PKPD akan dikuatkuasakan di sekitar selangor
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menafikan kemungkinan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) atau EMCO (Enhanced Movement Control Order) akan diadakan di sekitar Selangor

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menafikan kemungkinan PKPD di Selangor disebabkan negeri Selangor kini mempunyai beberapa kawasan dengan kes tertinggi COVID-19.

Dr. Noor Hisham juga memberi ulasan mengenai kiriman Facebook Menteri Kesihatan tentang kawasan-kawasan yang disenaraikan sebagai zon Merah di Selangor termasuklah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang. Kiriman tersebut turut menyenaraikan Tawau di Sabah, Kuching di Sarawak dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan lagi, pihak berkuasa sedang mencari kawasan dan zon yang mempunyai kes COVID-19 tertinggi. Setakat ini, dua kawasan di Selangor mungkin akan dikenakan PKPD seperti yang dijalankan di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Setelah dikesan sebagai kawasan yang mempunyai kes COVID-19 tertinggi, arahan PKPD telah dikuatkuasakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam dari tengah malam 27 Mac sehingga 9 April akan datang.

Pada hari Khamis yang lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam merupakan antara kawasan pertama penguatkuasaan PKPD selepas seramai 61 orang di sana diuji positif COVID-19.

Semalam (29 Mac 2020), Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat penambahan kes di Kluang sebanyak 97 kes. Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid kini mempunyai sebanyak 81 kes yang melibatkan 4 kes dari kluster Sri Petaling dan 77 kes generasi kedua dan ketiga manakala, Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid memunyai sebanyak 16 kes, melibatkan seorang dari kluster Sri Petaling dan 15 kes lain.

Walau bagaimanapun, tiada kematian yang dilaporkan di kedua-dua kawasan terbabit.

SUMBER

https://www.amirudinshari.com/posts/perintah-kawalan-pergerakan-diperketatkan-pkpd-di-selayang-baru

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/681464/selayang-baru-gombak-kini-di-bawah-pkpd-ketujuh

https://www.malaysiakini.com/news/524053

Summary
Article Name
PKPD Akan Dikuatkuasakan Di Sekitar Selangor – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Description
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, tidak menafikan kemungkinan PKPD di Selangor disebabkan negeri Selangor kini mempunyai beberapa kawasan dengan kes tertinggi COVID-19.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: