smoothie carrot orange

Sejak berabad-abad yang lalu, setiap wanita ingin mempunyai bentuk badan yang ideal. Badan yang ideal bukan hanya sedap dipandang, badan yang ideal juga akan menjadikan Anda lebih sihat kerana jauh dari kegemukan atau obesitas.

Sekarang, untuk memiliki berat badan yang ideal ini, banyak orang mencuba pelbagai cara mulai dari diet, pembedahan plastik, hingga mengambil pelbagai ubat pelangsing.

Bagi Anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan, pengambilan jus lobak merah secara berkala boleh menjadi pilihan alternatif Anda.

Kerana lobak merah mempunyai sedikit kalori, dan dapat memberikan sensasi mengenyangkan. Oleh itu, Anda disyorkan untuk menggantikan lobak merah sebagai sayur semasa makan, dan menjadikannya jus untuk diet.

Buah oren pula kaya dengan serat, vitamin c dan antioxidan yang bermanfaat kepada kesihatan anda.

Dengan menggunakan dua bahan ini dalam resepi smoothie ini, anda akan dapat menikmati manfaat-manfaatnya.

Bahan yang anda perlukan ialah:

  • 2 batang lobak merah
  • 2 biji oren (saiz sederhana)
  • 1/2 gelas susu
  • Ais batu secukup rasa

Proses penyediaan:

  1. Gosok lobak dan potong kupas kulit buah oren.
  2. Masukkan oren, carrot dan susu ke dalam blender dan kisarkan sampai licin.
  3. Jika perlu tambahkan pemanis sama ada air gula, madu atau sirap epal mengikut pilihan anda.
  4. Akhir sekali campurkan beberapa ketul ais bersaiz kecil. 

Kenwood Blend Xtract Sport Smoothie Maker

RM168.00


Bagi sesiapa yang gemar menjus buah-buahan dan sayur-sayuran segar, menggabungkan minuman yoghurt mereka sendiri, atau membuat koktel buah segar, pembuat smoothie dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin ini . Dengan pembuat smoothie yang direka khas, anda dapat dengan cepat menyediakan buah-buahan, yogurt dan bahan-bahan campuran yang lazat untuk makanan keluarga, pada bila-bila masa sepanjang hari.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90


Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/foods/oranges#fruit-vs-oj

https://www.healthline.com/nutrition/foods/carrots

Summary
recipe image
Recipe Name
Smoothie Carrot Oren Berzat Yang Sedap
Author Name
Published On
Tagged: