Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka? Apa tu? Sagu Gula Melaka adalah manisan yang lazimnya dihidangkan secara sejuk dalam kalangan masyarakat Melayu.

Bagi yang tidak mengetahui, sagu mutiara yang merupakan ramuan utama dalam resepi ini adalah biasanya diperbuat daripada pati yang berasal dari sagu sawit.

Oleh kerana ia adalah asas tumbuhan, pastinya lebih berkhasiat untuk dinikmati. Ia mengandungi sedikit protein, vitamin atau mineral. Bagi yang tidak tahu, sagu juga digunakan dalam pembuatan keropok lekor tau.

Gula Melaka pula adalah gula dari pokok kelapa. Apabila digabungkan bersama dengan santan yang dituangkan ke atas sagu mutiara, menjadikan pencuci mulut ini benar-benar menggembirakan.

Sekiranya gula melaka sukar dicari, penggunaannya boleh digantikan dengan sirap jenis “molasses”.

Bahan-Bahan: –

1 1/2 cawan (200 g) sagu mutiara

6 cawan (1.5 L) air

1 cawan (250 ml) santan

3 helai daun pandan, lebam & simpul

1/4 sudu kecil garam, atau secukup rasa

200 g gula melaka, dicincang

1/2 cawan (125 ml) air

Cara-Cara: –

  1. Didihkan 10 cawan air ke dalam periuk besar. Masukkan sedikit demi sedikit sagu agar tidak bergumpal. Setelah mendidih, kurangkan api hingga rendah. Masak sehingga sagu menjadi lut sinar, kacau sekali-sekala, lebih kurang 30 minit. Tuangkan sagu ke dalam acuan agar-agar dan sejukkan semalaman.
  2. Dalam periuk kecil, kacau bersama gula melaka dan air. Didihkan dan masak sehingga gula larut. Kemudian, tapis menggunakan penapis.
  3. Hidangkan puding, dan sajikan dengan santan serta sirap gula melaka secara berasingan bagi memudahkan setiap orang untuk menuangnya.

Fakta Pemakanan Sagu Gula Melaka

Setiap hidangan mengandungi: 234 kalori; protein 1.2g; karbohidrat 37.5g; lemak 9.7g; natrium 20.1mg.

Petua Memasak Sagu Gula Melaka

1. Dulang muffin sebagai acuan. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam mangkuk kecil yang disaluti dengan minyak sayuran agar mudah dikeluarkan.

2. Santan pek. Oleh kerana santan segar sukar didapati dan tidak tahan lama, santan dalam pek juga boleh digunakan untuk kemudahan.

3. Gula melaka dan santan berkualiti. Oleh kerana sagu rasanya tawar, pencuci mulut ini bergantung pada rasa santan dan gula melaka. Sila dapatkan santan segar dan gula melaka yang ori untuk hasil terbaik.

Amacam? Senang kan resepi ni. Nanti kalau ada yang hendak menganjurkan jamuan di rumah, rumah terbuka mahupun kenduri-kendara, bolehlah buat Sagu Gula Melaka untuk para tetamu sekalian merasa.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.allrecipes.com/recipe/89432/sago-pudding-gula-melaka/

https://www.newmalaysiankitchen.com/sago-pudding-with-gula-melaka/

Summary
Resepi Sagu Gula Melaka Guna 3 Langkah Mudah
Article Name
Resepi Sagu Gula Melaka Guna 3 Langkah Mudah
Description
Sagu Gula Melaka? Apa tu? Sagu Gula Melaka adalah manisan yang lazimnya dihidangkan secara sejuk dalam kalangan masyarakat Melayu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: