Now Reading
10 Jenis Makanan untuk Tambah Darah

10 Jenis Makanan untuk Tambah Darah

Tambah Darah

Fungsi utama sel darah merah (Red Blood Cells (RBC)) adalah membekalkan oksigen dari paru-paru ke sel-sel tubuh badan. RBC mengandungi protein yang dikenali sebagai hemoglobin yang bertugas untuk membawa oksigen bagi memastikan sel-sel hidup berfungsi dengan baik. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai tekanan darah rendah (Low Blood Pressure (LBP)). Isu ini dapat diatasi melalui pemakanan yang betul. 

Bagi memastikan hemoglobin anda dalam keadaan terkawal dan sel tubuh anda berfungsi dengan baik, di sini terdapat beberapa cadangan makanan yang dapat membantu meningkatkan hemoglobin anda. 

1. Zat Besi

Memakan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan sel darah merah badan anda. Berikut merupakan senarai makanan yang kaya dengan zat besi:

• daging merah seperti daging lembu

• daging organ seperti buah pinggang dan hati

• sayuran hijau gelap berdaun, seperti bayam dan kangkung

• buah kering seperti prun dan kismis

• kacang

• kekacang

• kuning telur

2. Asid folik

Asid folik boleh membantu dalam menambah kandungan vitamin B ke dalam diet. Makanan yang tinggi dengan vitamin B-9 (asid folik) adalah seperti:

• roti 

• bijirin 

• sayuran hijau gelap dan berdaun seperti bayam dan kangkung

• kekacang seperi kacang merah, kacang hijau

• lentil

• kacang pea

• mixed nuts 

3. Vitamin B-12

Makanan yang tinggi dengan vitamin B-12 pula adalah:

• daging merah seperti daging lembu

• ikan

• produk tenusu seperti susu dan keju

• telur

4. Copper 

Pengambilan copper tidak secara langsung menghasilkan pengeluaran sel darah merah, tetapi ianya dapat membantu sel darah merah mendapatkan zat besi yang diperlukan. Antaranya ialah:

• ayam

• kerang

• hati

• kacang

• buah ceri

• kacang

5. Vitamin A

Vitamin A (retinol) juga menyokong penghasilan sel darah merah. Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuklah:

• sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam dan kangkung

• ubi keledek

• labu

• lobak merah

• lada merah

• buah-buahan, seperti tembikai, limau gedang, dan melon

6. Delima

Delima adalah sumber kalsium dan zat besi yang kaya dengan protein, karbohidrat dan serat. Ini adalah salah satu makanan terbaik untuk meningkatkan hemoglobin. Anda dicadangkan untuk minum jus delima setiap hari untuk memastikan tahap hemoglobin anda setara.

7. Kurma 

Buah kering yang manis ini kaya dalam sumber tenaga dan sangat berkhasiat. Kurma memberikan banyak sumber zat besi untuk meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor mengesyorkan agar pesakit diabetes mengelakkan makan kurma kerana kandungan gula yang tinggi.

8. Ubi Beetroots

Beetroot adalah salah satu kaedah terbaik untuk meningkatkan tahap hemoglobin. Ianya sangat tinggi dalam zat besi, asid folid, kalium, dan serat. Minum jus bit ini setiap hari untuk memastikan jumlah darah yang sihat.

9. Kekacang

Kekacang seperti lentil, kacang tanah, kacang pea dan lain-lain juga dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dengan ketara. Kandungan zat besi dan asid foliknya membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dalam badan.

10. Biji Labu

Biji labu memberikan 8 miligram zat besi bersama dengan kandungan kalsium, magnesium dan mangan yang mencukupi. Ia sesuai untuk dimakan bersama salad atau smoothie.

Sel darah merah sangat penting untuk tubuh badan. Sekiranya doktor anda mengesan jumlah sel darah merah anda tidak seimbang, mereka akan meminta sejumlah sel darah merah untuk pemeriksaan yang lengkap bagi mengetahui tahap kesihatan anda. Sekiranya anda didiagnosis dengan jumlah yang rendah, doktor anda mungkin mengesyorkan kombinasi perubahan diet, suplemen harian, dan ubat-ubatan untuk mengembalikannya kepada normal.

Sumber

https://www.healthline.com/health/how-to-increase-red-blood-cells

https://www.ndtv.com/food/9-foods-that-can-help-increase-haemoglobin-1828770

error: Content is protected !!