Doa untuk dipermudahkan segala urusan

Kita digalakkan untuk baca doa dipermudahkan segala urusan. Setiap insan yang diciptakan Tuhan sudah pasti akan melalui suatu saat gentir ataupun kesusahan yang pasti perit untuk ditempuh. Namun, Allah menjanjikan di setiap kesusahkan yang diberikan pastikan ada sinar di pengakhirannya. Malah pepatah melayu juga ada menyatakan, bersusah-susah dahlu, bersenang-senang kemudian.

Antara urusan yang disarankan agar kita berdoa ialah:

  • Buat wanita yang bergelar bakal ibu, agar dipermudahkan urusan bersalin
  • Untuk pelajar, agar diberikan kelapangan dalam menuntut ilmu
  • Untuk graduan baru mencari pekerjaan, semoga dipermudahkan urusan temuduga
  • Untuk yang sedang mencari jodoh supaya diberikan pasangan yang sempurna dan berkekalan dunia akhirat
  • Untuk yang mempunyai hajat dan berkeinginan ke Mekah dan Madinah, agar dipermudahkan urusan umrah mahupun haji
  • Untuk pekerja, agar dipermudahkan urusan harian dalam melaksanakan kerja
  • Untuk bakal pengantin, semoga dipermudahkan urusan majlis persandingan
  • Untuk waris, semoga dipermudahkan urusan orang sakit
  • Untuk isteri, agar dipermudahkan urusan suami

Kehidupan mempunyai banyak liku dan cabarannya, jadi doa adalah salah satu senjata yang paling hebat bagi orang mukmin. Tidak kira sama ada kita berada dlam kesenangan atau kesusahan, kita perlulah sentiasa bergantung kepada Allah SWT supaya diri kita sentiasa dipelihara dan dijauhkan daripada segala perkara buruk dan bencana lain.

Allah SWT akan sentiasa mendengar doa kita walau dimana kita berada kerana sifatnya yang maha mendengar. Jadi, mengadulah kepada Dia jika menghadapi sebarang kesulitan dalam hidup.

Doa paling ringkas dan padat yang pernah dikongsi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di laman Facebooknya yang berbunyi  :

“Ya Allah, tiada perkara yang mudah, melainkan Engkau yang memberi kemudahan. Dan Engkau jugalah yang melahirkan segala perasaan sedih (tidak lupa juga kesulitan). Jika Engkau inginkan, maka pasti akan diberikan kemudahan”

Tidak keterlaluan jika dikongsikan juga doa yang kerap kali akan digunakan terutamanya oleh para pelajar agar dipermudahkan urusan. Doa ini berbunyi seperti ini :

“Ya Allah, tidak ada perkara yang dijadikan mudah, kecuali dengan kehendakMu. Dan Kau jugalah yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika hanya dengan kehendakMu, pasti akan menjadi mudah untuk aku belajar dan memahami sesuatu

Selain itu, tidak juga dilupakan lagi satu doa yang begitu penting buat insan yang paling bermakna dalam hidup kita, isteri yang bakal bergelar ibu.

“Ya Allah, semuanya akan menjadi mudah jika Engkau mengkehendakinya. Dan Engkau yang menjadikan segala kesedihan (dan juga kesulitan). Jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah untuk aku/ isteri aku untuk melahirkan zuriat kami”

Segala kesulitan yand dialami perlulah berbalik kepada pertolongan Allah. Jika kita percaya akan pertolongan Allah, InshaAllah segala urusan akan menjadi mudah dengan pertolonganNya. Namun, harus diingati bahawa Allah akan memberikan apa yang kita perlu, dan bukannya apa yang kita kehendaki. Justeru, percayalah setiap kesusahan yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.

4 Surah yang Boleh Diamalkan

1. Doa Nabi Yunus AS


لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya’:87)


Doa ini dibaca ketika nabi Yunus ditelan ikan nun. Ia menunjukkan betapa Allah sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya. Jadi, ia sangat sesuai untuk dijadikan doa harian.


2. Surah Al-Kahfi, Ayat 10


رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”(Al-Kahfi:10)

See Also
bacaan dalam solat


Doa ini sesuai dibaca sebelum memulakan sesuatu hal supaya dapat dipermudahkan segala urusan.


3. Surah Al Baqarah, Ayat 225 (Ayat Kursi)


اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”(Al-Baqarah:225)


Ayat ini jika diamalkan dapat melindungi diri kita dan jika diamalkan dalam kehidupan seharian, maka hiduo akan menjadi lebih berkat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Ia juga merupakan ayat yang paling mulia dalam Al-Quran kerana kandungannya menceritakan tentang kekuasaan Allah yang mutlak dan Allah merupakan penguasa alam semesta.


4. Surah Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa)


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”(Taha:25-28)

Sumber :

  1. https://www.faradidi.com/2019/05/doa-dipermudahkan-segala-urusan-yang.html
  2. https://akumuslim.asia/doa-dipermudahkan-urusan-yang-anda-perlu-tahu/
error: Content is protected !!