perkara yang membatalkan solat

Solat adalah perkara fardhu ain atau mudah kata, perkara yang wajib dilakukan setiap hari oleh semua umat Islam di dunia ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membatalkan solat yang mungkin anda tak tahu.

Sekiranya anda melakukan perkara yang membatalkan solat, sudah tentu anda perlu mengulangi semula solat anda daripada awal.

Walaubagaimanapun, hal-hal yang tidak termasuk dalam senarai 11 perkara yang membatalkan solat adalah tidak dikira menyebabkan solat anda terbatal.

Bagaimana untuk anda mengetahui bahawa solat anda terbatal? Caranya adalah kita bersolat dengan adanya ilmu bukan hanya menjadi pengikut semata-mata.

Oleh itu, mari kita lihat perkara-perkara yang mampu membuatkan solat anda terbatal secara keseluruhannya seperti di bawah.

1. Berkata-kata atau bercakap dengan sengaja

Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada ayat-ayat Al-Quran, zikir atau doa, adalah perkara yang boleh menyebabkan solat anda terbatal.

Di dalam solat, anda hanya dibenarkan mengucapkan atau menuturkan ayat-ayat suci dan surah-surah, bacaan-bacaan di dalam solat, zikir dan doa sahaja.

Sekiranya anda bercakap mengenai hal lain seperti hal-hal dunia di dalam solat, solat anda akan terbatal dan tidak sah.

2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat

 Solat mempunyai rukunnya yang tersendiri yang harus anda pathu dan lakukan setiap kali anda solat. Oleh itu, anda tak boleh menambah atau mengurangkan rukun-rukun tersebut.

Sekiranya anda menambah atau mengurangkan rukun solat sesuka hati anda, solat anda akan terbatal.

Oleh itu, penting untuk anda mengikut rukun solat agar solat anda sempurna dan sah.

3. Kedatangan hadas

Solat anda akan terbatal sekiranya anda kedatangan hadas tidak kira sama ada hadas kecil atau hadas besar.

Anda juga tidak boleh solat sepanjang anda berada di dalam keadaan berhadas. Ini kerana solat anda tidak sah.

4. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan

Solat anda akan terbatal sekiranya ada kehadiran atau terkena najis yang tidak dapat dimaafkan, lebih-lebih lagi najis yang bukan dalam kategori najis ringan.

Sekiranya  najis yang kering jatuh pada pakaian dan boleh dibuang pada masa itu juga, maka solat tidaklah dibatalkan .

Tetapi, anda harus ingat bahawa najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan semasa anda sedang dalam solat.

5. Terbuka aurat

Islam menetapkan bahawa anda perlu menutup aurat dengan sempurna ketika solat, baik bagi lelaki mahupun perempuan.

Oleh itu, sekiranya aurat anda terbuka atau tidak ditutup dengan sempurna, solat anda akan terbatal dan anda perlu menutup aurat dan melakukan semula solat anda.

Walaubgaimanapun, sekiranya aurat terbuka secara tidak sengaja seperti ditiup angin dan boleh ditutup pada waktu itu juga, maka tidaklah terbatal solat anda.

6. Membelakangkan kiblat dengan dadanya

Seperti kita sedia maklum, solat harus dilakukan dengan cara menghadap kiblat.

Oleh itu, sekiranya anda membelakangkan kiblat dengan dada anda, makan solat anda akan terbatal.

7. Mengubah niat solat

Setiap solat baik solat fardhu ataupun solat sunat mempunyai bacaan niatnya yang tersendiri. Anda harus mematuhi dan mengucapkan niat-niat tersebut semasa solat dan ia tidak boleh diubah.

Solat anda akan terbatal sekiranya niat solat anda diubah.

Umpamanya ia solat fardu Zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunatmaka batal solat anda.

Tetapi, kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.

8. Makan walaupun sedikit

Makan semasa solat adalah dilarang dan boleh membatalkan solat anda.

Hal ini samalah seperti sebiji nasi ditelan di dalam mulut kecuali anda terlupa.

9. Minum semasa solat

Selain makan, minum semasa solat juga adalah perkara yang dilarang dan boleh menyebabkan solat anda terbatal secara keseluruhannya.

Sekiranya anda menelan air liur dan masih terasa manis air yang anda minum sebelumnya juga ia boleh menyebabkan solat anda terbatal.

10. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat

Anda tidak boleh dan dilarang dengan keras untuk mengeluarkan suara selain untuk membaca bacaan dalam solat.

Hal ini contohnya adalah seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf, begitu juga sebagai menangis.

Perkara ini boleh menyebabkan solat anda terbatal.

11. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam

Murtad adalah berdosa besar dan dilaknat oleh Allah S.W.T.

Oleh itu, sekiranya anda murtad, solat and akan terbatal dan tidak sah.

Peringatan Dalam Solat

  1. Jika melangkah dua langkah yang berturut-turut dalam solat, ia tidak batal solat. Tetapi jika melangkah tiga langkah berturut-turut maka solat itu adalah batal.
  2. Jika seseorang menambah rukun fi’li seperti sujud atau rukuk yang berlebihan makan batal solatnya.
  3. Seseorang yang solat menghala ke arah dinding, tiang atau apa-apa yang dibuat sebagai sekatan maka disunatkan dia menolak orang yang melintas di hadapanya.  Walaupun jarak di antaranya tidak lebih daripada tiga hasta yang sederhana.
  4. Jika melintas ke hadapan orang yang sedang solat itu  maka hukumnya haram.
  5. Jika mengangkat muka ke langit maka hukumnya makruh.
  6. Makruh menahan buang air kecil, besar atau angin.
  7. Makruh solat akan diadakan jika makanan sudah dihidangkan dan perut terasa lapar.

Kami harap, selepas membaca perkongsian ini, anda mendapat ilmu yang bermanfaat tentang perkara yang membatalkan solat. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar sentiasa menimba ilmu. Jadi, semoga perkongsian ini menjadi satu ilmu yang bermanfata untuk anda semua.

Sumber:

https://akuislam.com/blog/ibadah/perkara-membatalkan-solat

https://mediaislamik.com/perkara-yang-membatalkan-solat/

Summary
Ketahui Perkara Yang Membatalkan Solat
Article Name
Ketahui Perkara Yang Membatalkan Solat
Description
Solat adalah perkara fardhu ain atau mudah kata, perkara yang wajib dilakukan setiap hari oleh semua umat Islam di dunia ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membatalkan solat yang mungkin anda tak tahu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: