MAIDAM

MAIDAM, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus buat para asnaf yang memenuhi syarat kelayakan penerima zakat. Terdapat tujuh kategori penerima zakat menurut Islam iaitu fakir, amil, miskin, mualaf, ar-riqab, al-gharimin, fisabilillah, ibnussabil.

Kesemua permohonan zakat kini boleh dilakukan secara online bagi memudahkan segala urusan rakyat Terengganu yang ingin memohon bantuan zakat. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan bagi mengetahui status kelulusan dan proses pembayaran zakat sekiranya anda telah memohon zakat sebelum ini.

Syarat Kelayakan Am Bantuan Zakat MAIDAM

Permohonan Bantuan Zakat MAIDA dibuka kepada semua individu yang berkelayakan dan termasuk dalam senarai penerima zakat. Pemohon hendaklah menepati kriteria-kriteria utama berikut iaitu:

  • Rakyat Negeri Terengganu yang menetap di Terengganu
  • Bermastautin di Terengganu selama tiga thun berturut-turut atau lebih

Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM

  1. Sesiapa yang ingin memohon bantuan zakat boleh melayari laman web ini: http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Pemohon boleh memilih jenis bantuan yang diperlukan seperti;
    • Bantuan berkaitan sosial dan ekonomi,
    • Bantuan berkaitan pendidikan,
    • Bantuan berkaitan kursus anak-anak asnaf
    • Bantuan berkaitan mualaf.
  3. Klik bantuan yang anda inginkan dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya, iaitu halaman yang memaparkan garis panduan bantuan.
  1. Kemudian, klik “Borang Permohonan” untuk proses selanjutnya.
  2. Pada halaman berikutnya, anda dikehendaki memasukkan no kad pengenalan anda dan maklumat yang diperlukan mengikut jenis bantuan. Seperti contoh, sekiranya anda memohon bantuan pendidikan, anda diminta memasukkan tarikh daftar pengajian beserta no kad pengenalan anda.
  1. Pemohon dikehendaki mengisi data dan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  2. Seterusnya anda perlu memuat turun borang permohonan tersebut.
  3. Selepas itu, pemohon perlu membawa borang yang dimuat turun bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke kaunter pejabat daerah masing-masing untuk kelulusan permohonan.
  4. Permohonan zakat anda selesai. Sila tunggu panggilan dan semak status permohonan anda di laman website yang sama.

Semak Status Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM

  1. Sekiranya anda ingin membuat semakan, sila ikuti langkah seperti di bawah:
  2. Untuk membuat semakan, anda bolehlah melayari laman web Maidam seperti yang telah dinyatakan di atas (http://www.espmb.com/maidam_zakat/)
  3. Pada halaman SISTEM PERMOHONAN ZAKAT, pilih SEMAKAN STATUS SEMUA JENIS BANTUAN PERMOHONAN ZAKAT.
  1. Kemudian, klik “Semak Kelulusan”.
  2. Selain itu, pemohon juga boleh klik pautan in untuk akses secara terusi: http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx
  3. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan untuk proses selanjutnya. (Penting: Anda tidak perlu masukkan tanda “-” iaitu dash atau sengkang)
  4. Seterusya, klik “Klik Untuk Semak”.
  5. Status permohonan anda boleh dilihat melalui maklumat yang dipaparkan.

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau pertanyaan mengenai syarat kelayakan, cara memohon atau status permohonan anda setelah memohon anda boleh menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berdasarkan maklumat seperti dibawah.

Berikut ialah alamat penuh Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu:
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.

Atau, boleh menelefon/menghantar emel/mesej ke:
Telefon: 09-6303030
E-mail : [email protected]
Laman web rasmi: http://www.maidam.gov.my
Laman Facebook rasmi: https://facebook.com/maidamterengganu/

Masa beroperasi adalah pada hari Isnin sehingga Jumaat kecuali terdapat cuti umum.

Sistem bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu secara online ini merupakan salah satu inisiatif baik untuk memudahkan rusan permohonan dan semakan.Pemohon boleh terus mengisi maklumat yang diperlukan melalui borang yang disediakan secara online tanpa perlu ke pusat zakat untuk mengambil borang semata-mata.

Sesiapa yang berkeperluan digalakkan untuk memohon bantuan zakat MAIDAM ini mengikut kategori yang diberikan. Jangan sia-siakan peluang untuk mendapat bantuan sekiranya anda layak memohon. Senarai dan jenis bantuan yang boleh anda pohon boleh dirujuk di laman web yang dinyatakan di atas.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan bleh dijadikan sebagai panduan berguna buat sesiapa yang benar-benar memerlukan.

SUMBER:

https://www.permohonan.my/semakan-maidam-online-status-zakat/#cara-memohon-bantuan-zakat-maidam

http://www.espmb.com/maidam_zakat/

https://therohani.com/semakan-maidam-zakat-terengganu



Summary
MAIDAM: Mohon & Semak Status Bantuan Zakat Terengganu Online
Article Name
MAIDAM: Mohon & Semak Status Bantuan Zakat Terengganu Online
Description
MAIDAM, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menyediakan pelbagai jenis bantuan khusus buat para asnaf yang memenuhi syarat kelayakan penerima zakat. Terdapat tujuh kategori penerima zakat menurut Islam iaitu fakir, amil, miskin, mualaf, ar-riqab, al-gharimin, fisabilillah, ibnussabil.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: