makan kulit ayam
Sejak kecil, anda pasti pernah dengar bahawa makan kulit ayam boleh menyebabkan individu mendapat penyakit kanser dan darah tinggi.

Baru-baru ini, banyak laman web yang membincangkan tentang kebaikan makan kulit ayam, namun sejauh manakah info itu betul dan boleh diterima? Sejak kecil, anda pasti pernah dengar bahawa makan kulit ayam boleh menyebabkan individu mendapat penyakit kanser dan darah tinggi kerana kadar kolesterol yang banyak. Namun, itulah bahagian kesukaan ramai terutamanya jika makan ayam yang mempunyai kulit yang rangup seperti di McDonalds, KFC, Texas Chicken dan kedai restoran makanan segera lain.  

Jadi, adakah memakan kulit ayam boleh memberi kesan kepada kesihatan kita?

Baru-baru ini, sebuah kajian dari universiti Harvard mendapati bahawa makan kulit ayam sebenarnya tidak menjejaskan kesihatan kita. Ia malah mempunyai kelebihan terutamanya pada jantung kita.

Berdasarkan sumber daripada Astro Awani, kulit ayam dikatakan:

  • Mengandungi kandungan lemak tidak tepu.
Mengandungi kandungan lemak tidak tepu.

Kulit ayam mempunyai kandungan lemak tidak tepu di bawah kulit ayam itu sendiri yang lebih baik berbanding lemak tepu kerana ia mempunyai kadar kolesterol LDL (kolesterol buruk) yang lebih rendah. Lemak tidak tepu juga dikatakan dapat meningkatkan antibodi serta menurunkan risiko serangan jantung.

  • Mempunyai kandungan lemak omega-6.

Kulit ayam dikatakan mempunyai kandungan lemak ini yang diperlukan bagi melaraskan pengeluaran tenaga serta menguatkan tulang dan rambut kita. Ia biasanya boleh dijumpai pada minyak sayuran dan kacang. Dengan kandungan omega-6 ini, kulit ayam juga dikatakan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

  • Tidak menyerap banyak minyak.

Kita biasanya mengganggap bahawa ayam goreng sebegini biasanya mengandungi banyak minyak kerana ia sememangnya perlu digoreng dalam periuk dengan minyak yang banyak. Namun, adakah anda tahu bahawa kulit ayam ini sebenarnya bertindak sebagai kerak dan menghalang penyerapan minyak pada daging ayam? Itulah sebabnya mengapa ayam goreng kegemaran anda masih dalam keadaan lembap dan sedap untuk dimakan.

NAMUN,

Walaupun adanya penemuan daripada universiti yang ternama itu, adakah makan kulit ayam sememangnya tidak akan memberikan kesan buruk pada kesihatan kita? Setiap makanan pasti ada baik buruknya sama seperti manusia juga. Jadi, mari kita merungkai keburukan makan kulit ayam pula.

  • Mengandungi kalori yang tinggi.

Walaupun di bawah kulit ayam itu mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk kita, namun ia masih mengandungi banyak kandungan lemak tepu secara keseluruhan. Ini secara langsung juga akan meningkatkan risiko penyakit diabetes. Lemak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyumbatan dalam saluran darah kita kerana ia tidak dapat dipecahkan kepada molekul lebih kecil.

  • Mungkin mengandungi Akrilamida (Acrylamide) yang berbahaya

Akrilamida merupakan sejenis toksik yang boleh terbentuk dalam makanan yang dimasak pada suhu tinggi seperti ayam goreng kesukaan anda. Makanan berkanji seperti ayam goreng atau apa-apa sahaja yang digoreng umumnya mengandungi kandungan akrilamida yang tinggi. Ia boleh meningkatkan risiko pada individu yang mengalami penyakit kanser terutamanya kanser buah pinggang namun perkaitan itu masih tidak dapat dibuktikan secara tepat.

JADI,

Walaupun anda jenis yang menggemari bahagian kulit ayam kerana kerangupan dan keenakan yang tiada pada bahagian daging yang lain, berpada-padalah dengan makanan sebegini. Ianya tidak salah untuk dimakan, cuma perlu diambil dalam kadar yang berpatutan sahaja. Anda masih boleh makan kulit ayam secara lebih sihat jika anda membakarnya sahaja. Jadi, cari alternatif lain yang membolehkan anda tetap makan makanan kegemaran anda dan pada masa yang sama, tidak memberi kesan buruk pada kesihatan sendiri.

SUMBER:

https://www.insider.com/eating-chicken-skin-good-for-you-2017-9#:~:text=Why%3F,your%20cholesterol%20and%20blood%20pressure.

https://www.livestrong.com/article/534192-is-chicken-skin-fattening/

https://www.mashed.com/188452/the-real-reason-you-should-leave-chicken-skin-on

https://www.boxingscene.com/weight-loss/49910.php

Tagged: