6 Petua Merawat Sembelit Dengan Berkesan
Sembelit adalah masalah kesihatan yang umum. Ia boleh berlaku akibat makanan yang anda makan atau elak, pilihan gaya hidup, ubat-ubatan atau penyakit tertentu.

Sembelit adalah masalah kesihatan yang umum. Ia boleh berlaku akibat makanan yang anda makan atau elak, pilihan gaya hidup, ubat-ubatan atau penyakit tertentu. Namun bagi ramai individi, penyebab sembelit kronik mereka selalunya tidak diketahui. Perkara ini dirujuk sebagai sembelit idiopatik kronik.

Sembelit dicirikan apabila anda membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu. Walau bagaimanapun, ia juga boleh melibatkan simptom tidak menyenagkan lain seperti ketidakselesaan ketika anda pergi ke bilik air, perut kembung, dan kesakitan perut akibat najis yang keras, kering dan sukar untuk dikeluarkan.

Malangnya, sembelit juga boleh mempunyai kesan yang negative terhadap kualiti hidup serta kesihatan fizikal dan mental anda.

Terdapat banyak kaedah dan petua sembelit semulajadi yang boleh anda lakukan untuk melegakan sembelit. Anda boleh melakukannya di rumah sahaja malah, kebanyakannya turut disokong oleh sains.

1. Minum banyak air

Dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami sembelit. Untuk mengelakkannya, anda perlu minum banyak air dan kekal terhidrat.

Apabila anda mengalami sembelit, anda boleh mencari kelegaan dengan minum beberapa air berkarbonat (sparkling) bagi membantu badan anda rehidrasi semula.

Sesetengah kajian menjumpai bahawa air sparkling adalah lebih berkesan berbanding air paip dalam melegakan sembelit. Ini termasuklah individu yang mengalami sembelit idiopatik kronik atau usus radang.

Namun begitu, jangan minum air berkarbonat seperti soda bergula kerana ia merupakan pilihan buruk bagi kesihatan anda dan boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

2. Makan lebih serat terutamanya serat larut yang bukan ditapai

Individu yang mengalami sembelit sering disyorkan untuk meningkatkan pengambilan seratnya. Hal ini kerana, meningkatkan pengambilan serat dianggap boelh meningkatkan konsistensi najis justeru itu, ia lebih mudah keluar dari dubur.

Malahan, satu kajiselidik telah menenmui bahawa seramai 77% individu yang mempunyai sembelit kronik mendapat manfaat daripada pengambilan serat. Walau bagaimanapun, jenis serat yang diambil adalah penting untuk diteliti.

Serat terdapat pelbagai jenis namun secara amnya, ia terdiri daripada dua kategori:

  • Serat tidak larut: Dijumpai dalam bran gandum, sayur dan bijirin penuh. Ia meningkatkan jisim najis dan boleh melancarkan proses pembuangan air besar anda melalui saluran pencernaan.
  • Serat larut: Dijumpai dalam bran oat, barli, kekacang, bijian, lentil dan pis serta sesetengah sayur dan buah. Ia menyerap air dan membentuk pes seperti gel, yang meningkatkan konsistensi dan melembutkan najis anda.

Walau bagaimanapun, selat tidak larut boleh memburukkan lagi keadaan sembelit bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan seperti usus radang atau sembelit idiopatik kronik.

Selain itu, sesetengah serat larut yang ditapai juga mungkin tidak berkesan untuk merawat sembelit kerana ia ditapai oleh bakteria dalam usus justeru itu, hilang kapasiti pengekalan airnya.

Pilihan supplemen serat terbaik adalah serat larut yang tidak ditapai seperti psyllium.

Untuk mengelakkan sembelit, anda perlu menumpukan untuk mengampil campuran antara serat larut dan tidak larut. Jumlah pengambilan harian serat yang disyorkan setiap hari adalah sebanyak 25 gram bagi wanita dan 38 gram bagi lelaki.

3. Minum kopi, terutamanya kopi berkafein

Bagi sesetengan individu, kopi boleh meningkatkan keinginan untuk pergi ke tandas. Ini kerana kopi merangsang otot dalam sistem pencernaan anda.

Malah, satu kajian menemui bahawa kpi berkafein boleh merangsang usus anda sama seperti hidangan makanan. Kesannya adalah 60% lebih kuat berbanding meminum air dan 23% lebih kuat daripada kopi tanpa kafein.

Selain itu, kopi juga mungkin mengandungi serat larut dalam jumlah yang kecil yang membantu mengelakkan sembelit dengan cara meningkatkan keseimbangan bakteria usus.

4. Mengambil laksatif herba

Laksatif herba, Senna sering digunakan bagi melegakan sembelit. Ia boleh didapati di farmasi atau secara atas talian dan boleh diambil secara oral atau melalui dubur. Senna mengandungi sejumlah kompaun tumbuhan yang digelar glycoside yang berfungsi untuk merangsang saraf dalam usus dan melancarkan pergerakan usus.

Ia dikategorikan selamat bagi individu dewasa buat jangka masa yang singkat, namun anda perlu berunding dengan doktor sekiranya simptom anda tidak hilang setelah beberapa hari.

Senna tidak disyorkan bagi wanita hamil, menyusu bayi atau individu yang mempunyia keadaan kesihatan tertentu seperti usus radang.

5. Mengambil makanan probiotik atau suplemen probiotik

Probiotik mungkin boleh menghalang sembelit. Individu yang mengalami sembelit kronik ditemui mempunyai bakteria usus yang tidak seimbang dalam usus. Makanan probiotik dianggap boleh memperbaiki keseimbangan ini dan mengelakkan sembelit.

Selain itu, ia juga boleh merawat sembelit dengan menghasilkan asid laktik dan asid lemak. Kedua-duanya boleh memperbaiki proses pergerakan usus, menjadikan najis lebih mudah keluar dari dubur.

Untuk memasukkan probiotik dalam diet harian anda, cuba makan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan kimchi. Makanan sebegini mengandungi bakteria hidup yang baik.

Secara alternatif, anda boleh mengambil suplemen probiotik. Kebiasaannya ia disyorkan untuk diambil setiap hari selama 4 minggu.

6. Ubat-ubatan farmasi atau laksatif preskripsi

Anda boleh bercakap dengan doktor anda atau ahli farmasi tentang pemilihan laksatif yang berkesan.

Beliau mungkin mengesyorkan jenis seperti:

  • Agen Bulking: Laksatif yang terdiri daripada serat dan digunakan untuk meningkatkan kandungan air dalam najis.
  • Pelembut najis: Pelembut najis mengandungi minyak untuk melembutkan nagis dan melancarkan perjalanannya keluar dari dubur.
  • Laksatif perancang: Ia merangsang saraf dalam usus anda untuk meningkatkan pergerakan usus.
  • Laksatif osmotik: Laksatif ini melembutkan najis dengan cara menarik air daripada tisu di sekitarnya, ke dalam sistem pencernaan.

Namun begitu, kebanyakan laksatif ini tidak boleh diambil dengan kerap tanpa berunding dengan doktor anda.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318694

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322382

https://www.healthline.com/health/digestive-health/how-to-make-yourself-poop

https://www.healthline.com/health/6-natural-remedies-constipation

Summary
6 Petua Merawat Sembelit Dengan Berkesan
Article Name
6 Petua Merawat Sembelit Dengan Berkesan
Description
Sembelit adalah masalah kesihatan yang umum dan boleh dirawat dengan petua sembelit mudah yang anda boleh lakukan di rumah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: