iphone 12

Pada 13 Oktober 2020 Apple memperkenalkan iPhone terunggul mereka, iaitu iPhone 12 dan iPhone 12 mini, yang menawarkan ciri-ciri hebat pada harga yang berpatutan. Dijual bersama dengan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max yang lebih mahal, iPhone 12 dan iphone 12 mini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak memerlukan ciri kamera tahap pro.

iPhone 12 6.1 inci adalah penerus kepada iPhone 11, sementara iPhone 12 mini 5.4 inci adalah ukuran baru bagi skrin bersaiz kecil sejak Apple memperkenalkan iPhone SE 2016. Selain dari saiz skrin dan bateri, kedua-dua telefon ini boleh di katakan mempunyai taraf yang sama dari segi teknikal.

Penjelasan Mudah iPhone 12 dan iPhone 12 mini.

Buat pertama kalinya semua model iPhone pada siri 12 ini menampilkan paparan OLED Super Retina XDR, dan tidak ada perbezaan dalam kualiti paparan antara model peranti siri 12 standard dan model Pro.

Menyentuh kepada resolusi untuk peranti bagi model siri ini mempunyai resolusi setinggi 2430 x 1080 dengan 476 piksel per inci manakala iPhone 12 6.1 inci mempunyai resolusi 2532 x 1170 dengan 460 piksel per inci.

Paparan juga menawarkan sokongan HDR dengan kecerahan puncak 1200 nits, menjadikan pengalaman anda menonton video pada tahap yang maksimum dan semula jadi.

Model peranti ini juga merupakan telefon pintar generasi terbaru dari Apple yang menawarkan sokongan rangkaian 5G yang lebih pantas, paparan OLED, kamera yang lebih baik, dan cip A14 untuk prestasi yang cemerlang, di mana semuanya di dalam reka bentuk yang diperbaharui sepenuhnya.

Walaupun peranti siri 12 ini merupakan model yang terbaru dari Apple di dalam pasaran dan mempunyai keupayaan tinggi dari segi spefikasi dan teknikal, tetapi ianya telah menghampiri kepada kitaran produk mereka.

Jadi, persoalannya adakah berbaloi untuk anda membelinya pada waktu ini?

Kita lihat Apple cenderung untuk melancarkan setiap model terbaru iPhone pada setiap bulan September, dan walaupun peranti bagi siri 12 ini dilancarkan sebulan lebih lewat daripada kebiasaannya, model iPhone 13 dilihat akan mengambil tempatnya tanpa sebarang masalah pada September ini.

Terdapat bayangan jelas bahawa iPhone 13 dan iPhone 13 mini yang akan tiba akhir tahun ini didatangkan dengan sejumlah peningkatan dan penambahbaikan, dan peranti ini akan dilancarkan tidak sampai beberapa bulan lagi.

Bagi mereka yang benar-benar perlu menggantikan telefon mereka (mungkin disebabkan rosak atau seumpamanya) berkemungkinan akan membeli peranti model terbaru ini kerana pelancaran model terbaru akan mengambil masa untuk tempoh beberapa bulan lagi, namun kebanyakkan dari mereka akan menunggu sehingga sampai waktunya.

Walaupun peranti siri 12 ini nampaknya merupakan pilihan siri iPhone yang terbaik yang ada pada masa ini, namun untuk pengguna yang memerlukan ciri kamera pro-level atau mahukan reka bentuk yang lebih premium harus memilih model peranti siri 12 Pro dengan harga bermula dari RM4,899.

Jika masih tidak berpuas hati lagi, terdapat peranti siri 12 Pro Max yang mempunyai saiz skrin yang lebih lebar dan yang paling lengkap untuk siri 12 ini, tetapi anda harus mengorbankan duit simpanan yang ada kerana harganya bermula dari RM5,299, satu tanda harga yang tidak semua berkemampuan untuk memilikinya.

Sebaliknya, jika harga menjadi persoalan anda, mungkin anda boleh memberi perhatian kepada pilihan lain seperti iPhone 11 atau iPhone XR yang mungkin lebih murah berbanding iPhone 12 yang berharga RM3,899 untuk saiz penyimpanan data dan paparan skrin 6.1 inci yang sama pada harga RM2,899.

Apple iPhone 12 & iPhone 12 mini

Begitu juga jika anda mencari alternatif yang lebih murah berbanding iPhone 12 Mini yang berharga RM3,399 dan mengutamakan penggunaan satu tangan dan bersaiz poket, maka iPhone SE versi 2020 mungkin adalah pilihan yang terbaik, di mana anda boleh memilikinya pada harga RM1,999 di laman web rasmi Apple Malaysia.

Bagaimanapun iPhone 12 ini direka untuk pembeli yang pertama kali ingin mencuba sistem iOS serta mereka yang ingin menaik taraf dari model siri iphone X atau 11 atau yang lebih lama, dan mungkin Apple juga berharap dapat memikat pengguna Android yang tidak berpuas hati dengan operating system tersebut beralih arah kepada iPhone.

Akhir sekali, semuanya bergantung kepada kehendak dan keperluan masing-masing. Jika berkemampuan dan ingin menaik taraf telefon lama anda dan tidak mahu menunggu kemunculan iPhone 13 yang hanya beberapa bulan lagi, anda boleh membeli salah satu dari model iPhone siri 12 ini tanpa ragu kerana ianya berbaloi dengan nilai wang anda.

SUMBER:

https://www.macrumors.com/roundup/iphone-12/

https://www.techrepublic.com/article/iphone-12-a-cheat-sheet/

Summary
iPhone 12, Berbaloi ke Beli Pada Waktu Ini?
Article Name
iPhone 12, Berbaloi ke Beli Pada Waktu Ini?
Description
Pada 13 Oktober 2020 Apple memperkenalkan iPhone terunggul mereka, iaitu iPhone 12 dan iPhone 12 mini, yang menawarkan ciri-ciri hebat pada harga yang berpatutan. Dijual bersama dengan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max yang lebih mahal, iPhone 12 dan iphone 12 mini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak memerlukan ciri kamera tahap pro.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: