kuah rojak

Bila kita sebut perkataan rojak. Siapa je yang tak kenal ?! Gabungan kacang rangup didalam kuah rojak membuatkan tiada siapa mampu menolaknya.

Pelengkap rojak ni bila kita dapat menikmati dia dengan kuah yang pekat dan sedap. Boleh buat kita kecur air liur bila teringat dan terbayang-bayang pasal kuah rojak ni! Terasa kecewa sangat bila makan rojak tapi kuahnya tidak menepati citarasa yang kita nak.

Untuk kali ini tak perlu lah nak pening-pening untuk cari tempat mana yang jual rojak yang sedap kuahnya, sebab kita boleh buat sendiri di rumah dan berikut saya kongsikan 3 resepi kuah rojak yang sedap.

Resepi Kuah Rojak Asma

Bahan-bahannya:-

  • Segenggam udang kering yang telah dicuci dan direndam secara 10 minit. Lalu ditoskan.
  • Cili kering sebanyak 12 tangkai
  • Saiz sebesar 2 penumbuk orang dewasa keledek oren. Direbus sehinggak menjadi empuk
  • Bawang merah kecil sebanyak 8 biji
  • Bawang putih sebanyak 2 ulas
  • Halia 3 keping dihiris nipis
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kacang tanah yang telah dikisar sebanyak 3/4 cawan
  • Bijan yang telah digoreng tanpa minyak hingga kekuningan masuk sebanyak 2 sudu makan
  • Gula Melaka sebanyak 1/4 cawan
  • Pes asam jawa sebanyak 3/4 sudu makan
  • Gula dan garam diletakkan secukup rasa
  • Air masuk dengan secukupnya

Cara untuk memasak:-

  1. Cili kering mestilah dibuang biji dan dicuci dan di lap dengan bersih dan kering. Lalu cili kering itu digoreng seketika, angkat dan diletak tepi
  2. Lalu, udang kering digoreng, diangkat dan diletak tepi.
  3. Keledek oreng dikisar menggunakan air rebusan hingga halus dan diletak tepi.
  4. Lada kering,udang kering yang telah digoreng tadi dikisar bersama belacan, bawang merah kecil, bawang putih dan halia sehingga halus.
  5. Panaskan minyak didalam kuali/periuk. Lalu semua bahan yang telah dikisar ditumis sehingga bau harum dan pecah minyak.
  6. Dengan menggunakan api yang sederhana, bahan yang ditumis hendaklah dikacau sentiasa. Lalu, pes asam jawa dimasukkan dan kacau dengan sebati dan keledek kisar dicampur sekali.
  7. Sebanyak lebih kurang 4 cawan air ditambah lalu digaul sehingga sebati dan dibiarkan mendidih. Lalu, kacang tanah kisar dimasukkan, gaul dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Gula Melaka dimasukkan dan lengkapkan rasa dengan meletakkan garam secukupnya. Masak sebentar dan ditambah gula secukupnya mengikut citarasa sendiri.
  9. Apabila sudah pekat, bijan dimasukkan dan tinggalkan sedikit bijan untuk digunakan sebagai hiasan. Lalu gaul hingga sebati dan masak seketika. Jika sudah masak api sudah boleh ditutup dan siap !

Resepi Kuah Rojak Ala Thai

Bahan-bahannya:-

  • 1 biji bawang merah dihiris nipis
  • 5/8 cawan udang kering ditumbuk
  • 15 batang cili padi merah/hijau hiris atau tumbuk kasar
  • 160 ml air dan sos ikan thai (sos nampla)
  • 1 cawan suku gula Melaka

Cara untuk memasak :-

  1. Mula-mula masukkan gula Melaka
  2. Lalu, masukkan sos ikan dan air ke dalam periuk
  3. Masak dengan menggunakan api yang kecil hingga pekat
  4. Lalu bawang merah, udang kering dan cili api di tambah ke dalam campuran tersebut.
  5. Seterusnya didihkan kuah tersebut dan ditutup apinya.
  6. Untuk pengetahuan, kuah ini dapat bertahan dengan lama jika simpan didalam botol yang bertutup.

Rojak Petis

Bahan-bahannya:-

  • Segenggam cili kering yang telah dipotong, dibuang biji dan telah dibasuh bersih. Rendam cili didalam air panas sehingga kembang lalu ditoskan menggunakan tapis.
  • Setengah keeping belacan
  • 1 cawan gula merah
  • 3 cawan gula putih
  • Kicap lemak manis sebanyak 1/2 ccawan
  • Sos cili sebanyak 5 sudu makan
  • Tepung jagung sebanyak 3 sudu makan lalu dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 sudu garam yang diletakkan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan kuah rojak itu terlalu masin
  • 1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan lalu dikisar secara kasar

Cara untuk memasak:-

  1. Mula-mula kisar cili kering dan belacan dikisar halus dengan meletakkan air sebanyak 1 cawan. Lalu bahan kisar dimasukkan ke dalam kuali
  2. Gula merah dibancuh bersama dengan 1 cawan air sehingga ia larut. Tapis gula merah tersebut dan masukkan juga ia kedalam kuali.
  3. Seterusnya, gula pasir, kicap dan sos cili dimasukkan dan gaul sehingga sebati. Lalu, semua bahan tersebut dimasak hingga mendidih dan kena pastikan dikacau selalu.
  4. Apabila sudah mendidih kuahnya, garam diletakkan secukup rasa. Seeloknya rasa supaya rasa kuah dan rojak seimbang dan sedap.
  5. Lalu, air bancuhan tepung jagung dimasukkan dan dikacau sebati sambal api dibuka secara kecil untuk menambahkan kepekatan kuah.
  6. Setelah kuah kelihatan pekat, dua sudu makan bijan dan kacang tanah yang telah dikisar dimasukkan. Lalu, kuah rojak dimasak lagi sehingga jadi bertukar warna hitam berkilat.
  7. Akhirnya, siap ! Dan ia sudah sedia untuk dinikmati.

Begitulah 3 resepi berkaitan kuah rojak yang berbeza setiap resepinya. Pelbagai cara pembuatannya yang agak mudah. Pasti anda sudah tidak sabar lagi hendak mencubanya bukan? Lepasni tak perlu pening-pening lagi fikir untuk mencari kuah rojak di gerai mana yang sedap kerana anda sudah boleh buat sendiri kuah yang enak di rumah !

Yang anda perlu hanyalah merajinkan diri untuk membuatnya. Lebih-lebih lagi dimusim pandemik ini maka lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga dan juga pelbagai resepi boleh dicuba. Silap hari bulan habis pandemik dah boleh bukak kedai

SUMBER:

https://www.tiffinbiru.com/2021/02/resipi-rojak-asma.html

https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/11-resepi-rojak-macam-macam-rasa-dan-rupa-yang-sedap.html

https://www.rasa.my/resipi-kuah-rojak-homemade-yang-sedap-pekat-tak-guna-petis/

Summary
3 Resepi Kuah Rojak Yang Sedap
Article Name
3 Resepi Kuah Rojak Yang Sedap
Description
Bila kita sebut perkataan rojak. Siapa je yang tak kenal ?!Gabungan kacang rangup didalam kuah rojak nya membuatkan tiada siapa mampu menolaknya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: