Biskut Sarang Semut Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Biskut ini telah menjadi resepi turun-temurun sejak berzaman lagi.

Biskut ini telah menjadi resepi turun-temurun sejak berzaman lagi. Kini, ia masih menjadi fenomena dan digemari ramai terutamanya dalam acara-acara kenduri, mahupun dijadikan sebagai kuih raya.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1/8 cawan lakanto
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar susu tepung
  • Sedikit esen vanila
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 1/4 cawan tepung gandum penuh (diayak)

Cara penyediaan:

  1. Pukul mentega dan lakanto hingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Pukul adunan dan matikan pengadun (mixer).
  3. Masukkan pewarna kunging, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum penuh sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
  5. Doh boleh diparut atau dibalut dengan plastik dan disimpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
  6. Masukkan parutan doh ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai bewarna-warni.
  7. Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160°C.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Biskut Sarang Semut Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: