moringa oleifera
Moringa oleifera adalah tanaman yang sering disebut sebagai pohon ‘drumstick’, pohon ajaib, pokok minyak ben atau pohon lobak.

Pengenalan

Moringa oleifera adalah tanaman yang sering disebut sebagai pohon ‘drumstick’, pohon ajaib, pokok minyak ben atau pohon lobak.

Moringa telah digunakan selama berabad-abad kerana sifat perubatan dan manfaat kesihatannya. Ia juga mempunyai sifat anti-kulat, antivirus, anti-tekanan dan anti-keradangan.

Kegunaan

Moringa oleifera digunakan untuk menangani masalah asma, diabetes, obesiti, gejala menopaus dan banyak keadaan lain walaupun tiada bukti saintifik yang baik untuk menyokong penggunaan ini.

Bagi penggunaan sebagai suplemen, moringa oleifera disyorkan sebagai antioksida yang sangat berkhasiat. Walaupun ia sememangnya berkhasiat, dos suplemen adalah terlalu rendah untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi dan tuntutan ini tidak relevan. Ia adalah antioksida yang cukup kuat, walaupun kelihatan kurang kuat daripada ramuan lain ketika diuji di luar sistem hidup, ia nampaknya cukup kuat ketika diuji dalam model hidup.

Disebabkan peningkatan potensi dalam model hidup tidak diketahui (walaupun ada kemungkinan ia dapat menyebabkan perubahan transkrip selular yang serupa dengan sulforaphane kerana sifat bioaktifnya serupa dalam struktur), tetapi sifat antioksida mendasari sebahagian besar manfaat yang berkaitan dengan suplemen ini.

Kesan sampingan

Apabila diminum: Moringa oleifera adalah selamat apabila daun, buah dan bijinya dimakan sebagai makanan. Daun dan bijinya pula adalah selamat apabila diminum sebagai ubat dalam jangka pendek. Produk yang mengandungi daun moringa telah digunakan dengan keselamatan yang jelas hingga tempoh 6 bulan. Produk yang mengandungi bijinya pula telah digunakan dengan keselamatan yang jelas hingga tempoh 3 minggu. Ekstrak akar dan akar moringa mungkin tidaknya selamat apabila diminum kerana akarnya mengandungi spirochin, sejenis bahan toksik.

Langkah berjaga-jaga & Amaran khas

  • Kehamilan: Moringa oleifera mungkin tidak selamat digunakan jika anda hamil. Bahan kimia pada akar, kulit kayu dan bunga mungkin membuatkan rahim mengecut. Dalam perubatan tradisional, akar dan kulit kayu digunakan untuk menyebabkan keguguran. Namun, tiada maklumat mencukupi yang tersedia mengenai keselamatan penggunaan bahagian moringa yang lain semasa kehamilan.
  • Menyusukan bayi: Moringa kadang-kadang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ia nampaknya selamat untuk diambil selama beberapa hari. Tetapi, tiada maklumat mencukupi untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk bayi yang sedang menyusu.
  • Kanak-kanak: Daun moringa adalah selamat jika diminum dalam jangka pendek. Ia telah digunakan dengan keselamatan yang jelas pada kanak-kanak hingga 2 bulan.
  • Diabetes: Moringa mungkin boleh menurunkan kadar gula darah pada individu yang menderita diabetes. Perhatikan tanda-tanda gula darah rendah (hipoglikemia) dan pantau kadar gula darah anda dengan berhati-hati jika anda menghidap diabetes dan menggunakan suplemen moringa.
  • Tekanan darah rendah (hipotensi): Moringa oleifera mungkin menurunkan tekanan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin menurunkan tekanan darah dengan terlalu banyak, menyebabkan pengsan dan gejala lain, pada individu yang sudah memiliki tekanan darah rendah.
  • Kelenjar tiroid tidak aktif (hipotiroidisme): Terdapat kebimbangan bahawa penggunaan moringa mungkin menjadikan keadaan ini bertambah buruk.

Interaksi

Walaupun moringa oleifera digunakan untuk rawatan pelbagai gangguan, tiada kajian klinikal yang menilai interaksi ramuan herba atau interaksi ubat-ubatan dengan penggunaannya. Ujian in-vitro mendedahkan bahawa komponen ekstraknya dapat menghalang kedua-dia ‘cytochrome’ P450 (CYP-450) 3A4 dan P-glikoprotein. Oleh itu, penggunaan ubat yang bergantung pada substrat 3A4 atau bergantung pada P-gp tidak digalakkan.

Dos

Dos moringa oleifera yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, kesihatan dan beberapa keadaan pengguna. Pada masa ini, tidak ada maklumat saintifik yang mencukupi untuk menentukan julat dos yang sesuai untuk setiap individu.

Perlu diingatkan bahawa produk semula jadi tidak semestinya selamat dan dos boleh menjadi aspek yang penting. Pastikan anda mengikuti arahan yang relevan pada label produk dan berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor mahupun pakar penjagaan kesihatan anda yang lain sebelum menggunakannya.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.pinterest.com/pin/726768458608590505/

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319916

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1242/moringa

https://www.drugs.com/npp/moringa.html

https://examine.com/supplements/moringa-oleifera/

Summary
Moringa oleifera
Article Name
Moringa oleifera
Description
Moringa oleifera adalah tanaman yang sering disebut sebagai pohon ‘drumstick’, pohon ajaib, pokok minyak ben atau pohon lobak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: