Now Reading
Resepi Asam Rebus 2 Versi Utara & Selatan

Resepi Asam Rebus 2 Versi Utara & Selatan

resepi asam rebus

Terasa nak makan asam rebus lah kan? Jom kami kongsikan kepada anda resepi asam rebus 2 versi dari utara dan selatan. Yuk belajar masak!

Berbeza sebenarnya ya asam rebus utara dan selatan ni. Asam rebus utara juga dikenal sebagai asam pedas dengan kuah yang cair. Manakala asam rebus selatan kuahnya pekat. Itulah perbezaannya. Tapi masih ramai lagi yang tertukar.

Cara penyediaannya pun sedikit berbeza ya. Asam pedas stail utara bahan nya direbus, cair macam kuah sup dan tidak berminyak. Asam pedas stail selatan pula kuahnya berminyak kerana bahan-bahan nya ditumis dan warnanya juga sedikit merah macam kuah sambal.

Jadi selepas dah tahu perbezaan kedua ni, tak perlu lah kan kita nak mempertikai cara seseorang tu masak salah atau sebagainya, sebab sudah tentu tiap orang ada caranya tersendiri. Tiada yang salah pun dalam masakan ni. Kena saling menghormati ya.

Jadi dah tahu kan perbezaan antara asam rebus utara dan asam rebus selatan? Ha, jadi lepas ni jangan pening-pening lagi ya. Entri kali ini, kami datangkan untuk anda 2 resepi asam rebus yang mudah lagi menyelerakan ni.

Anda boleh mencuba dirumah 2 resepi asam rebus yang kami kongsikan dibawah ini. Mudah sangat cara masakan pun. Jadi, ambil peluang ni tunjukkan bakat memasak anda tu ya. Memasak pun boleh jadi 1 terapi juga tau!

Dah bersedia ke nak belajar resepi asam rebus? Jom, Ikut saja langkah-langkah dibawah ya. Kita sama-sama belajar resepi asam rebus stail utara ni. Mesti padu punya rasa ni.

Resepi pertama : Asam rebus stail Utara

Resepi asam rebus atau asam pedas ni boleh dikatakan sebagai salah satu makanan yang sihat juga lah. Sesuai juga untuk yang tengah nak berdiet tu sebab cara nak asam rebus ni langsung tidak menggunakan minyak. Hanya rebus semata.

Ha, dah sedia ya? Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3-5 keping ikan tenggiri atau terpulang apa sahaja jenis ikan yang anda mahukan
  • 5-7 tangkai cili kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 4-5 ulas bawang merah
  • Sedikit daun kesum
  • Sedikit belacan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2-3 keping asam keping/asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (terpulang nak letakkan atau tidak)
  • 3-4 gelas air
  • 2-3 potong nenas
  • 5 biji bendi

Cara-cara penyediaannya:

  • Kisarkan terlebih dahulu bahan-bahan ini: cili kering, bawang putih, bawang merah, belacan dan kunyit sehingga lumat (hancur)
  • Kemudian, masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan yang dikisar tadi. Juga masukkan sekali daun kesum, bunga kantan yang telah siap dibelah dua, dan asam keping
  • Setelah itu kacau sebati semua bahan tadi dan tunggu sehingga air sudah mendidih
  • Bila air tadi sudah mendidih, masukkan bahan utama kita iaitu ikan tenggiri bersama dengan nenas dan juga bendi. Nenas dimasukkan untuk bagi ada sedikit rasa masam.
  • Akhir sekali, masukkan garam sekali dengan perasa dan kacau kan ia sekali lalu.
  • Dah boleh tutup api. Dah pun siap, boleh terus hidang makan ni!

Tips: Sekiranya bahan-bahan diperlukan tiada atau sudah kehabisan anda boleh:

  • Anda boleh menggantikan nenas dengan betik muda
  • Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi nak rasa lagi sedap kenalah guna kunyit hidup
  • Jika suka boleh tambahkan sedikit perasa pilihan anda

Amacam, mudah saja kan cara nak masak asam rebus versi utara ni? Kalau dah jemu makan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak ni. Boleh lah cuba asam rebus stail utara ni. Mudah dan menjimatkan masa!

Jom kita ke resepi kedua, kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resepi kedua: Asam rebus stail selatan

Kalau mahukan kuah yang pekat, cukup masam dan pedasnya inilah dia asam pedas versi selatan. Nak buat betul-betul kaw kena ada caranya juga tau. Jom belajar teknik yang betul.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cm kunyit hidup*
  • 1 cm halia*
  • 2-3 ulas bawang putih*
  • 8 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 belacan* (boleh masukkan jika suka)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Sedikit asam jawa sebesar bola pingpong (ambik pati)
  • 3 senduk cili kisar (cili kering yang direbus & dikisar)

Kisar semua bahan-bahan yang bertanda * di atas

Cara-cara penyediaannya:

See Also
wantan goreng

  • Tumis serai bersama bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan atau naik bau
  • Kemudian, masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing
  • Setelah itu, masukkan sedikit air perahan asam jawa
  • Boleh masukkan juga bahan-bahan seperti: kesum/limau/purut/pudina/lada hitam. Kacu dan biarkan ia sampai mendidih
  • Masukkan bahan utama iaitu ikan bersama dengan garam secukup rasa. Bahagian akhir ni terpulang anda mahu tambah tomato, terung mahupun bendi.
  • Siap sudah untuk dihidang bersama dengan nasi panas-panas. Ermm kecur air liur kan!

Tips: Kalau mahu rasa tekstur ikan yang sedap boleh gandingkan bahan ini bersama:

  • Lada hitam sesuai untuk ikan jenis: siakap, jenahak, merah dan pari
  • Limau purut sesuai untuk ikan jenis: kembung, merah, jenahak, dan tenggiri (paling best)
  • Daun kesum sesuai untuk ikan jenis: siakap, pari, mayong, cencaru, keli (ikan yang baunya sangat kuat)
  • Pudina sesuai untuk semua jenis ikan

Penutup

Selesai sudah perkongsian resepi kali ini. Selamat mencuba ya.

Sumber

http://www.lekatlekit.com/2018/10/beza-antara-asam-pedas-utara-asam-pedas.html?m=1

https://resepichenom.com/resepi/ikan-kembung-masak-asam-rebus/show

https://www.mingguanwanita.my/resipi-asam-pedas-melaka-johor-kuah-pekat-secukup-rasa-sedapnya/

http://patyskitchen.blogspot.com/2017/03/asam-pedas-utara-asam-rebus.html?m=1

error: Content is protected !!