Sarapan Pagi

Resepi sarapan pagi sudah pastinya akan berlegar-legar dikepala anda sebelum tidur. Sarapan pagi adalah makanan terpenting sepanjang hari. Ianya mustahak bagi menjaga daya tahan tubuh serta menyumbang kecergasan minda.

Bagi seorang pelajar, ia membantu mereka untuk kekal fokus di dalam kelas. Malah, bagi seorang pekerja pula, ia mampu untuk membuat mereka lebih bersemangat.

Acap kali, kita sering tidak mempunyai masa untuk menyediakannya malah kadang kadang, kita kehabisan idea.

Oleh itu, disini ada 5 resepi mudah untuk sarapan pagi anda.

1. Pancake

Pancake merupakan hidangan paling popular ketika sarapan dan merupakan kegemaran semua peringkat umur dari kanak kanak hinggalah dewasa. Ia bukan sahaja sesuai untuk dimakan ketika sarapan, malah ada juga yang memakannya ketika makan tengahari dan makan malam.

Bahan-Bahan A: –

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan-Bahan B: –

  • 1 cawan susu
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu besar mentega

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Kisar sehingga sebati semua bahan A.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan A.
  3. Masukkan juga serbuk penaik ke dalam adunan tadi.
  4. Kisarkan sehingga benar benar sebati.
  5. Sila panaskan kuali anda. Anda digalakkan menggunakan kual non-stick supaya pancake anda tidak melekat.
  6. Sendukkan adunan tadi menggunakan senduk penuh.
  7. Tuangkan adunan tadi di tengah tengah.
  8. Sekiranya bahagian atas sudah nampak masak dan warna sekata, maka pancake anda sedia untuk dihidang.
  9. Hidangkan dengan madu untuk rasa yang lebih enak.

2. Telur Hancur

Telur hancur merupakan sarapan paling mudah dan sesuai dimakan sekiranya anda terlambat mahu pergi kerja. Hanya perlu sapukan telur hancur di atas roti dan ia mampu membuat anda kenyang pagi itu.

Bahan-Bahan: –

  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan susu
  • Garam dan lada hitam secukupnya
  • Mentega 10g
  • 1/4 cawan cheddar cheese yang sudah diparut

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Pukul telur dan masukkan susu.
  2. Masukkan garam dan lada hitam secukupnya.
  3. Cairkan mentega dalam kuali.
  4. Kacau telur sesekali, jangan biarkan ia terlalu hancur.
  5. Gorengkan dengan api yang sederhana kecil.
  6. Biarkan selama 4-5 minit.
  7. Akhir sekali masukkan cheddar cheese.

3. Bubur Nasi Ayam

Bubur ayam merupakan hidangan yang sangat sesuai dimakan ketika sarapan. Ia memberikan tenaga yang secukupnya untuk anda mulakan pagi anda. Bukan sahaja orang sakit yang boleh makan bubur ye.

Bahan-Bahan: –

  • 1 cawan beras
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2cm halia muda
  • Air secukupnya
  • Daun bawang secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukupnya

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Pertama sekali, tanak nasi di dalam periuk.
  2. Apabila nasi sudah siap ditanak, hancurkan nasi itu.
  3. Potong dada ayam dan lobak merah menjadi dadu kecil.
  4. Kemudian, masukkan ia ke dalam nasi itu.
  5. Hiriskan halia dan masukkan ke dalam nasi itu juga.
  6. Gaul sehingga sebati.
  7. Didihkan ia sehingga semua bahan masak sepenuhnya.
  8. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  9. Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk.
  10. Tabur daun bawang yang telah dicincang sebagai hiasan.

4. Oat

Anda seorang yang menjaga kesihatan? Anda sedang berdiet? Oleh itu, sarapan ini sangat sesuai untuk anda.

Bahan-Bahan: –

  • 1/3 cawan oat
  • 1/3 cawan yogurt
  • 1/3 cawan susu
  • Buah buahan yang telah dipotong seperti manga, strawberi, epal hijau dan anggur.

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Sila campurkan oat, susu dan yogurt ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Gaul adunan tersebut sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan buah-buahan yang sudah dipotong.
  4. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Keesokkan harinya, hias overnight oat anda dengan menggunakan buah buahan sebagai topping.

5. Roti Sardin

Anda orang melayu? Tidak sahlah sarapan orang melayu tanpa sardin. Sardin sedap dimakan bersama nasi malah roti. Malah ada juga yang hidangkannya bersama capati! Sama seperti pancake tadi, sardine juga sesuai dimakan pada waktu pagi, tengahari mahupun malam.

Bahan-Bahan: –

  • 1 tin sardin kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • 5 biji cili
  • Lada putih dan hitam secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 4 hingga 6 biji telur
  • Roti

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Hancurkan sardin.
  2. Kemudian, masukkan telur ke dalam mangkuk yang berisi sardin tadi.
  3. Potong bawang besar menjadi dadu, daun bawang dihiris nipis dan cili dipotong dadu.
  4. Masukkan bahan bahan ini ke dalam mangkuk sardin tadi.
  5. Gaul bahan bahan ini sehingga sebati dan sedia untuk dimakan.
  6. Anda boleh hidangkannya dengan roti

SUMBER

https://saji.my/menu-sarapan-pagi/#6_Penkek

https://www.rasa.my/20-resipi-sarapan-pagi-sebagai-panduan-cukup-mudah-tak-perlu-berfikir-lagi/

Summary
5 Resepi Sarapan Pagi Buat Pagi Anda Lebih Bersemangat
Article Name
5 Resepi Sarapan Pagi Buat Pagi Anda Lebih Bersemangat
Description
Resepi sarapan pagi sudah pastinya akan berlegar-legar dikepala anda sebelum tidur. Sarapan pagi adalah makanan terpenting sepanjang hari. Ianya mustahak bagi menjaga daya tahan tubuh serta menyumbang kecergasan minda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: