resepi

Resepi telur pun sangat menarik untuk dicuba tau. Takkanlah sampai ke sudah kita nak makan telur rebus sahaja untuk sarapan pagi. Pada kali ini, penulis ingin kongsikan tiga resepi telur ala-ala barat yang semestinya akan memberikan kelainan di meja makan anda pada waktu pagi.

Semestinya perkara ini akan menaikkan semangat kita pada pagi hari sebelum meneruskan rutin seharian. Ahli-ahli keluarga kita juga pasti akan semakin bersemangat apabila anda menyediakan sarapan pagi yang menarik stail Eropah yang lain dari lain ini.

Jom kita tengok tiga resepi mudah yang berasaskan telur yang kami ingin kongsikan pada kali ini.

Resepi Telur Benedict

Bahan-bahan utama:

  1. 8 kepingan turkey bacon
  2. 4 telur besar
  3. 2 sudu teh cuka
  4. 2 ketul English Muffin
  5. Mentega
  6. 2 sudu besar potongan daun parsley untuk kemasan

Bahan-bahan Sos Hollandaise

  1. 10 sudu besar unsalted butter (boleh menggunakan salted butter tapi abaikan garam tambahan)
  2. 3 kuning telur besar
  3. 1 sudu besar jus buah lemon
  4. Setengah sudu besar garam kosher
  5. Sos Tabasco

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kepingan turkey bacon tadi sehingga garing dan masak Goreng dalam masa sekurang-kurangnya 10 minit tetapi jangan sampai hangus. Pindahkan ke pinggan yang lain yang ada tisu untuk menyerap serapan lemak dan minyak untuk seketika.
  2. Kemudian, bawakan periuk yang berisi dua pertiga dengan air untuk di didihkan. Tambah cuka ke dalam periuk tersebut dan pnaskan sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, kecilkan api memasak sehingga air mendidih tersebut sentiasa panas.
  3. Untuk penyediaan sos Hollandaise, cairkan unsalted butter di atas kuali panas. Masukkan kuning telur, jus lemon dan garam ke dalam pengisar. Kisar dengan kelajuan sederhana untuk 20 saat sehingga 30 saat. Kisar sehingga warna kuning telur menjadi sedikit cair atau pudar. Kemudian, turunkan kelajuan pengisar dan secara perlahan, masukkan mentega yang dah cair tadi ke dalam pengisar. Pindahkan ke dalam bekas yang lain di tempat yang suam seperti bersebelahan dapur yang panas.
  4. Kemudian pecahkan telur satu demi satu ke dalam mangkuk yang berbeza dan jatuhkan secara perlahan-lahan ke dalam air panas yang mendidih yang dipanaskan dengan api kecil tadi. Biarkan telur tersebut masak secara perlahan-lahan. Keluarkan telur satu demi satu apabila telur sudah masak tapi tidak terlalu keras.
  5. Bakar English Muffin menggunakan mesin toaster.
  6. Untuk hidangan, saupukan mentega di permukaan English Muffin yang sudah siap dibakar. Kemudian letakkan di atas pinggan. Letak kepingan turkey bacon di atas English Muffin dan kemudiannya letakkan telur yang sudah masak tadi. Taburkan daun parsley untuk hiasan.

Resepi Telur Scramble

Bahan-bahan utama:

  1. 4 telur besar
  2. 1 sudu besar whole milk
  3. Keju yang sudah dicarik kecil
  4. Minyak zaitun atau mentega

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan periuk atau pan untuk memasak.
  2. Sementara menunggu periuk dipanaskan. Sediakan telur di dalam satu bekas. Pecahkan telur satu demi satu ke dalam satu bekas yang sama. Pukul menggunakan garfu atau pemukul selama 30 saat sehingga 60 saat sehingga sebati. Masukkan juga susu dan sedikit perasa.
  3. Masukkan mentega atau minyak zaitun ke dalam pan yang sudah panas.
  4. Tuang adunan telur tadi ke dalam pan beserta mentega yang sudah panas. Pastikan api memasak tidak terlalu besar kerana kita hendak meastikan telur dimasak secara perlahan-lahan.
  5. Apabila telur telah mula memasak, gunakan spatula untuk menghancurkan adunan telur tadi. Apbila telur betul-betul sudah hampir masak, masukkan carikan keju ke dalam adunan.
  6. Sentiasa gerakkan telur yang dah dihancurkkan di dalam pan tadi sehingga semua adunan telur yang cari masak.
  7. Apabila semua adunan telur dah masak tetapi masih berair, tutup api memasak dan panaskan sahaja mengguna lebihan suhu tadi.

Telur Omelette

Bahan-bahan utama:

  1. 2 telur besar
  2. 2 sudu besar air
  3. Garam secukup rasa
  4. Lada hitam secukup rasa
  5. Potongan daun parsley
  6. Potongan daun bawang
  7. Potongan bawang besar
  8. Potongan lada besar hijau

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur, air, garam dan lada hitam dalam satu bekas yang sama
  2. Panaskan kuali (pan) bersama satu lapisan minyak yang nipis.
  3. Apabila minyak sudah panas, masukkan hasil adunan telur tadi perlahan-lahan ke dalam kuali tadi.
  4. Menggunakan spatula, pastikan permukaan pan tersebut di tutupi dengan telur tersebut semasa telur tersebut masih cair lagi.
  5. Biarkan untuk seketika sehingga adunan telur tersebut mula masak.
  6. Taburkan semua potongan daun parsley, daun bawang, bawang besar dan lada besar hijau ke atas permukaan telur yang masih digoreng tadi
  7. Tunggu sehingga telur tersebut betul-betul masak dan angkat ke atas pinggan.
  8. Sekarang telur ommelete anda sedia untuk dihidang dan untuk dimakan.

Semoga ketiga-tiga resepi mudah berasaskan telur ini dapat memberikan kelainan di meja makan anda. Bila lagi kan nak merasa sarapan pagi ala-ala barat. Mesti ahli keluarga anda seronok apabila anda buat kejutan memasak makanan barat untuk hidangan pagi mereka. Kami ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera kepada anda semua!

Sumber:

https://www.simplyrecipes.com/recipes/eggs_benedict

https://toriavey.com/how-to/how-to-make-scrambled-eggs

https://www.eggs.ca/recipes/basic-omelette

Tagged: