Pengenalan
Bengkak air seringkali berlaku buat sementara waktu dan ia mudah dirawat, namun ia boleh menjadi petanda yang lebih serius. Tubuh manusia terdiri daripada 60% air. Air sangat penting dalam membantu badan untuk berfungsi dengan betul dan memainkan peranan melarutkan nutrien dan menyingkirkan sisa. Namun begitu, apabila badan gagal menghilangkan air berlebihan, keadaan inilah yang digelar sebagai bengkak air.
Jika anda mengalami bengkak air yang berlangsung selama lebih dari seminggu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda untuk menentukan penyebab pengekalan cecair dan mengenalpasti sebarang keadaan kesihatan yang berkemungkinan.
Bengkak air terjadi apabila terdapat cecair yang berlebihan dalam tisu badan sehingga menyebabkan tubuh badan anda membengkak, terutamanya pada bahagian kaki.
Penerangan
Simptom bengkak air termasuklah:
- Kembung, terutamanya di bahagian abdomen
- Kaki dan pergelangan kaki bengkak
- Bengkak pada abdomen, muka, dan pinggul
- Sendi menjadi keras
- Kenaikan berat badan secara mendadak
- Lekuk pada kulit, sama seperti yang anda lihat pada jari tangan selepas mandi atau mandi dalam masa yang lama
Beberapa faktor yang boleh menyebabkan bengkak air, termasuklah:
- Berada dalam kapal terbang: Perubahan tekanan dalam kabin atau duduk dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan tubuh anda mengekalkan air.
- Berdiri atau duduk terlalu lama: Graviti akan menarik dan mengumpul darah di bahagian bawah kaki anda. Adalah penting untuk anda bangun dan bergerak untuk memastikan darah sentiasa beredar dengan betul. Jika kerja anda memerlukan anda berada dalam keadaan tidak aktif, carilah masa untuk bangun dan berjalan-jalan.
– Perubahan kitaran haid dan hormon tidak stabil
- Makan terlalu banyak sodium: Anda boleh mengambil terlalu banyak sodium daripada garam tambahan atau makan makanan yang diproses dan minum minuman ringan.
- Ubat-ubatan: Beberapa ubat mempunyai kesan sampingan bengkak air. Ini termasuklah:
- Rawatan kemoterapi
- Ubat tahan sakit yang dibeli di kaunter
- Ubat tekanan darah
- Antidepresan
- Jantung yang lemah: Jantung yang lemah dan tidak dapat mengepam darah dengan baik boleh menyebabkan tubuh anda menyimpan air.
- Trombosis vena dalam (DVT – Deep Vein Trhombosis): Simptom kaki bengkak kaki boleh disebabkan oleh DVT, iaitu darah beku dalam urat.
- Kehamilan: Peralihan berat semasa mengandung boleh menyebabkan kaki mengekalkan air jika anda tidak bergerak dengan kerap.
Bila perlu menghubungi doktor
Dalam sesetengah kes, pembengkakan memerlukan bantuan kecemasan segera. Hubungi doktor atau pergi ke pusat kecemasan secepat mungkin jika anda mengalami simptom bengkak air. Namun begitu, jika pembengkakan yang dialami adalah simptom bagi keadaan perubatan merawatnya boleh membantu melegakan keadaan anda.
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Jika anda bertemu dengan doktor, beliau mungkin akan memeriksa keadaan fizikal anda mengesyorkan anda untuk:
- Mencuba diet rendah sodium/garam
- Mengambil ubat-ubatan
- Mengangkat/meningkatkan posisi kaki
- Memakai sarung kaki mampatan
Rawatan
Kebanyakan kes bengkak air boleh diselesaikan tanpa rawatan.
Namun, sekiranya terdapat keadaan tertentu yang menyebabkannya, doktor akan memberi tumpuan kepada rawatan yang sesuai.
Diuretik adalah salah satu pilihan rawatan bengkak air (Edema). Ia boleh membantu buah pinggang mengeluarkan cecair dari dalam badan. Kebiasannya, cara ini merupakan pilihan buat jangka pendek kerana jika digunakan secara berterusan, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti dehidrasi, peningkatan pengekalan cecair, dan kerosakan buah pinggang.
SUMBER
https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/weight/how-recognize-reduce-water-retention-edema/