strepsils

Apabila anda dijangkiti sakit tekak, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa menjalani kehidupan seharian. Kini terdapat pelbagai lozenges di pasaran untuk membantu mengurangkan rasa sakit tekak anda. STREPSILS adalah contoh terbaik lozenges yang amat mudah didapati hampir di mana-mana sahaja. Lozenges ini mempunyai pelbagai perisa yang dirumuskan khas untuk kesesuaian tekak anda. Lozenges ini juga rasa sedap bahkan seperti gula-gula untuk orang dewasa tetapi anda harus memakan dengan hati-hati.

strepsil vit c

STREPSILS Orange with Vitamin C

RM11.89

Strepsils Orange dengan Vitamin C memberikan kelegaan yang cepat, menenangkan dan berkesan dari sakit tekak. Setiap lozenge perisa oren ini mengandungi gabungan antibakteria untuk membantu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak dan jangkitan mulut. Untuk orang dewasa, anda disarankan untuk menghisap sebiji lozenge ini setiap 2 hingga 3 jam. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak

dequadin

Dequadin Lozenges

RM7.20

Lozenges Dequadin ini berperisa sitrus untuk melegakan simptom untuk tekak yang. Setiap Lozenge Dequadin mengandungi dequalinium chloride BP 0.25mg. Lozenge berwarna merah jambu mempunyai bau yang menyenangkan, rasa pudina dan mempunyai ukiran perkataan ‘dequadin’ di salah satu sisinya. Satu lozenge mesti dihisap secara perlahan dan ulangi dos jika perlu. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak.

strepsils honey lemon

STREPSILS Honey Lemon

RM11.89

Lonzenge Strepsils ini mempunyai rasa madu dan lemon. Ia mengandungi dua agen antibakteria, Dichlorobenzyl alkohol 1.2mg dan Amylmetacresol 600µg, yang boleh membantu badan anda untuk melawan sakit tekak. Setiap lozenge perisa madu dan lemon ini mengandungi gabungan antibakteria untuk membantu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak dan jangkitan mulut. Ia boleh didapati dalam pek 8s dan 24s.

linkus honey lemon

Linkus Lozenges Honey Lemon

RM7.95

Herbion Naturals Linkus Lozenges dengan rasa madu dan lemon mengandungi tujuh ramuan yang berfungsi secara unik untuk memberikan kelegaan sementara dari ketidakselesaan yang disebabkan oleh batuk dan sakit tekak. Produk ini juga mengandungi 5mg menthol. Anda boleh menghisap 1-2 lozenges setiap 2 hingga 3 jam, dan tidak menghisap lebih dari 8 biji dalam satu hari. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak.

strepsils cool

STREPSILS Cool

RM11.89

Strepsils Cool memberikan sensasi penyejukan segera untuk melegakan sakit tekak dan jangkitan mulut kecil dalam masa hanya 10 saat. Produk ini diformulasikan dengan bahan antibakteria yang berganda, dan mengandungi bahan aktif yang bertindak melalui kerongkong, mulut dan hidung untuk menenangkan rasa sakit tekak yang berpanjangan sehingga dua jam.Hisap satu lozenge di mulut setiap 2 hingga 3 jam atau seperti yang ditetapkan oleh doktor. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak.

difflam mint

Difflam Doublemint

RM29.90

Lozenges anti keradangan dan sakit kerongkong ini memberikan kelegaan yang cepat untuk sakit tekak dengan menenangkan dan mengurangkan keradangan yang merupakan penyebab sakit tekak. Gunakan ubat ini untuk menghilangkan gejala sakit tekak, faringitis, radang amandel, ulser mulut, bengkak, kemerahan dan keadaan keradangan dan sakit selepas pembedahan mulut, pembedahan tekak atau pembedahan gigi dengan cepat. Lozenges ini adalah bebas gula, bebas gluten dan bebas laktosa.

strepsils sugar free

STREPSILS Sugar Free

RM3.81

Strepsils Sugar Free lozenges memberikan kelegaan yang cepat, menenangkan dan berkesan dari ketidakselesaan sakit tekak. Setiap lozenge mengandungi gabungan antibakteria untuk membantu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak dan jangkitan mulut. Hisap satu lozenge di mulut setiap 2 hingga 3 jam atau seperti yang ditetapkan oleh doktor. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak. Lozenges sugar free ini berperisa lemon.

Woods sugar free

Wood’s Peppermint Drop Sugar Free

RM2.10

Lozenges ini memberikan sensasi melegakan kerongkong dan sensasi menyegarkan pernafasan. Produk ini diformulasikan dengan bahan semula jadi untuk melegakan kerengsaan tekak. Ia sesuai untuk dimakan oleh vegetarian dan mempunyai rasa pudina yang kuat. Produk ini ditambahkan dengan pemanis aspartam. Larutkan perlahan-lahan satu lozenge di mulut seperti yang diperlukan. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak.

Strepsils max

STREPSILS Max

RM4.98

Lozenges ini berfungsi dengan tindakan mengebas rasa untuk melegakan sakit tekak yang menyakitkan. Lozenges ini amat sesuai untuk sakit tekak dan kerengsaan tekak. Setiap lozenge ini mengandungi 2.4mg Heyxlresorcinol dan berperisa blackcurrant. Larutkan satu lozenge dengan perlahan di mulut setiap tiga jam atau bila diperlukan. Jangan mengambil lebih daripada 12 lozenges dalam masa 24 jam. Ia boleh didapati dalam pek 6s. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak.

mac dual action

MAC Dual Action Lozenges

RM12.00

Lozenges ini berfungsi sebagai satu jenis antiseptik dan anestetik tempatan untuk melegakan sakit tekak dan kesakitan yang berkaitan dengan tekak. Ia mengandungi Hexylresorcinol 2.4mg dalam setiap satu lozenge dan berperisa blackcurrant. Hisap satu lozenge dengan perlahan di mulut setiap tiga jam dan tidak melebihi 12 lozenges dalam masa 24 jam. Pastikan lozenge ini disimpan jauh dari kanak-kanak dan jangan memberi lozenges ini kepada kanak-kanak dibawah 6 tahun.

Summary
Strepsils Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik untuk Sakit Tekak
Article Name
Strepsils Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik untuk Sakit Tekak
Description
Apabila anda dijangkiti sakit tekak, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa menjalani kehidupan seharian. Kini terdapat pelbagai lozenges di pasaran untuk membantu mengurangkan rasa sakit tekak anda. STREPSILS adalah contoh terbaik lozenges yang amat mudah didapati hampir di mana-mana sahaja. Lozenges ini mempunyai pelbagai perisa yang dirumuskan khas untuk kesesuaian tekak anda. Lozenges ini juga rasa sedap bahkan seperti gula-gula untuk orang dewasa tetapi anda harus memakan dengan hati-hati.
Tagged: