5 Jenis Tepung Yang Lebih Sihat Daripada Tepung Gandum
Tepung gandum adalah ramuan penting dalam kebanyakan resipi roti, kek, biskut dan kebanyakan resipi bakar.

Tepung gandum adalah serbuk yang terhasil daripada pengisar gandum yang boleh digunakan untuk kegunaan manusia. Terdapat pelbagai jenis tepung gandum, yang dibezakan dengan jumlah gluten yang terdapat di dalamnya, warnanya, bahagian-bahagian gandum yang digunakan, dan jenis gandum itu sendiri.

Malah, tepung gandum adalah ramuan penting dalam kebanyakan resipi roti, kek, biskut dan kebanyakan resipi bakar.Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan bagi penggunaan tepung gandum dalam resipi bakar atau memasak.

Apabila makanan yang mengandungi tepung gandum digoreng – makanan seperti samosa, chaklis, mi, kachori dan pasta menyebabkan tubuh mendapat lebihan lemak dan karbohidrat halus.

Ini akan mengganggu kadar metabolisme badan dan menyebabkan masalah keradangan, hyperinsulinism dan ketahanan insulin, yang akhirnya mendorong kepada penyakit jantung, artritis, penyakit Alzheimer dan juga kanser.

Oleh itu, mari kita lihat beberapa pilihan tepung yang lebih sihat dan boleh anda gunakan berbanding tepung gandum itu sendiri.

1. Tepung kelapa

Tepung kelapa adalah pilihan karbohidrat rendah yang bagus bagi mereka yang sedang menjalani diet karbohidrat. Ia mempunyai kadar serat tinggi yang begitu baik untuk menstabilkan glukosa darah dan menurunkan kadar kolesterol.

Selain itu, anda juga akan mengambil sejumlah kecil lemak sihat dengan tepung kelapa, yang akan membantu mengimbangkan nutrien dengan baik dalam mana-mana resipi bakar yang anda gunakan.

Malah, ia juga merupakan pilihan bebas gluten, dan ini adalah sangat bagus buat mereka yang tidak dapat mengambil makanan berasaskan gandum.

Satu perkara yang anda mesti ingat semasa menggunakan tepung kelapa adalah ia menyerap kelembapan dengan mudah, jadi jika anda menggunakannya, anda memerlukan lebih banyak bahan cair dalam resipi bakar (atau gunakan resipi yang secara khusus menggunakan tepung kelapa).

2. Tepung oat

Makanan harian yang diperbuat daripada tepung oat pastinya paling berserat, kerana dapat menghilangkan beberapa asid hempedu yang berbahaya.

Tepung oat ini membuatkan anda berasa kenyang dengan cepat dan bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Tepung ini dikenali sebagai diuretik dan laksatif yang hebat, dan menjadikan oatmeal sebagai pilihan sarapan pagi yang sempurna.

Di samping itu, tepung jenis ini juga digunakan dalam pembuatan biskut dan roti yang sedap. Sebaiknya, simpan tepung oat bersama jenis tepung gandum lain di dalam peti sejuk untuk menjaga rasa dan tekstur tepung dengan sebaik. Sebilangan besar tepung gandum akan bertahan selama dua hingga empat bulan, jadi hanya simpan sebanyak yang anda perlukan.

3. Tepung kacang kuda

Tepung kacang kuda ini terdiri sepenuhnya dari kacang kuda mentah, yang menjadikannya unik sebagai alternatif tepung gandum. Ia secara semula jadi adalah padat, yang memberikan sifat mengikat yang anda tidak akan lihat dalam kebanyakan alternatif tepung gandum lain.

Ketumpatannya mengimbangi kekurangan gluten, yang merupakan salah satu manfaat utama menggunakan tepung gandum. Selain itu, tepung kacang kuda boleh memberi struktur makanan seperti yang anda perlukan daripada penggunaan gluten.

Lebih baik lagi, tepung ini adalah lebih berkhasiat berbanding tepung gandum kerana kaya dengan protein serta serat dan vitamin. Kandungan proteinnya juga melebihi dua kali ganda daripada tepung gandum.

4. Tepung rye (dengan gluten)

Tepung rye tidak bebas gluten, walaupun ia mengandungi kadar gluten yang kurang berbanding tepung gandum dan dapat menghasilkan rasa roti yang sangat kaya dan berwarna gelap.

Malah, tepung rye adalah berkhasiat dan mempunyai banyak kalsium, zat besi dan zink. Ia juga mempunyai kandungan vitamin B yang tinggi.

Selain itu, tepung jenis ini mengandungi fructans yang merupakan sejenis fruktosa bagi memberikan rye sedikit rasa saccharine dan juga mempunyai rantai pendek asid lemak yang memberi dorongan kepada fungsi sistem ketahanan tubuh.

Tepung ini digunakan untuk membuat blinnies, muffin, beberapa resipi scone terbaik, dan penkek. Tepung rai sememangnya mengandungi gluten, yang bermaksud bahawa ia tidak akan menjadi pilihan yang baik bagi mereka yang mempunyai penyakit celiac.

5. Tepung soya yang difermentasi

Ianya dikatakan bahawa soya yang difermentasi adalah sejenis tepung sihat berbanding soya yang tidak difermentasi.

Tepung soya yang berasal dari soya yang tidak difermentasi boleh menyebabkan gangguan pencernaan, melemahkan sistem ketahanan tubuh, alergi, masalah pembiakan untuk lelaki dan wanita, penyakit jantung, kanser, menghambat pengeluaran hormon tiroid anda, mengurangkan libido, dan sangat buruk bagi orang tua.

Produk soya difermentasi yang enak dan berkhasiat, seperti kicap, tauhu, sup miso dan miso, gochujang, dan tempe adalah sangat bermanfaat, terutama bagi wanita yang sudah menopaus. Tepung soya fermentasi juga merupakan pengganti gandum yang bagus kerana bebas gluten dan mempunyai manfaat kesihatan sebanyak dua kali ganda daripadanya.

SUMBER

https://www.thespruceeats.com/about-wheat-and-wheat-flour-3050515

https://www.hindustantimes.com/health-and-fitness/wheat-flour-bad-for-health/story-mqpGAYJuNIBztcSoC43e8N.html

https://blog.shawacademy.com/6-great-healthy-flour-options-to-use-when-baking/

https://tastessence.com/wheat-flour-substitute

Summary
5 Jenis Tepung Yang Lebih Sihat Daripada Tepung Gandum
Article Name
5 Jenis Tepung Yang Lebih Sihat Daripada Tepung Gandum
Description
Terdapat kelemahan bagi penggunaan tepung gandum dalam resipi bakar atau memasak kerana sebab tertentu. Jadi, jom lihat 5 tepung lebih sihat bagi menggantikan tepung gandum.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: