maybank2u login

www.maybank2u.com.my itu adalah url menuju ke portal maybank malaysia. Pada zaman teknologi ini, perbankan online semakin popular dalam kalangan masyarakat. Maybank mengambil peluang ini dengan memperkenalkan Maybank2u sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam melakukan transaksi kewangan secara atas talian.

Perbankan online lebih menjimatkan masa dan tenaga untuk melengkapkan sesuatu transaksi seperti pembayaran bil, pembayaran hutang sewa dan beli kereta, perumahan dan pengiriman wang dalam dan luar negera dan pelbagai transaksi lain.

Apa yang diperlukan untuk menggunakan perbankan online adalah komputer riba, atau telefon pintar dan sambungan internet. Dengan adanya kemudahan ini, transaksi anda dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sebelum memulakan apa-apa, anda terlebih dahulu perlu untuk mendaftar akaun baru untuk menjalankan transaksi atas talian, Maybank2u.

Cara Login Maybank2u (First Time Login)

First time login merujuk kepada mereka yang baru sahaja selesai mendaftar maybank2u online.

Langkah yang perlu diikuti ialah:

  1. Klik butang Login pada halaman utama Maybank2u
  2. Pada halaman seterusnya, klik First Time Login?
  3. Belajar untuk menggunakan perbankan online dengan video tips keselamatan yang dipaparkan
  4. Kemudian terdapat bahagian mengisi Access No. iaitu nombor akses kad debit, kredit atau kad Perbankan Internet, di mana anda perlu mendapatkan nombor ini di kaunter cawangan Maybank.
  5. Jika anda tiada Access No., anda tidak boleh login ke Maybank2u
  6. Pada bahagian pin, masukkan nombor pin enam digit yang anda telah tetapkan untuk kad anda.
  7. Kemudian akan tertera ruangan My Username , masukkan username anda
  8. Seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti apa yang anda telah setkan untuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2u.
  9. Login berjaya dan akan akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di sini anda boleh melakukan pelbagai transaksi.

Cara Login Maybank2U Classic (Old Version)

Maybank2u Classic adalah laman web rasmi Maybank yang menggunakan antaramuka lama.  Maybank2u Classic adalah lebih mudah untuk digunakan.

  1. Layari laman web Maybank https://www.maybank2u.com.my dan anda akan dibawa ke laman utama rasmi Maybank2u
  2. Klik butang Back to the Classic Maybank2u, dan anda akan dibawa ke paparan login untuk Maybank2u versi lama.
  3. Tertera ruangan My Username, jadi masukkan username yang anda telah cipta kemudian klik butang Next.
  4. Pastikan gambar dan phrase yang terpapar adalah sama dengan setting untuk akaun anda semasa pendaftaran dilakukan, kemudian klik Yes.
  5. Masukkan password
  6. Klik login
  7. Login berjaya dan akan akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di sini anda boleh melakukan pelbagai transaksi.  

Cara Login Maybank2U baru (New Version)

Maybank2u baru adalah laman web rasmi Maybank yang menggunakan antaramuka yang baru dan terkini.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Pada laman hadapan Maybank2U, masukkan username anda pada My Username.
  3. Kemudian, tekan butang yang berlogo mangga kunci di sebelah dan tunggu
  4. Pada laman seterusnya, akan tertera soalan berkenaan dengan security phrase. Sekiranya security phrase yang tertera adalah security phrase milik anda, tekan Yes jika tidak tekan No
  5. Masukkan password
  6. Tekan login
  7. Login anda ke akaun Maybank2U berwajah baru berjaya.

Bagaimana Kalau Lupa Username?

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Klik Forgot Login Details di bahagian bawah kotak untuk masukkan username
  3. Anda dikehendaki untuk membuat pengesahan bahawa anda adalah pemilik akaun tersebut
  4. Masukkan maklumat:
  5. Card / Access No: Jika anda pilih Card, anda perlu masukkan nombor kad ATM, Debit, kad kredit, charge card dan juga prepaid card
  6. Card / Access No: Jika anda pilih Access No, anda perlu masukkan nombor akses. NOmbor akses ialah nombor yang anda terima semasa proses pendaftaran, jika anda tiada nombor tersebut anda boleh membuat semakan dengan cawangan Maybank yang berhampiran
  7. Pin No: Nombor PIN ialah pin ialah 6 digit nombor yang ada buat untuk urusan pembankan online
  8. Ikut langkah yang seterusnya sehingga anda dapat semula username anda
  9. Jika anda mempunyai masalah, boleh hubungi 1-300-88-6688

Bagaimana Kalau Lupa Password?

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan username anda.
  3. Selepas itu, akan keluar satu popup yang meminta anda memasukkan password
  4. Klik Forgot Password
  5. Untuk mendapatkan kata laluan baru, anda perlu buat pengesahan yang anda adalah pemilik akaun ini
  6. Masukkan maklumat:
  7. Card / Access No: Jika anda pilih Card, anda perlu masukkan nombor kad ATM, Debit, kad kredit, charge card dan juga prepaid card
  8. Card / Access No: Jika anda pilih Access No, anda perlu masukkan nombor akses. Nombor akses ialah nombor yang anda terima semasa proses pendaftaran, jika anda tiada nombor tersebut anda boleh membuat semakan dengan cawangan Maybank yang berhampiran
  9. Pin No: Nombor PIN ialah pin ialah 6 digit nombor yang ada buat untuk urusan pembankan online
  10. Ikut langkah yang seterusnya sehingga anda dapat menukar password
  11. Jika  anda mempunyai masalah, boleh hubungi 1-300-88-6688

SUMBER: https://therohani.com/cara-login-maybank2u-web-mobile/

Summary
Maybank2u Login: Cara Mudah  Untuk First Timer
Article Name
Maybank2u Login: Cara Mudah Untuk First Timer
Description
www.maybank2u.com.my itu adalah url menuju ke portal maybank malaysia. Pada zaman teknologi ini, perbankan online semakin popular dalam kalangan masyarakat. Maybank mengambil peluang ini dengan memperkenalkan Maybank2u sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam melakukan transaksi kewangan secara atas talian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: