smoothie kurma yakult

Amboi banyaknya resepi dalam bulan Ramadan dan time nak Raya ni, rambang mata nak try yang mana. Syawal pun dah tiba nak tengok apa resepi kreatif yang boleh buat untuk saudara-mara. 

Tapi ada satu resepi minuman yang min dengar dah viral di Tiktok! Jom tengok macam-mana nak buat minuman ni. Yang best, hanya 3 bahan saja yang diperlukan! 

Ha, ni tak lain tak bukan minuman Smoothie Raya Kurma Yakult! Viral sampai dapat 12.5k like dan beratus ribu view di satu Tiktok terkenal @richard_is_cooking.

Minuman ni banyak Tiktoker yang cakap ianya baik untuk sistem penghadaman yang lebih sihat. Tetapi ramai yang tak tahu penghadaman yang sihat tu memang asas kepada aspek kesihatan yang lain. 

Anda boleh buat resepi ni bila-bila saja! Semasa sahur, buka puasa atau di hari lebaran nanti! Minuman Yakult ni best untuk minum bersama masa makan. Probiotik juga membantu penghadaman selepas itu.

Makanan atau minuman yang mengandungi probiotik memang dapat mengimbangi jumlah bakteria baik dalam usus. Terdapat banyak makanan yang mengandungi probiotik – salah satunya ialah Yakult!

@nurnisaomar

Semestinya kita nak yang terbaik untuk perut kita & sentiasa kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Bagi saya, Yakult adalah pilihan terbaik! #resepiramadan #resepisahur #smoothieraya #yakultsmoothie #fyp

♬ Suasana Di Hari Raya (Lofi) – Mothership.Sg
@nrlchyain

Love the combination yakult n kurma, soo sedap and sihat jugak ! 😍 lagi 3 jam je lagi hehehe#bukapuasa #ramadhan2022 #yakult #yakultsmoothie

♬ original sound – Raynaldo Wijaya – Raynaldo Wijaya

Kalau jiwa tu kreatif, memang macam-macam yang boleh dibuat dengan menggunakan Yakult ni. Boleh campur dengan jus buah, buat agar-agar dan sebagainya. Bayangkan kalau semua makanan Raya ni jadi sihat-sihat belaka, sesuai untuk santapan sekeluarga.

Probiotik boleh meningkatkan kesihatan usus yang menambah sel imun dan menjadikan kita lebih kebal dari segi kesihatan.

Jom try resepi Smoothie Raya Kurma Yakult dan serikan setiap hidangan di Ramadan dan Raya. Rasanya yang masam manis ni memang menyegarkan dan menjadikan semua bertambah selera!

Probiotik membantu dalam pelbagai aspek kesihatan. Ianya memang tambahan makanan yang mujarab! Tetapi semua manfaat ini bermula di dalam usus.

Yakult ni senang didapati di mana-mana! Selain daripada pasar raya dan kedai runcit, anda juga boleh order melalui HappyFresh! Untuk info lebih lanjut, sila klik di website Yakult serta HappyFresh!

Tagged: