probiotik

Dulu saya tidak sedar mudahnya untuk mengalami perubahan dalam kesihatan. Hanya dengan menambah probiotik, kesihatan saya menjadi lebih baik. Ini menunjukkan betapa pentingnya probiotik untuk kesejahteraan diri yang lebih baik. Yalah, sudah lama saya baca mengenai kelebihan probiotik untuk kesihatan badan menyeluruh, tapi bila dah cuba, baru yakin dengan semua yang dibaca.

Semuanya bermula dengan penghadaman

Saya menyukai makanan ringan dan banyak memakannya. Tapi ia amat memudaratkan kesihatan saya. Daripada banyak makan kerepek-kerepek, saya pun nak balance balik dengan probiotik. Kalau tidak, nanti saya risau akan mengalami masalah penghadaman atau sindrom irritable bowel. 

Saya pun mula mengambil lebih banyak probiotik dalam makanan saya. Dalam beberapa minggu, perut saya berasa lebih sihat dan kini saya berasa sangat selesa sepanjang hari.

Ia amat berkesan untuk masalah sembelit serta gastrik, jadi saya mengesyorkan semua orang mencubanya untuk pencernaan yang lebih baik. Probiotik memang berkesan untuk menjauhi hampir semua masalah pencernaan!

Hindari masalah mulut berbau 

Semasa berpuasa sepanjang hari, bila tidak mendapat air yang secukupnya, adalah amat tidak menyenangkan, terutama pada waktu petang, apabila mulut mula berbau. 

Probiotik ni dapat membantu mengurangkan masalah ini. Bila saya menambah probiotik dalam diet saya pada waktu sahur, bau mulut masih lagi normal walaupun sudah menjelang waktu senja. 

Hentikan pelbagai jenis keradangan 

Saya juga percaya bahawa keradangan akan berkurangan apabila kita mengambil probiotik. Sahabat saya sangat gemar memakan kuih raya dan banyak memakan kuih raya bila berkunjung ke rumah saudara-maranya. 

Malangnya, kerana memakan semua kuih raya buatan tangan yang sedap itu, ianya mengakibatkan dia mempunyai ulser mulut. Jadi saya sajalah cadangkan supaya dia menambah probiotik di dalam dietnya.

Walaupun ragu-ragu pada mulanya, namun dia tetap mencuba, dan selepas seminggu, saya terima berita gembiranya. Sahabat saya boleh memakan semula kuih raya kegemarannya tanpa risau.

Saya sangat gembira kerana hasil perkongsian saya mengenai probiotik telah membantu masalah ulser mulutnya.

Imuniti lebih kuat

Anak saudara saya pernah mengalami selsema dan batuk, dan kini kedua penyakit tersebut semakin berkurangan. 

Ibunya mengambil inisiatif dengan memasukkan lebih banyak probiotik ke dalam pemakanan hariannya, menjadikan sistem imunnya menjadi lebih kuat. Kini, anak buah saya jarang sekali jatuh sakit.

Beberapa probiotik telah dibuktikan boleh menggalakkan pengeluaran antibodi semula jadi dalam badan. Ianya juga boleh meningkatkan sel imun dan menjadikan kita lebih kebal dari segi kesihatan. Manfaat ini amat penting terutama pada masa ini, sistem imun kita menghadapi ancaman berterusan untuk melawan coronavirus.

Meningkatkan mood saya

Saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman yang berkaitan dengan penyakit mental, tetapi saya pernah terjumpa banyak bahan bacaan tentang kaitan antara otak dan usus. 

Apa yang lebih menarik, saya mendapati diri saya berasa lebih positif dan lebih tenang secara amnya selepas mengambil lebih banyak probiotik dalam diet saya. 

Setiap kali ada masalah, saya tidak merasa begitu tertekan berbanding sebelum ini. Perubahan selepas memakan probiotik pastinya mempunyai kaitan dengan pengurangan tekanan dan kegelisahan.

Ini kerana bakteria baik dalam perut lah yang menggalakan penghasilan serotonin dan membuatkan seseorang berasa lebih tenang dan gembira.

Probiotik : Usus mantap, badan sihat

Ini hanyalah sebahagian daripada pengalaman dan pemerhatian saya. Jomlah kongsi pengalaman anda bersama saya.

Probiotik membantu dalam pelbagai aspek kesihatan. Ianya memang tambahan makanan yang mujarab! Tetapi semua manfaat ini bermula di dalam usus.

Semasa memilih cara menambahkan probiotik, saya fokus kepada mikroorganisma yang betul dan perinciannya untuk menangani masalah kesihatan saya. Tambahan pula, saya juga memastikan produk yang dipilih telah menjalani ujian-ujian yang sepatutnya. Makanan seperti kimchi atau natto mempunyai probiotik juga. Saya juga suka minum Yakult, kerana terdapat probiotik berkualiti yang lengkap dan ia sedap diminum!

Kalau anda tidak tahu produk probiotik yang mana lebih sesuai, doktor atau pakar pemakanan boleh bantu mencadangkan cara mana yang terbaik mengikut keperluan kesihatan anda. 

Di sini saya ucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022! Jagalah kesihatan secara menyeluruh dengan menjaga usus anda menggunakan probiotik! 

Penafian: Semua konten adalah pengalaman saya, dan mungkin akan berlainan mengikut individu.  

Sumber:

https://nutriweb.org.my/probiotics/3-4.html

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3813825/

Tagged: