Now Reading
6 Koleksi Resepi Minum Petang Viral

6 Koleksi Resepi Minum Petang Viral

minum petang

6 Koleksi Resepi Minum Petang Viral yang perlu anda ambil tahu. Secara ringkasnya, ia adalah jamuan minuman panas dan kuih-muih tradisional disajikan antara awal atau lewat petang hari, biasanya pada pukul 4 -6 petang.

Minum petang teh susu panas

Resepi teh panas:

  • 1 jag air panas (1 liter)
  • 2 1/2  sudu makan bayu serbuk teh premium
  • 1/2  tin susu krimer

Cara penyediaan:

  1. Masak air dalam pemanas.
  2. Tuang air ke dalam jag air
  3. Bancuh serbuk teh dan kacau-kacau sehingga sebati
  4. Kemudian tuang susu krimer dan kacau sehingga larut
  5. Siap di hidang.

Resepi Minum Petang Kuih Seri Muka

Pasti lembut  dan gebu begitu, boleh dapat dua talam kalau ikut resepi di bawah:

Bahan-bahan lapisan bawah (pulut):

  • 2 cawan pulut (pastikan rendam minimum selama 30 minit )
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam halus

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan di atas, kemudian kukus selama 30 minit.
  2. Selepas kukus, keluarkan dan letakkan pulut di loyang baru.
  3. Sebelum tu, sapu minyak pada loyang dan lapik loyang dengan plastik. Cara ini untuk memudahkan proses pemotongan nanti.
  4. Seterusnya, sebatikan dahulu pulut tadi kemudian baru di mampatkan agar ia terletak padat dan penuh.

Bahan lapisan atas (gula merah),

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan
  • 3 butir telur ayam
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1 cawan gula merah

Kacau semua bahan di atas dengan api kecil selama 4 minit. Tutup api bila adunan tadi berkilat dan likat. Perlu diingatkan sentiasa kacau untuk elak daripada adunan berketul.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan dan didihkan air dalam pengukus.
  2. Tuangkan lapisan (gula merah) ke dalam loyang / bekas berisi lapisan bawah (pulut) tadi.
  3. Balut tudung pengukus dengan kain/tuala  dan kukus selama 30 minit.
  4. Buka tudung periuk dan biarkan terbuka selama 5 minit untuk mengeringkan lapisan atas gula merah.
  5. Akhir sekali tutup api. Biarkan sejuk sementara baru boleh potong, pastikan basahkan pisau dengan air dahulu. Baru potongan nampak lebih kemas dan tidak melekat.

Resepi Donut

Resepi 25 biji donut lembut gebu.

minum petang

Bahan 1:

  • 11g yis mauripan
  • 2 sudu besar gula
  • 200 ml Air suam
  • Kacau & Peram dalam 20 min bagi buih betul2 ala teh tarik begitu.

Bahan 2:

  • 500g tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 sudu besar susu krimer
  • 1 biji telur (kacau sampai berbuih)

Kacau kesemua bahan 2.

  1. Selepas 20 minit fermentasi bahan 1 boleh la masuk ke dalam bahan 2.
  2. Uli campuran adunan tadi sampai bahan-bahan tadi tak melekat ditangan.
  3. Biarkan mereka membesar dengan jaya(2x ganda) dalam 30 min mcm tu. Selepas tu boleh la goreng.

Bahan taburan:

  • Gula aising
  • Tepung susu

Cucur jagung

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • 2 tongkol jagung (perlu di hiris-dihiris macam nak buat bubur)
  • 2 ulas bawang merah kecil/ 1 ulas bawang merah besar (hiris nipis-nipis)
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kucai
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit ajinomoto
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 butir telur

Cara penyediaan:

  1. Campur kesemua bahan di atas. Kacau dan aduk bagi sebati.
  2. Panaskan minyak atas api sederhana.
  3. Apabila minyak sudah panas, gunakan sudu makan untuk letak adunan tadi sedikit demi sedikit .
  4. Goreng sehingga bertukar warna keemasan.
  5. Siap boleh di makan begitu atau di makan bersama sos .

Resepi Cucur udang

minum petang

Bahan utama:

  • 1 kg udang putih (buang ekor dan kepala)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan perencah :

  • 6 ekor udang*
  • Garam*
  • Serbuk kunyit*
  • 5 ulas bawang merah kecil

Bahan-bahan perencah * di atas perlu di goreng sehingga warna keemasan. Kemudian, tumbuk udang bersama bawang merah sehingga lumat.

Bahan adunan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kucai
  • 1 sudu kecil ajinomoto
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Air

*bergantung kelikatan bahan bancuhan tepung. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

*Senduk besi perlu dibalut tangkainya dengan tuala untuk memudahkan proses menggoreng cucur dengan elok. Jangan lupa rendam senduk tadi dalam minyak panas. Lakukan berulang kali ketika memasukkan tepung.

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula bancuh goreng bahan perencah dan lumatkan bersama bawang merah
  2. Kemudian, satukan bahan adunan dengan bahan perencah.
  3. Rehatkan campuran adunan tadi selama 30 minit.
  4. Apabila minyak sudah panas, letak bancuhan tadi ke dalam senduk yang sudah direndam dalam minyak panas. Kemudian, letak udang di atas bancuhan tadi.
  5. Selesai masak boleh lah dihidang dengan sos pencicah.

Resepi Kuih Melaka

Bahan-bahan kulit:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 penutup kecil pewarna hijau
  • 1/3 cawan air
  • Secubit garam

Inti:

  • Gula merah

Bahan gaul lapisan luar:

  • Kelapa parut muda
  • Secubit garam
minum petang

Cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung pulut dan secubit garam. Gaul rata
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut
  3. Ambil doh sebesar jari dan gentel ia supaya menjadi bulat.
  4. Masukkan inti dalam doh yang sudah di bulatkan.
  5. Panaskan air dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, doh tadi boleh dimasukkan satu per satu sehingga habis.
  6. Setelah buah melaka timbul maka kaup dengan senduk penapis dan gaul terus dengan kelapa parut.
  7. Lakukan berulang kali sehingga habis kemudian boleh la dihidangkan.

Kesimpulannya, selamat mencuba dengan 6 koleksi Resepi minum petang viral. Menu petang yang sedap akan sentiasa diingati.

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Minum_petang

https://shopee.com.my/Bayu-Premium-Teh-Powder-for-Malaysian-TEH-TARIK-1Kg-per-bag–Pull-Tea–i.302445099.6051248528?Gclid=Cj0KCQjwraqHBhDsARIsAKuGZeGJzolkwVFT_oio8vnmdjolomsy6g1hkotvs9lqrgl44__h93ynbogaavl3ealw_wcb

error: Content is protected !!