Now Reading
Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih Siang Hari Dan Malam Hari

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih Siang Hari Dan Malam Hari

Solat sunat ini dinamakan solat sunat tasbih kerana seseorang perlu mengucapkan tasbih sebanyak 300 kali bersamaan 75 kali pada setiap rakaat dalam empat rakaat solatnya. Rasulullah pernah bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .” (HR. A bu Daud dan Ibnu Majah).

Syarat untuk mengerjakan solat sunat tasbih ialah:

  • Sekiranya solat pada waktu siang hari hendaklah dikerjakan dengan setiap 4 rakaat dan satu salam.
  • Sekiranya solat pada waktu malam hari hendaklah ditunaikan pada setiap 2 rakaat dengan satu salam.

Kelebihan Solat Sunat Tasbih

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.;

Rasulullah SAW telah bersabda kepada bapa saudaranya, Abbas bin Abdul Muthallib;

‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu sebanyak 15 kali.”

“Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (iktidal).

“Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat.”

“Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW di atas, jelaslah banyak kebaikan mengerjakan solat sunat tasbih. Allah akan membuka seluas luasnya pintu keampunan di atas segala dosa yang kita lakukan kepada semua umat manusia di luar sana.

Niat Solat Sunat Tasbih

Sekiranya solat pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam. Bacaan niat adalah seperti yang berikut:

Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

Sekiranya solat pada waktu malam hari hendaklah ditunaikan pada setiap 2 rakat dengan satu salam.

Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara mengerjakan Solat Sunat Tasbih

Rakaat pertamaRakaat kedua
1. Takbiratul Ihram1. Membaca surah Al-Fatihah
2. Membaca surah Al-Fatihah2. Bacaan surah pilihan  

Selepas selesai bacaan surah maka perlu bertasbih sebanyak 15 kali.
3. Bacaan surah
Surah Yasin (Rakaat Pertama)
Surah Al-Waqi’ah (Rakaat Kedua)
Surah Ad-Dukhan (Rakaat ketiga)
Surah Al-Mulk (Rakaat keempat)  

Selepas selesai bacaan surah maka perlu bertasbih sebanyak 15 kali.
3. Rukuk Membaca bacaan ketika rukuk kemudian bertasbih sebanyak 10 kali.
4. Rukuk

Membaca bacaan ketika rukuk kemudian bertasbih sebanyak 10 kali.
4. Iktidal  

Membaca bacaan iktidal dan bertasbih sebanyak 10 kali.
5. Iktidal  

Membaca bacaan iktidal dan bertasbih sebanyak 10 kali.
5. Sujud  

Membaca bacaan ketika sujud dan bertasbih sebanyak 10 kali
6. Sujud  

Membaca bacaan ketika sujud dan bertasbih sebanyak 10 kali
6. Duduk di antara dua sujud  

Membaca bacaan ketika duduk di antara dua sujud dan bertasbih sebanyak 10 kali.
7. Duduk di antara dua sujud  

Membaca bacaan ketika duduk di antara dua sujud dan bertasbih sebanyak 10 kali.
7. Sujud kedua  

Membaca bacaan ketika sujud dan bertasbih sebanyak 10 kali.
8. Sujud kedua  

Membaca bacaan ketika sujud dan bertasbih sebanyak 10 kali.
8. Duduk Tahiyat akhir  

Membaca bacaan Tahiyat kemudian disertakan dengan tasbih sebanyak 10 kali
9. Apabila hendak berdiri semula (semasa duduk istirahat) dibaca pula tasbih sebanyak 10 kali.  9. Salam    

Nota tambahan

  • Jika dilakukan pada waktu pagi, teruskan solat tersebut dengan rakaat ketiga dan keempat.
  • Jika dilakukan pada waktu malam, selepas salam, perlu melakukan solat tasbih lagi 2 rakaat.
  • Sekiranya terlupa membaca tasbih pada sesetengah tempat bolehlah dibaca di tempat rukun berikutnya untuk tidak mengurangkan tasbih sebagaimana yang telah ditetapkan iaitu 300 kali.

Sumber:

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-tasbih/

https://siraplimau.com/cara-solat-sunat-tasbih/

https://akumuslim.asia/solat-sunat-tasbih-cara-panduan-lengkap/

https://www.sinarharian.com.my/article/44163/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Hukum-tunaikan-dua-kali-solat-fardu-yang-sama

error: Content is protected !!