Resepi Corndog

Resepi Corndog ini sangat mudah dan boleh dihidangkan dalam masa yang singkat. Campurkan adunan tepung jagung, celupkan hot dog, dan goreng selama beberapa minit sehingga perang keemasan, ini merupakan antara 3 langkah utama dalam resipi Corndog. Corndog adalah makanan yang senang dibuat di rumah bersama keluarga!

Sekiranya anda tidak pernah membuat Corndog sendiri sebelum ini, anda pasti akan terkejut dengan betapa senang dan enaknya resipi ini. Adunan Corndog mengambil masa kurang dari 5 minit untuk dicampur bersama, dan kemudian anda hanya perlu mencelupkan beberapa hot dog ke dalam adunan dan goreng selama beberapa minit hingga keemasan.

Bolehkah saya membekukan lebihan Corndog?

Ya, biarkan sejuk sepenuhnya dan simpan dalam beg kedap udara atau bekas sehingga dua bulan.

Cara memanaskan semula corndog: Bakar dalam oven 300F untuk memanaskan semula, kira-kira 15 minit dari keadaan beku, atau 10 minit jika Corndog telah dicairkan.

Resipi ini menghasilkan 16 hidangan Corndog.

Bahan-Bahan: –

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 1/2 sudu teh garam
  • ⅛ sudu teh lada hitam
  • 1/2 cawan gula putih
  • 4 sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu
  • Minyak sayuran 1 liter untuk menggoreng
  • 2 bungkusan sosej daging lembu
  • 16 lidi kayu

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Satukan tepung jagung, tepung, garam, lada, gula dan serbuk penaik dalam mangkuk. Kacaukan telur dan susu dalam mangkuk yang berlainan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dalam api sederhana. Masukkan lidi kayu ke frankfurters. Celup frankfurters dalam adunan hingga dilapisi dengan baik.
  3. Goreng 2 atau 3 Corndog pada satu masa sehingga keperangan, kira-kira 3 minit. Guna tuala kertas untuk kurangkan minyak hasil gorengan sebentar tadi

Corndog juga makanan viral yang digemari oleh golongan muda zaman ini.

Oleh itu, resepi ini juga boleh digunakan untuk berniaga. Sementara permintaan tengah tinggi ini, elok la kita manfaatkannya. Tak gitu?

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.allrecipes.com/recipe/35149/corn-dogs/

https://www.fifteenspatulas.com/homemade-corn-dogs/

Summary
Resepi Corndog Ringkas, Sesiapa Pun Boleh Buat
Article Name
Resepi Corndog Ringkas, Sesiapa Pun Boleh Buat
Description
Resepi Corndog ini sangat mudah dan boleh dihidangkan dalam masa yang singkat. Campurkan adunan tepung jagung, celupkan hot dog, dan goreng selama beberapa minit sehingga perang keemasan, ini merupakan antara 3 langkah utama dalam resipi Corndog. Corndog adalah makanan yang senang dibuat di rumah bersama keluarga!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: