pada penggunaan inhaler secara kerap seperti albuterol, ini bermakna asma anda tidak terkawal. Jadi, rujuk doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

SUMBER

https://www.webmd.com/asthma/what-is-asthma

https://www.healthline.com/health/asthma

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323523

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/asthma

Summary
Penyakit Asma (Asthma)-  Punca, Simptom, Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan
Article Name
Penyakit Asma (Asthma)- Punca, Simptom, Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan
Description
Gejala asma, yang termasuk batuk, berdehit, dan sesak dada, adalah perkara biasa dalam serangan asma. Kadang-kadang asma dipanggil asma bronkial atau penyakit saluran udara reaktif. Asma boleh dikawal dengan rawatan yang betul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: