Affin Bank Online untuk permudahkan lagi urusan anda! Affin Bank yang merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia ia tersenarai di dalam papan utama Bursa Malaysia sebagai Affin Holdings Berhad.
Affin Bank turut menyediakan perkhidmatan seperti yang disediakan bank-bank lain seperti Bank Rakyat, RHB Now, Maybank dengan mbb2u, BSN dan sebagainya untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.
Kini dalam kecekapan sistem teknologi terkini, kebanyakan industri perkhidmatan telah melakukan banyak penambahbaikan bagi menghasilkan perkhidmatan yang efisyen kepada pelanggannya. Kini bagi Affin Bank turut menyediakan sistem perbankan online kepada pelanggannya yang dipanggil AffinOnline.
Kebanyakan bank di Malaysia seperti Bank Rakyat yang mempunyai iRakyat dan Maybank Maybank2u telah menyediakan perkhidmatan transaksi kewangan secara atas talian, yang juga merupakan satu platform moden.
Rata-rata daripada kita sememangnya mempunyai alat peranti seperti laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, terutamanya bagi golongan yang bekerjaya. Melalui alatan yang anda miliki itu anda akan mendapat full access kepada segala perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh Affin Bank melalui AffinOnline.
Sekiranya anda telah mempunyai akaun Affin Bank, anda juga sudah boleh mendaftar di AffinOnline untuk melakukan online banking. Namun terdapat beberapa syarat perlu dipenuhi sekiranya anda ingin membuka akaun online banking AffinOnline.
Syarat-syarat Affin Bank Online (AffinOnline)
Anda wajib mempunyai akaun bank Affin Bank.
Anda perlulah mempunyai kad bank Akaun Simpanan / Akaun Semasa Affin Bank ataupun memiliki kad kredit Affin Bank.
Pastikan anda meminta di mana-mana ATM Affin Bank IB-PIN (Pengenalan Peribadi Internet – Nombor Peribadi Sementara) enam digit dengan menggunakan Kad Debit / Kad kredit Affin anda.
Sekiranya anda yang menggunakan Akaun Bersama dengan mandat ‘salah seorang akan menandatangani’ atau ‘kedua-dua akan menandatangani’, maka anda perlu pergi ke cawangan Affin Bank untuk memautkan akaun anda ke akaun online banking AffinOnline
Selepas sahaja anda selesai membuat pendaftaran di mesin ATM, anda perlulah pergi ke mana-mana cawangan Affin Bank bagi pengesahan nombor telefon bagi tujuan penghantaran SMS yang mengandungi nombor TAC.
Setelah selesai proses berikut, kini barulah anda boleh mula mendaftar akaun online banking
Anda juga dikehendaki untuk mengisi borang di cawangan Affin Bank bagi membolehkan anda mendaftarkan akaun online banking.
Cara-Cara Mendaftar
Sebagai permulaan anda hendaklah melayari laman web rasmi Affin Bank di https://www.affinonline.com/.
Kemudian paparan utama AffinOnline akan terpapar.

Seterusnya anda perlu menghala ke bahagian atas kanan laman dan tekan pilihan butang Personal untuk buat pendaftaran kali pertama.
Pada laman seterusnya, ada juga perlu menghala ke bahagian kanan atas laman dan klik pilihan butang Login.
Anda kini berada di laman ini: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
Di laman seterusnya, klik pada pilihan butang First Time Login.

Pada laman seterusnya ini, anda perlu memasukkan butiran kad anda pada ruangan yang disediakan.
Pada ruangan Card Number, masukkan nombor kad 16 digit anda.
Pilih jenis pengenalan diri anda pada ruangan ID Type. (MyKad), pilih Identity Card – New sebagai ID Type untuk memasukkan nombor kad pengenalan
Kemudian anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan ID Number,.
Masukkan IB PIN enam digit yang anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank seperti yang dinyatakan di atas, pada ruangan IB PIN From ATM / Branch
Kemudian, klik pada link Request TAC untuk mendapatkan nombor TAC. Dalam tempoh beberapa saat sahaja anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut.
Kemudian klik pada pilihan butang Continue.
Pada ruangan Username dan Password di laman seterusnya, masukkan username dan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Pastikan anda ingat username dan password anda. Elakkan menggunakan username dan password yang complicated bagi memudahkan urusan anda akan datang.
Kemudian, anda bolehlah klik pada pilihan butang Login.
Anda perlulah membaca terma dan syarat pada butang Terms And Conditions. Kemudian, klik pada pilihan butang I Accept.
Bagi menyempurnakan proses pendaftaran akaun online banking anda perlu menjawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers
Selepas itu proses pendaftaran anda telah berjaya.
Begitulah cara-cara daftar dan login akaun dia Affin Online. Semoga perkongsian pada kali ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mendaftar!
SUMBER:
https://mypt3.com/affin-bank-online