7 Weighing Scale Terbaik Yang Anda Patut Dapatkan Sekarang!
Bagi mereka yang sedang mencuba untuk menurunkan atau menambahkan berat badan, penggunaan weighing scale yang bagus adalah sangat diperlukan.

Bagi mereka yang sedang mencuba untuk menurunkan atau menambahkan berat badan, penggunaan weighing scale yang bagus adalah sangat diperlukan. Anda masih boleh jumpa jenis weighing scale seperti dahulu yang menggunakan jarum bacaan, tapi sudah semakin banyak pengeluar yang menghasilkan peralatan dengan bacaan secara terus pada paparan skrin.

Mengikut pilihan dan keutamaan anda, pastikan ia berfungsi dan melakukan tugasnya dengan baik.

Sekarang, jom tengok beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran.

1. Aolvo Bluetooth Weighing Scale

Kredit: https://bestbuy.aseanpriceblog.org/compare-26%2A26cm-body-fat-scale-smart-bmi-scale-led-digital-bathroom-wireless-weight-scale-balance-bluetooth-app-android-ios-price-in-singapore-4000230970787

Jika anda sedang mengamalkan gaya hidup sihat dan ingin mencatat perbezaan berat badan dengan berkesan, dapatkanlah weighing scale ini kerana ia bukan sahaja membantu mengukur berat badan, malah maklumat tersebut juga boleh disimpan dalam telefon pintar anda. Jadi, bukan sahaja anda boleh mengetahui berat badan terkini malah juga kiraan BMI, peratus lemak badan dan banyak lagi.

Anggaran harga: RM56.90+

2. Xiaomi Smart Weigh Scale

Kredit: https://www.carousell.sg/p/xiaomi-mi-smart-weight-scale-2-health-weight-scale-2-1010265798/

Dengan rekaan yang moden dan bergaya, ini sememangnya sesuai bagi mereka yang mahukan sesuatu yang ‘simple’ tapi berkesan. Malah, produk keluaran Xiaomi sememangnya diketahui mengikuti perkembangan teknologi terkini, jadi informasi berkaitan berat badan dan sebagainya juga boleh difahami dengan lebih lanjut melalui aplikasinya. Hanya perlu hubungkan weighing scale menggunakan bluetooth, dan semuanya boleh didapati dengan mudah.

Anggaran harga: RM106.90+

3. Vcob High-Quality Personal Weighing Scale

Kredit: https://www.lazada.com.my/products/vcob-26cm33cm-transparency-high-quality-weighing-scale-weight-weighting-digital-i567268923.html

Weighing scale ini diperbuat daripada kaca tapi jangan risau, kerana ia sememangnya boleh tahan lama jika dibandingkan dengan produk lain. Malah, ia juga antara produk yang paling baik di pasaran atas talian dengan harga yang sangat berpatutan. Di samping itu, ia tahan akan hentaman serta mempunyai ciri petunjuk ‘low battery’ dan ‘overload’ sekali.

Anggaran harga: RM59.90+

4. Omron Body Composition Monitor HBF-375

Kredit: https://www.omronhealthcare-ap.com/sg/product/102-hbf-375/1

Anda mungkin agak terkejut melihat harganya yang jauh lebih tinggi berbanding weighing scale lain, tapi ada sebab mengapa ia begitu mahal. Dengan pelbagai ciri tambahan yang anda boleh dapat, ia boleh menunjukkan informasi berkenaan berat, kiraan BMI, otot rangka, lemak badan dan banyak lagi pada masa yang sama. Jadi, anda tidak perlulah menghubungkannya kepada telefon pintar anda setiap masa. Semuanya sudah ada di paparan skrinnya.

Anggaran harga: RM799.90+

5. Dual Purpose Hexagon Electronic Weighing Scale

Kredit: https://100comments.com/vococal-dual-purpose-hexagon-electronic-household-digital-personal-weighing-scale-height-measure-tape/

Ini juga adalah produk weighing scale lain yang agak mahal di pasaran. Namun begitu, ia dikatakan merupakan antara produk weighing scale elektronik terbaik kerana ia bukan sahaja mengukur berat badan anda, malah ketinggian anda juga. Ia juga sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Jadi, lepas ini anda tidak perlulah mencari pita pengukur untuk mengukur ketinggian anda lagi. Ia juga tahan lama dan memberikan bacaan yang hampir tepat berbanding produk lain.

Anggaran harga: RM877.50+

6. M+ Digital Weighing Scale for Mother and Baby

Kredit: https://taylor.bodyfatscales.biz/smart-weigh-digital-mother-and-baby-bathroom-scale.html

Jika anda baru bergelar seorang ibu, pasti ada banyak benda yang anda mahu belikan buat bayi anda bukan? Salah satunya adalah anda pasti mahu mengetahui sekiranya bayi anda membesar dengan baik, atau adakah ia mempunyai pertambahan berat yang normal atau tidak? Jadi, weighing scale ini adalah sesuai untuk bayi kerana ia diperbuat daripada plastik jadi anda tidak perlu risau berlakunya kecederaan pada bayi.

Anggaran harga: RM65.90+

7. Fitbit Aria 2

Kredit: https://www.photopoint.ee/en/medical-equipment/978634-fitbit-aria-2-smart-scale-white

Produk keluaran Fitbit juga adalah antara yang terbaik di pasaran. Ia boleh dihubungkan dengan bukan hanya telefon pintar anda, malah jam pintar dan peralatan lain yang boleh mencatat bacaan dan informasi berat badan anda. Jadi, jika anda mempunyai bajet yang lebih, dapatkanlah produk ini kerana rekaannya yang menawan, tahan lama serta mempunyai banyak ciri menarik yang anda tidak mahu terlepas.

Anggaran harga: RM 599.00+

SUMBER

https://productnation.co/my/27310/best-body-weighing-scale-malaysia

https://www.bestadvisor.my/weighing-scale-malaysia

https://creativehomex.com/5-best-bathroom-scales-malaysia/

Summary
7 Weighing Scale Terbaik Yang Anda Patut Dapatkan Sekarang!
Article Name
7 Weighing Scale Terbaik Yang Anda Patut Dapatkan Sekarang!
Description
Bagi mereka yang sedang mencuba untuk menurunkan atau menambahkan berat badan, penggunaan weighing scale yang bagus adalah sangat diperlukan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: