Resepi Roti Jala Sihat
Roti Jala adalah sejenis lempeng yang kelihatan seperti jala ikan.

Roti Jala adalah sejenis lempeng yang kelihatan seperti jala ikan. Ia boleh menyerap kuah dengan baik dan sangat sesuai dihidangkan bersama kari atau kuah gaya Asia yang lain.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 300g
  • 1 sudu kunyit
  • 3 biji telur, dipukul
  • Susu rendah lemak 300ml dicampur dengan air 300ml
  • Minyak sayuran, untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  • Panaskan ketuhar ke suhu 140°C.
  • Campurkan tepung, 1 sudu teh garam dan kunyit dalam mangkuk besar dan lubangkan di tengah-tengahnya.
  • Kemudian, masukkan telur di lubang tersebut bersama campuran susu dan air.
  • Pukul sehingga adunan menjadi licin dan tebal, tanpa gelembung.
  • Pukul secara beransur-ansur bagi menipiskan adunan. Tukarkan adunan ke dalam botol yang boleh dipicit.
  • Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali yang tidak melekat.
  • Picit botol dan lakarkan adunan seperti jaring dalam kuali secepat mungkin.
  • Apabila bahagian bawah adunan telah masak (dalam 30 saat), pusingkannya untuk menukar bahagian. Roti Jala masak dengan cepat, oleh itu anda perlu berhati-hati.
  • Ulangi langkah dengan adunan yang lain, sambil menambah lebih banyak minyak yang diperlukan.
  • Alas Roti Jala di antara kertas ‘baking’ dan biarkan panas dalam ketuhar sementara anda memasak selebihnya.

Resipi Kari Ayam Sihat (Kuah Roti Jala)

Bahan-bahan:

  • 1 dada ayam tanpa tulang dan kulit
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1/2 air air
  • 1 sudu susu rendah lemak
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • sudu besar minyak sayuran

Cara penyediaan:

  1. Potong dada ayam menjadi kiub kecil.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Tumis bawang merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan rempah kari dan kacau dengan teliti.
  5. Rasa untuk memastikannya cukup pedas. Tambah lebih banyak cili jika suka.
  6. Sebaik sahaja bahan tumisan telah menjadi keperangan, masukkan ayam.
  7. Kacau dan biarkan masak selama beberapa minit.
  8. Tambah air dan kacau sebati. Biarkan sehingga mendidih.
  9. Kurangkan api dan didihkan kari selama 10-15 minit.
  10. Masukkan susu rendah lemak dan kacau.
  11. Hidangkan dengan roti jala semasa panas.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Roti Jala Sihat
Published On
Tagged: