Online Banking Bank Islam adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Islam yang membolehkan anda melakukan transaksi perbankan melalui Internet.
Anda boleh melakukan transaksi perbankan anda pada bila-bila masa, di mana sahaja di dunia dengan akses Internet dan mudah diakses melalui peranti mudah alih, tablet dan desktop anda. Perbankan Internet Bank Islam beroperasi 24 jam sehari.
Kelebihan Online Banking Bank Islam
Anda perlu mendaftar untuk nikmati semua perkhidmatan dan kemudahan perbankan ini:
Dapatkan kemas kini, perincian dan penyata di semua akaun anda melalui:
Ringkasan akaun
E-penyata
Periksa Pengurusan
Sejarah Transaksi Perbankan Internet
Deposit & Pelaburan Berjangka
Pengeluaran Deposit Jangka Masa & Pelaburan
Buat pemindahan dana
Pemindahan dana daripada Bank Islam ke akaun sendiri atau akaun pihak ketiga
Pemindahan dana ke bank lain melalui IBG dan DuitNow
Penyelenggaraan Pemindahan Dana Masa Depan atau Akaun Kegemaran
Buat pembayaran
Ke Kad-i Bank Islam sendiri
Untuk pembiayaan sendiri
Pengisian Prabayar
Buka atau daftar bil
Buka JomPAY atau bil berdaftar
Debit Auto
Pembentangan Bil
E-Sadaqah / Wakaf
Penyelenggaraan Pembayaran Bil Kegemaran atau JomPAY
Tetapan
Kemas kini profil
Tukar alamat
Tukar kata laluan
Ubah soalan dan jawapan rahsia
Penyelenggaraan perkataan dan imej peribadi
Penyelenggaraan had transaksi
Pembatalan Kad ATM
Permintaan Penyataan
Syarat Pendaftaran Online Banking Bank Islam
Dibawah merupakan beberapa syarat yang mesti dipenuhi sebelum boleh memdaftar online banking Bank Islam
Mesti berumur 18 tahun dan ke atas;
Memiliki Akaun Semasa atau Simpanan Individu; atau
Memiliki Akaun Pemilik Tunggal;
Memiliki ATM / Kad Debit Bank Islam;
Memiliki PIN ATM.
Cara Daftar Online Banking Bank Islam
Berikut adalah langkah untuk daftar online banking bank islam:
Selepas berada di laman tersebut, klik pada FIRST TIME USER
Kemudian anda akan dibawa ke lama seterusnya yang dimana terma dan syarat tertera pada ruangan Terms & Conditions. Fahami terma dan syarat, sekiranya bersetuju tandakan pada kotak di sebelah kenyataan tersebut. Klik butang Continue
Seterusnya, masukkan 16 digit nombor pada kad ATM/debit anda di ruangan ATM Card / Debit Card No dan masukkan nombor PIN kad ATM/debit di ruangan ATM PIN. Klik butang Continue
Di laman seterusnya, anda perlu mengisi maklumat diri.
Masukkan nama penuh anda di ruangan Customer Name
Tanpa tanda sempang “-“ ataupun jarak, isikan nombor kad pengenalan di ruangan IC/ID
Isikan sebarang username yang alphanumeric iaitu gabungan nombor, simbol dan abjad di ruangan User ID
Isikan password yang alphanumeric iaitu gabungan nombor, symbol, abjad dan minimum 8 aksara di ruangan Password
Anda perlu memilih password yang kuat agar sukar untuk orang lain mencerobohi akaun anda
Isikan sekali lagi password anda tadi di ruangan Confirm Password
Masukkan alamat emel anda di ruangan E-Mail
Kemudian, isikan nombor telefon anda yang aktif di ruangan Mobile Number. Letakkan 60 pada kotak pertama dan baki nombor lain di kotak yang bersebelahan.
Untuk memastikan anda boleh mengesan akaun anda, anda perlu mengisi perkataan rahsia di bahagian Private Word
Sebagai satu lagi langkah keselamatan untuk mengesan akaun anda, di bahagian Select One Private Image, anda boleh memilih gambar yang anda suka.
Seterusnya, di bahagian Secret Question dan Secret Answer, anda perlu memilih mana-mana 3 soalan dan isikan jawapan bagi setiap soalan. Anda mesti ingat jawapan-jawapan tersebut untuk menjawab soalan keselamatan apabila terjadi sebarang masalah terhadap akaun anda seperti lupa kata laluan.
Klik butang Submit
Segala maklumat yang anda telah isi akan dipaparkan semula. Anda perlu sahkan semula maklumat anda sebelum menekan butang Confirm.
Anda akan menerima SMS daripada bank Islam, oleh itu sila periksa telefon bimbit/pintar anda. SMS itu untuk memaklumkan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC telah berjaya.
Tahniah! Pendaftaran untuk online banking Bank Islam anda telah berjaya dan anda sudah boleh login ke akaun baru anda.