Ayam Masak Kurma

Kita sering lihat, ayam masak kurma selalunya dimasak dengan tumisan rempah kisar, santan kelapa atau kelapa parut. Namun, untuk menjadikannya lebih senang, campuran rempah kurma boleh dibeli di kedai runcit berdekatan dengan rumah anda.

Kali ini, kami akan mengongsikan resepi ayam masak kurma yang berbeza daripada resepi biasa. Menjadi kelainan apabila masak kurma ini tidak menggunakan santan langsung, namun rasa dan penampilan tetap sama dengan resepi biasa yang lain. Tidak menggunakan santan menjadikan masakan anda lebih sihat kerana kurangnya kandungan lemak dalam masakan.

RESEPI AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dimayang hancur
  • Ubi kentang
  • Cili padi, ikut selera mahu letak atau tidak
  • Lada hitam tumbuk
  • Halia tumbuk, letakkan lebih untuk pekatkan kuah
  • Daun kari
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • 1 senduk rempah kurma babas

Cara-cara:

  1. Gaulkan ketulan ayam dengan garam dan kunyit hingga sebati, goreng dan asingkan
  2. Tumis daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
  3. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul hingga pecah bau
  4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul dan masukkan ubi kentang
  6. Masukkan rempah kurma babas, dan kacau hingga sebati
  7. Masukkan pula halia

Sumber imej: Facebook

  • Masukkan air, kiub pati ayam dan serbuk perasa, tunggu sehingga kuah menjadi pekat

RESIPI MENARIK LAIN

Kami juga menulis resepi menarik yang lain selain daripada air katira. Jemputlah baca dan cuba. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman web kami, jangan lupa klik butang suka dan kongsi resepi ini!

Sumber:

https://bidadari.my

Sumber imej: Facebook

Tagged: