Now Reading
Resepi Creampuff Gebu Dengan Inti Kastard Yang Lemak Berkrim

Resepi Creampuff Gebu Dengan Inti Kastard Yang Lemak Berkrim

resepi creampuff

Anda teringin makan creampuff? Tapi mesti anda ingat creampuff ini macam susah untuk dibuat kan? Tapi sebenarnya senang sahaja. Asalkan kita tahu teknik yang betul, mesti menjadi punya. Tak perlu susah susah membeli lagi sekiranya kita mengidam. Kita boleh buat sendiri je tau.

Walaupun sedikit leceh dalam proses pembuatannya, akan tetapi hasilnya sangat memuaskan hati. Selain daripada itu, kanak kanak juga sangat suka akan hidangan yang manis ini. Ia sesuai dibuat sebagai pencuci mulut atau hidangan minum petang. Jika anda ingin berniaga pun boleh sebab creampuff merupakan kegemaran ramai tak kiralah peringkat umur.

Oleh itu, disini saya akan konsgikan resepi creampuff dengan inti kastard yang lemak berkrim dan sedap.

Bahan-bahan creampuff:

  • 200gram mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 300ml air
  • 200gram tepung gandum
  • 5 biji telur

Bahan bahan kastard:

  • 3 biji telur
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar atau susu cair
  • 1 cawan whipping cream

Cara cara membuat creampuff

  1. Mulakan dengan masukkan mentega, gula pasir, esen vanilla dan garam halus di dalam air yang mendidih.
  2. Kacau sehingga adunan cair.
  3. Kemudian, baru masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
  4. Apabila sudah sebati, tutup api dan sejukkan adunan tersebut.
  5. Selepas itu, masukkan telur ke dalam adunan.
  6. Gunakan mixer dan putar adunan sehingga rata dan sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm.
  8. Pipe adunan ke atas dulang. Tipsnya ialah tekan bahagian tanduk supaya napak cantik.
  9. Kemudiam, spray permukaan cream puff dengan air.
  10. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 20 minit.
  11. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25 minit.
  12.  Biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  13. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

Cara cara membuat krim kastard

  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, esen vanilla dan gula ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan susu.
  3. Kacau sehingga rata. Pastikan ia tidak berketul ketul.
  4. Masukkan pula telur dan kacau lagi.
  5. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau lagi.
  6. Masak campuran ini di atas dapur dengan api yang sederhana.
  7. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan krim kastard yang licin.

Selamat mencuba! Pastikan anda mengikut cara cara yang diberikan untuk mendapatkan creampuff yang terbaik.

Sumber:

http://yatiememories.blogspot.com/2014/01/cream-puff-with-custard-filling.html

See Also
Coke

https://www.aziekitchen.com/2018/12/cream-puff-yang-sedap-dari-juita.html

https://saji.my/resepi-cream-puff/

https://jzbakery.com/?product=cream-puff

error: Content is protected !!