Now Reading
Resepi Ayam Bakar Yang Juicy Hanya Dengan Menggunakan Air Fryer

Resepi Ayam Bakar Yang Juicy Hanya Dengan Menggunakan Air Fryer

Sedang mencari resepi ayam bakar yang sesuai dengan tekak anda? Resepi yang anda jumpa tak juicy dan tak sama seperti di Nandos Chicken mahupun Kenny Rogers? Jangan risau, anda boleh ikuti resepi kami yang pasti tidak akan mengecewakan.

Sedap kan ayam bakar? Tapi anda tak boleh menikmatinya sebab anda sedang berdiet. Jangan risau, walaupun anda sedang berdiet, anda boleh menikmati ayam bakar yang juicy tanpa perlu risau akan minyak kerana kami akan memberikan anda resepi ayam bakar menggunakan air fryer. Dengan membakar ayam di dalam air fryer, anda tidak perlu menggunakan minyak langsung.

Namun, pasti anda tertanya tanya. Sedap ke bakar ayam dalam air fryer? Mesti anda ingat disebabkan tak menggunakan minyak langsung, pasti rasanya tidak sama seperti bakar di dalam kuali non-stick kan? Anda silap. Walaupun air fryer tidak menggunakan minyak, tapi rasa ayamnya tetap enak. Bukan sahaja enak malah menyihatkan pula tu.

Bahan perapan ayam bakar:

Bahan perapan ini perlu disesuaikan mengikut kuantiti ayam anda dan juga citarasa anda.

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Madu
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Perahan lemon
  • Garam

Cara penyediaan ayam bakar:

  1. Bersihkan ayam sehingga benar benar bersih.
  2. Kisar bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  3. Masukkan semua bahan perapan tadi ke dalam mangkuk yang berisi ayam.
  4. Gaul bahan bahan sehingga rata dan sebati.
  5. Perap ayam selama 1 malam. Lagi lama, lagi sedap.
  6. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi ke dalam air fryer.
  7. Bakar selama selama 20 minit pada suhu 170.

Jadi bagaimana? Mudah bukan? Bukan sahaja sihat malah sangat mudah dan senang dibuat jika anda membakar ayam anda menggunakan air fryer. Tapi, jika anda tidak mempunyai air fryer, jangan risau. Anda masih boleh mengikuti resepi ini dan bakar ayam anda menggunakan oven atau kuali non-stick. Rasanya tetap sama, tetap juicy dan lazat! Selamat mencuba!

Sumber:

See Also

https://www.modernhoney.com/the-best-chicken-marinade-recipe/

https://www.rasa.my/cara-buat-perapan-ayam-bbq-yang-pedas-manis-juicy/

http://www.hungryforgoodies.com/2019/04/ingredients-1-yellow-bell-pepper-diced.html

error: Content is protected !!