Cirit Birit pada Bayi
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kita boleh menjumpai banyak tekstur, warna dan bau najis yang berbeza berdasarkan pemakanan bayi seperti susu ibu, susu formula atau makanan pejal. Najis bayi biasanya lebih lembut daripada orang dewasa dan jarang mempunyai tekstur yang lebih cair dari biasa. Tetapi, sekiranya najis bayi tiba-tiba lebih lembut dan cair dari biasa, serta pembuangan najis secara kerap dan banyak, hal ini mungkin disebabkan bayi tersebut mengalami cirit-birit

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kita boleh menjumpai banyak tekstur, warna dan bau najis yang berbeza berdasarkan pemakanan bayi  seperti susu ibu, susu formula atau makanan pejal.

Najis bayi biasanya lebih lembut daripada orang dewasa dan jarang mempunyai tekstur yang lebih cair dari biasa.

Tetapi, sekiranya najis bayi tiba-tiba lebih lembut dan cair dari biasa, serta pembuangan najis secara kerap dan banyak, hal ini mungkin disebabkan bayi tersebut mengalami cirit-birit.

Punca Bayi Cirit Birit

Sebelum berkongsi cara menangani masalah cirit-birit pada bayi, ibu bapa terlebih dahulu perlu mengetahui beberapa penyebab bayi tersebut terkena cirit-birit.

Banyak perkara yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya:

  • Terdapat jangkitan virus, bakteria, atau parasit pada bayi. Jangkitan ini boleh berlaku melalui sentuhan dengan makanan atau air yang tidak bersih. Selain itu, jangkitan kuman juga boleh diperoleh dari sentuhan permukaan yang kotor dan kemudian memasukkan tangan ke dalam mulut.
  • Bayi tersebut mengalami alahan terhadap sesuatu makanan atau ubat-ubatan yang diberi.
  • Terlalu banyak minum jus buah-buahan.
  • Keracunan

Cara Mengatasi Cirit-Birit Pada Bayi

Kebiasaannya doktor tidak mengesyorkan memberi ubat anti-cirit-birit yang dijual bebas di farmasi kepada bayi. Doktor mungkin akan memberi antibiotik untuk jangkitan bakteria atau ubat anti parasit kepada bayi.

Jika bayi anda mengalami kondisi yang amat teruk, sehingga menyebabkan dehidrasi, bayi perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan cecair tambahan yang dikenali sebagai IV.

Selain itu, ibu yang sedang menyusu perlu menyesuaikan diet mereka sendiri untuk mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan masalah sakit perut pada bayi mereka.

Bayi yang mengalami cirit-birit perlulah dielakkan dari memakan apa sahaja yang boleh membuatkannya menjadi lebih teruk termasuklah:

  • Makanan berminyak
  • Makanan mengandungi kandungan serat yang tinggi
  • Produk tenusu seperti susu dan keju
  • Makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti kek, biskut dan soda.

Cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria amat senang dijangkiti. Ibu bapa perlu membasuh tangan dengan menggunakan air suam dan sabun setiap kali menukar lampin bayi anda bagi mengelakkan jangkitan terus merebak.

Pastikan Kawasan menukar lampin bayi anda bersih dan dibasmi kuman. Jauhkan bayi anda dari aktiviti harian ereka sehingga mereka pulih sepenuhnya.

Rawatan Secara Semula Jadi

Beri Susu Badan Pada Bayi Anda

Salah satu rawatan terbaik untuk menangani cirit-birit pada bayi adalah dengan memberi susu ibu. Ibu yang sedang menyusukan bayinya tidak boleh berhenti ketika bayi mengalami cirit-birit.

Hal ini kerana susu ibu memerangi cirit-birit dan mempercepatkan pemulihan. Susu ibu kaya dengan antibodi yang membantu dalam menjaga sistem imunisasi bayi menjadi lebih kuat sehingga dapat mengurangkan risiko jangkitan yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Beri Makanan yang Berkanji

Makanan yang mempunyai banyak pati lebih mudah dicerna daripada makanan lain semasa cirit-birit. Sekiranya bayi berumur lebih dari 6 bulan, teruskan dengan makanan pejal seperti kentang. Kentang merupakan sumber kanji yang baik dan selamat dimakan oleh bayi.

Selain itu, pisang juga membantu mengembalikan kadar kalium dan membantu tubuh bayi menyerap nutrient dan tenaga penting yang sebahagian besarnya hilang semasa cirit-birit.

Buah epal dan bijirin beras juga merupakan pilihan yang baik untuk bayi anda.

Sediakan Penyelesaian Rehidrasi Oral Untuk Bayi Berumur Leih Dari 2 Bulan

Penyelesaian Rehidrasi Oral (ORS) adalah campuran air, garam dan gula dalam jumlah tertentu. Penyesuaian ini dapat diserao walaupun anak anda mengalami cirit-birit dalam kuantiti yang banyak atau muntah. Penyelesian ini juga ada dijual di farmasi dalam persediaan siap untuk diminum. Sebaiknya beli ORS yang sudah dicampurkan.

Sumber:

https://www.webmd.com/parenting/baby/baby-diarrhea-causes-treatment

Summary
Cara Mengatasi Masalah Bayi Cirit Birit
Article Name
Cara Mengatasi Masalah Bayi Cirit Birit
Description
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kita boleh menjumpai banyak tekstur, warna dan bau najis yang berbeza berdasarkan pemakanan bayi seperti susu ibu, susu formula atau makanan pejal. Najis bayi biasanya lebih lembut daripada orang dewasa dan jarang mempunyai tekstur yang lebih cair dari biasa
Author
Publisher Name
ceriasihat